Tue04242018

LAST_UPDATEThu, 19 Apr 2018 4pm

Ariel (Noah) Jalin Hubungan Intim Dengan Pramugari

.

Vokalis kumpulan Noah, Nazriel Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel (aka Ariel Peterpan) ketika ini dikatakan menjalin hubungan intim dengan seorang pramugari, bernama Magdalena Awuy.

Menurut sumber, Magdalena sudah pun bersuami dan mempunyai seorang  anak. Mereka berdua mula berkenalan sejak Noah mengadakan konsert jelajah di lima negara baru-baru ini.

"Sepanjang konsert jelajah Noah baru-baru ini, kumpulan itu menaiki jet peribadi. Sejak itulah Ariel mula mengenali Magdalena. Pramugari itu sudah pun bersuami dan mempunyai seorang cahaya mata", ujar seorang sumber tersebut kepada Kapanlagi.com.

Tambah sumber yang enggan dikenali identitinya itu, jet peribadi yang digunakan oleh Noah adalah milik seorang ahli perniagaan berketurunan Arab dan Magdalena adalah salah seorang pramugari di pesawat tersebut.

Magdalena Awuy yang di dakwa sebagai kekasih baru Ariel.

Bahkan minggu lalu, Magdalena dijemput Ariel ke Bandung untuk menyaksikan konsert Noah di sana.

"Dia (magdalena) sering berjumpa dengan Ariel. Dia juga sering dilihat datang menyaksikan konsert Ariel. Minggu lalu Ariel menjemputnya ke Bandung untuk menonton konsert Noah di sana," ujar sumber itu lagi.

Ariel sebelum ini pernah menjalin cinta dengan personaliti TV-pelakon popular Indonesia, Luna Maya. Namun mereka disahkan sudah berpisah.

 

-mD

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla