Sun07222018

LAST_UPDATETue, 15 May 2018 11am

Demi Afdlin Shauki, Lana Nordin Sanggup Dedah Lurah Buah Dada

.

Pernah mencetuskan kontroversi ekoran gambar 'panasnya' yang tersebar luas di internet. Pelakon seksi Lana Nordin kembali cerita panas, menerusi penampilannya mendedahkan sebahagian lurah buah dadanya. Aksi itu dilakukan demi menghidupkan watak dalam filem terbaru lakonannya, Pontianak Vs Orang Minyak.

Lana berkata tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah dalam filem yang akan ditayangkan pada 22 November itu telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.

Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama 'win win situation' kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

"Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

"Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya.

"Malah, saya tahu Afdlin tidak mungkin mahu mengaibkan sesiapa dalam filemnya. Saya hormati dia dan saya hanya menyerahkan kepadanya apa juga yang akan berlaku di masa akan datang," katanya kepada portal murai.com.my baru-baru ini.

Dalam filem yang diterajui dua pelawak Johan Raja Lawak dan Nabil Ahmad itu, sebagian buah dada Lana Nordin kelihatan terdedah dan ia telah dijadikan bahan komedi oleh pelakon Khir Rahman apabila dia turut melawak menggunakan bahan longkang (lurah) Lana Nordin di dalam sebuah babak.

Malah, pelakon Sharifah Shahira yang turut membintangi filem iti juga melawak dengan menggelarkan Lana sebagai Hantu Kopek sedangkan watak Lana ketika itu masih seorang manusia.

"Jika imej seksi saya berjaya dijadikan bahan komedi, maknanya saya berjaya membawakan watak komedi dalam filem ini. Saya tidak mahu membataskan bakat lakonan saya kerana saya ingin jadi pelakon yang serba boleh.

"Saya sudah tak hairan dengan apa jua bentuk kontroversi yang dilemparkan kepada saya selepas ini. Malah, saya anggap gelaran Hantu Kopek sebagai joke dan terpulang kepada tafsiran setiap orang," jelasnya.

Lana juga akui sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa jua kontroversi yang melanda kerana dia terlebih dahulu sudah pun memberitahu ahli keluarganya mengenai penampilannya di dalam filem itu.

 

- http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=13277&c=1&s=1

- mD

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla