Sat04212018

LAST_UPDATEThu, 19 Apr 2018 4pm

Anne Ngasri Jawab Dakwaan Kahwini Ahli Politik


.

Selepas hubungan cintanya dengan penyanyi muda dari Singapura, Aliff Aziz berakhir sekitar beberapa bulan lalu, alih-alih Anne Ngasri dikatakan sudah berkahwin dengan seseorang yang ahli politik. Malah dia di dakwa kononnya menjadi isteri kedua individu tersebut.

Bercakap kepada mStar Online, pelakon itu menafikan perkara tersebut dan meminta meminta individu yang mempunyai bukti kononnya dia telah berkahwin dengan seorang ahli politik supaya mendedahkannya kepada umum.

Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, dia terkejut bagaimana gosip terbaru mengenai dirinya itu boleh wujud.

"Tidak benar saya sudah berkahwin dengan mana-mana VIP atau ahli politik kerana sehingga kini saya masih solo dan kepada mereka yang mempunyai bukti saya sudah kahwin, saya mempersilakan untuk ia didedahkan kepada umum," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Anne berkata, dia tidak serik untuk bercinta lagi selepas hubungannya dengan Aliff gagal dan masih mencari cinta yang sesuai untuk dirinya.

Malah kata Anne, kegagalan rumah tangannya sebelum ini tidak pernah membuatkan dia ragu-ragu untuk berkahwin lagi dan berharap Allah akan mempertemukan jodoh yang baik buatnya.

Saya masih seorang manusia biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang dalam hidup. Perkahwinan itu juga adalah dituntut dalam agama kita.

"Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik suatu hari nanti," katanya yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran program bual bicara berkonsepkan remaja berjudul SIS

Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010. Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.

 

- mD
- http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/10/30/mstar_hiburan/20121029155056&sec=mstar_hiburan

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla