Mon10232017

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

Rozita Che Wan Nafi Bergambar Bogel

.

Sinonim dikaitan dengan cerita gosip kononnya bercinta dengan suami orang ataupun dengan lelaki yang lebih muda daripadanya. Tapi kali ini kisah yang menyebabkan nama Rozita Che Wan aka Che Tah panas, berlainan sedikit 'topiknya'. Timbul dakwaan pelakon jelita lagi seksi ini dikatakan bergambar bogel dan gambar tersebut telah tersebar luas di internet.

Baca Lagi : Foto Bogel: Che Tah Cari Penyebar Gambar, Akan Saman!

Bagaimanapun menerusi laporan Kosmo! hari ini, Che Ta, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang tersebar di internet itu adalah dirinya.

Kata pelakon itu, dia tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar, malah tidak pernah membuat panggilan video sama ada melalui komputer atau telefon.

“Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Mungkin itu pelanduk dua serupa sebab ramai yang cakap ada wanita dan pondan memiliki rupa seperti saya,” katanya.

Che Tah mengulas mengenai isu gambar yang diambil menerusi perbualan video itu memaparkan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan meniarap dan menunjukkan sebahagian daripada payu daranya.

Che Tah menafikan foto bogel yang tersebar di internet ini adalah dirinya.

Sambil tidak pelakon Kiah Pekasam itu juga menolak ada unsur sabotaj oleh pihak-pihak yang iri hati terhadapnya. Namun ibu kepada dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, itu belum bercadang mengambil tindakan undang-undang.

- mD

 

 

Template Design шаблоны Joomla