Wed04252018

LAST_UPDATEWed, 25 Apr 2018 2pm

Polis Minta Saksi Kes Tembak Di Setapak Tampil Beri Maklumat

Foto: BernamaFoto: BernamaKUALA LUMPUR: Pihak polis meminta saksi yang melihat kejadian tembakan membabitkan mangsa pemberi pinjaman wang berusia 43 tahun yang maut ditembak di persimpangan lampu isyarat di Setapak Rabu lepas, agar tampil menyalurkan maklumat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata siasatan sedang berjalan dan polis memerlukan lebih banyak maklumat untuk membantu siasatan.

"Kami menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes ini agar tampil membantu kami," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Dalam kejadian itu, V. Kandasamy, yang memandu kereta Honda Accord, mati di tempat kejadian selepas ditembak bertubi-tubi, dari jarak dekat oleh dua suspek semasa berhenti di lampu isyarat.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk memburu suspek.

 

- Awani