Thu07192018

LAST_UPDATETue, 15 May 2018 11am

Aaron Aziz & Nadiya Nissa Kena Tangkap Basah?

.

Terkejut? Kami pun terkejut dan kami tak suka-suka nak buat cerita aktor kesayangan ramai, Aaron Aziz dan aktres berbakat besar, Nadiya Nissa di tangkap khalwat.

Tapi, bawa bertenang semua. Tinggal dua hari saja lagi kita berpuasa, heh.

Sebetulnya insiden Aaron dan Nadiya diserbu JAWI akan dapat anda saksikan di dalam drama bersiri berdefinisi tinggi pertama Malaysia, diadaptasi dari novel cinta terlaris nukilan Aisha Sofea, Adam dan Hawa. Aaron Aziz adalah Adam dan Nadiya Nissa lah si hawa nya.

Foto oleh cipotredz

Bercerita mengenai pengalaman serta cabaran berlakon dalam drama 80 episod ni, Nadiya memberitahu dia beruntung kerana digandingkan dengan hero yang cukup profesional. Ditambah pula dengan cara kerja juga layanan cukup baik yang diterima daripada pihak produksi.

Lima bulan lamanya, kata Nadiya meskipun penat tapi masa pengambaran yang dilalui terasa begitu pantas berlalu.

Walaubagaimanapun, Nadiya mengakui pada mulanya sukar untuk menjiwai watak Ain Hawani apatahlagi karakter itu menuntutnya bermain dengan emosi dan airmata.

"Lima bulan shooting, tak terasa pun lama. Tambahan saya seronok bekerja dengan kru produksi. Aaron, kita tahu dia seorang yang sangat sibuk dengan projek-projek lain. Tapi saya kagum sebab dia sangat bekerja keras. Kami semua tahu masing-masing nak cepat habiskan pengambaran, jadi bila masuk set saja dia memang profesional, bagi apa yang sepatutnya dan saya kena sentiasa bersedia dengannya".

"Karakter kali ini memang lain sebab watak itu sendiri secara tak langsung buat saya keluar dari kepompong lakonan saya sebelum ni. Ada transisi daripada seorang pelajar lepas tu berkahwin. Disebabkan lama sangat bawa jiwa Ain Hawani, sekarang ni bila dah habis shooting saya terasa sangat bosan sebab dah takder 'feel' Hawa tu lagi. Sebab tu habis jer projek ni, saya shooting drama lain", kata Nadiya yang kini sedang dalam pengambaran filem Pengapit.

Nadiya ditemui sewaktu di pelancaran drama arahan Mohd Feroz Kader ni di Flora Terrace, baru-baru ini.

Dalam pada itu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM24) ni juga berasa gementar untuk menantikan reaksi dan penerimaan para penonton terhadap drama ini juga lakonannya.

Lebih-lebih lagi drama terbitan Global Station Sdn Bhd ni, dia bertukar pengarah. Kalau selama ini lakonan Nadiya lebih sinonim pada karya-karya arahan pengarah pecah panggung, Osman Ali. Tapi Adam dan Hawa telah membuka ruang dia bekerja dengan Mohd Feroz.

"Kalau dengan abang Osman, dia bagi 100% kebebasan pada kita. Dengan Feroz pula, bagusnya dia sebab dia dah tahu apa yang dia nak buat. Masing-masung ada cara tersendiri dan saya seronok timba pengalamn dari dua-dua pengarah ni.

"Gementar juga nak tunggu reaksi penonton. Selain tu saya kena bersiap sedia dengan peminat-peminat Aaron. Saya harap penonton dapat terima dan teruskan menonton Adam dan Hawa hingga ke akhir episod.

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.

.

Adam tetap berusaha untuk menawan kembali hati Hawa. Bagaimana kesudahannya? Saksikannya di saluran Mustika HD setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 27 Ogos ini.

В 

- mD

Template Design шаблоны Joomla