Thu07192018

LAST_UPDATETue, 15 May 2018 11am

Single Black, 'Teman Pengganti' Ciplak Lagu Noorkumalasari?

.

Kalau anda kaki dengar radio, pasti single berjudul Teman Pengganti nyanyian Black bersama Mallique bukanlah asing dari halwa telinga. Tambahan ketika ini lagu tersebut merupakan antara lagu yang sedang rancak diputarkan di corong-corong radio.

Namun, baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan pengenalan (intro) lagu itu adalah ilham yang dicedok daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an. Sekaligus, komposernya Mallique dikritik dan dituduh tidak profesional apabila dia diberitakan tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd.

Memetik kenyataan di mStar, Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad bagaimanapun berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan ‘dicedok’ itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.

Malah mengulas mengenai persamaan lagu itu dengan lagu Norkomulasari yang popular pada era 80-an, beliau menjawab persamaan irama kod muzik pada kebanyakan lagu adalah satu perkara normal memandangkan nota muzik hanya ada 12 jenis sahaja.

Dalam pada itu, Mokhtaza berharap, selepas ini, pihak yang menilai mengenai hal peniruan lagu lebih memahami tentang konteks dan undang-undang muzik.

 

- mD

 

 

 

 

 

Template Design Joomla