Thu04262018

LAST_UPDATEThu, 19 Apr 2018 4pm

Sebab Ramen & Foto Tak Berbaju, Eunhyuk-IU 'Terjerat' Skandal Seks!

.

Pada pagi 10 November (Sabtu) lalu, peminat KPop seantero dikejutkan dengan berita tersebarnya 'foto mesra' ahli kumpulan Super Junior Eunhyuk bersama penyanyi cantik manis, IU. Lebih panas, foto tersebut jelas menunjukkan Eunhyuk yang dalam keaadan tidak berbaju sementara IU dalam keadaan memakai pajama. Dan apa yang lebih menimbulkan persoalan, gambar itu dimuat naik oleh IU sendiri di laman Twitternya. Jeng... jeng...jeng.

Spekulasi mengatakan yang mereka tidur bersama bertambah kukuh apabila peminat mula menyedari yang tidak beberapa lama sebelum itu, IU ada memuat naik gambar baju yang sama seperti mana dalam 'gambar mesra' berkenaan. Gambar baju itu dimuat naik dengan kapsyen baju itu terbakar semasa dia cuba memasak ramen.

Pantas timbul dakwaan yang kedua-dua idol ini dalam diam menjalinkan hubungan dan khabar angin itu semakin kukuh kerana sebelum ini ada desas desus mengatakan mereka berdua sebenarnya memang bercinta. Dalam laporan berasingan, sebelum ini Eunhyuk dan IU pernah digosipkan bercinta kerana ada 'bukti' mengenai pasangan ini. Dalam satu epsisod Strong Heart, yang mana ketika itu IU sebagai tetamu, Leeteuk (ketua Super Junior) menulis, “Berjumpa dengan gadis Eunhyuk lagi..“, Eunhyuk pula secara ringkas membuat simbol hati pada satu papan tanda, dan IU menulis, “Oppa (panggilan manja untuk teman lelaki), saya di sini“

Berkenaan dengan 'foto mesra' tersebut, pada hari Sabtu itu juga dengarnya pihak label SM Entertainment (iaitu agensi Eunhyuk) dengan segera mengadakan perjumpaan tergempar dengan semua ahli Super Junior. Berita buruk yang diterima Eunhyuk, semua jadual aktiviti seninya 'dibekukan' oleh pihak agensi. Dan jika benar seperti yang dilaporkan, ini bermakna kemungkinan besar penyanyi berusia 26 tahun itu tidak akan datang untuk konsert Super Junior M 2012 Asia Super Showcase In Malaysia yang akan berlangsung pada 11 Disember nanti. Tapi! berita ketiadaan Eunhyuk ini belum betul-betul rasmi. Cuma, mungkin.

Eunhyuk dan IU

SM Entertainment bagaiamanapun enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut apatahlagi memberitahu mengenai apa tindakan mereka terhadap Eunhyuk.

Sementara pihak agensi IU iaitu Loen Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan tentang isu berkenaan. Dalam erti kata lain, pihak agensi gadis berusia 19 tahun itu cuba menamatkan segala spekulasi yang timbul.

Dalam kenyataan itu: Loen Entertainment memohon maaf mengenai gambar yang dimuat naik di Twitter IU itu hingga menimbulkan kebimbangan kepada peminat IU sendiri dan juga Super Junior .

Foto itu sebenarnya diambil sewaktu musim panas lalu dan ketika itu IU sakit. Eunhyuk datang melawat IU di rumahnya dan  gambar itu diambil ketika mereka sedang duduk di sofa (bukan di dalam bilik tidur sepertimana yang segelintir peminat sangkakan). 

Dan tindakan IU memuat naik foto tersebut di Twitternya diakui satu kesilapan besar. IU dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada peminat semua kerana menimbulkan masalah kepada Eunhyuk ekoran spekulasi yang timbul.

Loen Entertainment turut menjelaskan IU dan Eunhyuk mula rapat sejak IU tampil merelease-kan debutnya. Eunhyuk pernah menikmati makan malam bersama ibu IU. Pihak agensi juga meminta agar isu ini tidak diperbesarkan-besarkan dan mereka akan jadikan insiden ini sebagai satu pengajaran.

Inilah 'foto mesra' yang dimuat naik IU di Twitternya hingga mencetuskan kontroversi.

Dalam pada itu, isu ini mendapat reaksi berbeza daripada peminat kedua-dua idol ini. Ada yang kecewa kerana tindakan kedua bintang ini dianggap sungguh memalukan dan mengecewakan peminat. Al-maklum lah, sebagai idola mereka seharusnya menampilkan imej, disiplin yang bagus juga tingkah laku yang baik yang boleh dijadikan ikutan. Bukan insiden seperti ini.

Sementara, ada pula peminat yang seperti tidak kisah dengan isu ini kerana bagi mereka kedua-dua idol ini tetap manusia biasa. Dan Eunhyuk, sudah cukup umur dan dia pun sudah layak untuk bercinta. Cuma mungkin IU terlalu muda untuknya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla