Fri04272018

LAST_UPDATEThu, 19 Apr 2018 4pm

Ayu Raudhah Tertekan, Rasa Bersalah Pada Vanidah Imran

Foto oleh Cipotredz.

Pelakon Ayu Raudhah mengakui timbul perasaan rasa bersalah dalam dirinya kerana berkahwin dengan Rashidi Ishak yang juga merupakan suami kepada pelakon Vanidah Imran atau Vee. Walaubagaimana bukan kehendak Ayu sengaja merampas suami Vee. Tetapi semuanya kerana 'percaturan' yang dibuat oleh Afdlin Shauki.

Meskipun bukan atas dasar cinta, takdir menetapkan mereka berkahwin jua. Namun tanpa pengetahuan Ayu, Rashidi merancang memperisterikan hanya selama tiga hari.

Itu sebahagian daripada babak yang akan dipertontonkan kepada anda menerusi filem, Untuk Tiga Hari. Apa yang membuatkan isteri kepada bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha ini ialah filem tsebut menuntutnya melakonkan bukan saja aksi romantik tetapi 'panas' bersama pasangannya, Rashidi.

“Dalam skrip tak ada ditulis secara terperinci apa yang perlu saya lakonkan untuk setiap watak. Jadi bila Abang Afdlin minta saya peluk dan gosok-gosok Abang Shidi (Rashidi Ishak), saya jadi tertekan. Babak romantik di hadapan cermin itu memang sukar untuk saya lakonkan. Walaupun babak itu hanya beberapa minit, tetapi hampir seharian saya tertekan memikirkannya.

"Bukan apa, saya bimbang lakonan saya itu akan menimbulkan kemarahan atau melukakan perasaan Kak Vee (Vanidah Imran). Maklumlah, ketika babak itu dirakamkan, Kak Vee tidak berada di lokasi penggambaran.

"Tapi sehari lepas tu Kak Vee beritahu saya yang dia ada tonton rakaman babak romantik tu. Dia kata saya okay dan mujurlah dia tidak marahkan saya,” ujar Ayu yang turut memberitahu pada satu ketika sewaktu penggambaran, dia mulanya berasa ragu-ragu dan banyak kali meminta kepastian daripada Afdlin selaku pengarah, apabila diminta untuk melakonkan aksi sebegitu.

Ditanya bagaimana pula dengan penerimaan suaminya, Ayu menjawab,

“Masa penggambaran, kami masih tengah bercinta. Tapi sebelum lakonkan babak itu, saya ada fikir tentang dia (Zaquan). Saya takut dia akan marah apabila menonton filem ini nanti.

"Sebab itu, sebaik sahaja penggambaran selesai, saya cepat-cepat beritahu dia pasal perkara ini. Reaksi dia? Dia macam tidak tak nak dengar sangat. Mungkin kerana dia tidak kisah. Tetapi, saya percaya suami saya tidak akan bersikap negatif sebab dia faham dengan karier saya,” katanya lagi sambil tersenyum.

Dalam masa yang sama, adik kepada Rozita Che Wan ini juga mengakui bahawa selepas ini dia tidak lagi bersedia melakonkan aksi-aksi panas atau romantik seperti dalam Untuk Tiga Hari. Jelas Ayu, selain tidak sesuai dengan imej berhijab, ia juga tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri.

“Selepas berhijab, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan watak. Takkanlah saya hendak melakonkan watak yang macam ini lagi. Pihak produksi pun akan beri watak yang dirasakan sesuai dengan penampilan saya. Lagipun, selepas bergelar isteri, saya rasa agak kurang selesa jika diminta melakonkan aksi-aksi romantik dengan pelakon lelaki. Saya rasa bersalah kepada suami walaupun dia sebenarnya tidak ada isu dengan lakonan saya,” tutur pelakon yang kini hamil tiga bulan ni.


- mD

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla