Sun01212018

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

Syarif (Sleeq) Bertunang, Tepis Dakwaan Amanda Imani

.

 

Sebut nama Syarif (Sleeq), pasti ramai yang masih belum mengenali siapakah gerangan jejaka ini. Hadir ke Malaysia bersama pasangan duo-nya, Alif,  dengan misi mahu mencipta nama sebagai kumpulan hip-hop & RnB di sini, namun gosip terlebih dahulu melanda jejaka kelahiran Singapura ini.

 

Sejak minggu lalu, namanya panas berikutan di beberapa laman hiburan terpampang kenyataan daripada penyanyi Amanda Imani yang mendakwa hubungannya dan Syarif lebih dari sekadar kawan sejak berkenalan sekitar Julai 2011.  Syarif juga di tuduh tidak jujur dalam mengakui hubungan cinta mereka sebelum ini.

 

Tinggal kenangan... Syarif dan Amanda Imani

 


Sementara Syarif pula sebelum ini pun sudah memberi kenyataan yang dia dan Amanda Imani sekadar kawan dan tempoh perkenalan mereka hanya
dua tiga bulan sahaja.

Mana satu betul, tak tahulah. Tapi yang pasti memetik sumber di blog hiburan RotiKaya, Syarif nampaknya lebih bijak menangani hal ini dengan mengikat tali pertunangan  Namun bukan dengan Amanda Imani tetapi dengan gadis bernama Malaque Mahdaly.

 

Syarif dan Malaque sewaktu di majlis pertunangan mereka



Majlis serba ringkas tapi meriah itu di adakan pada hujung minggu lalu. Di fahamkan kekasih yang kini dah bergelar tunangnya itu merupakan salah seorang peserta pusingan akhir Singpore Idol musim ketiga.

 

 

- mD

 

 

 

 

Template Design Joomla