Fri01192018

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

Cantik Tanpa Stres Dengan SimplySiti Dermagic

.

 

Anda stres dengan kerja? Dengan bos, teman sepejabat? Anda stres dengan kerja-kerja rumah? Kerenah anak-anak, suami, patner? Anda stres dengan kerja sekolah? Dengan cikgu-cikgi, peperiksaan?  Ataupun apa-apa saja lah yang buat anda stres.  Aha! SimplySiti, jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang diasaskan oleh penyanyi no.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza, bisa membantu penyelesaikan masalah stres anda!


Simplysiti kini muncul dengan misi & azam baru untuk membantu para wanita khasnya untuk kekal cantik bukan hanya secara fizikal malah terus kekal cantik, luar dan dalam. Kesibukan rutin harian memang menjadi cabaran dan menyumbang kepada tekanan hidup bagi kebanyakkan wanita khasnya, sekaligus pasti menjejaskan kecantikan unggul. Menyedari situasi itu, Simplysiti tampil membantu, dengan produk terkini, ‘Simplysiti Dermagic Beauty Moisturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin’. Satu krim pelembab magis kecantikan yang bukan saja mampu menyerlahkan kulit yang lebih awet muda dan lebih cerah berseri, malah membantu membangkitkan mood gembira dan ceria.

 

Gelagat Sharifah Shahira (selaku hos) bersama Osbon memeriahkan majlis pelancaran 'Dermagic'

 

'Dermagic', satu rangkaian penjagaan dan rawatan kulit luar dan dalam-awet muda, kulit lebih cerah dan akan membangkitkan mood happy kepada pemakai. Produk ni sudah pun berada di pasaran sejak dua minggu lalu”, kata Presiden SimplySiti Sdn Bhd, Dato Siti Nurhaliza pada majlis pelancaran Dermagic, di Sunway Hotel Resort & Spa, malam tadi.

 

Siti bersama wajah baru SimplySiti Dermagic, Syazwin.

 


Lebih istimewa, SimplySiti turut memperkenalkan wajah baru yang turut berkongsi keistimewaan Dermagic yang juga muncul menerusi iklan terbaru produk ini, iaitu Syazwin. Wanita berusia 30 tahun ni merupakan seorang isteri dan wanita bekerjaya yang sibuk dengan tugas harian beliau.

Rangkaian Dermagic terdiri daripada 5 jenis- pelembab, intensive serum, krim mata, skrub dan mask. Perkara yang anda perlu tahu tentang Dermagic, ia diformulasi dengan tiga bahan paling berguna untuk kulit,

 

Dermagic berharga antara RM25.00 hingga RM70.00

 

 

  • Produk pertama di Malaysia yang mengandungi Plant Endorphin-hormon yang boleh membangkitkan mood happy
  • Mengandungi Korean Plant Stem Cell–kaedah terbaru untuk kesihatan kulit
  • Advandce Hydro-Collagen- awet muda, menyerlahkan wajah tanpa cela


Dengan formula hebat ini, banyak faedah yang boleh didapati dalam satu krim iaitu melembab, kulit tanpa stres, mencerah, tona kulit sekata, mengecilkan saiz pori, menenangkan, mengurangkan kedutan dan garisan halis, menegangkan kulit wajah, membentuk wajah (V shape), mengurangkn cela kulit, menambah seri, menyegarkan kulit, mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Fuhh!

Dan… jangan bimbang, jenama Simplysiti  telah mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jakim yang diilhamkan oleh wanita Malaysia dirumus secara saintifik dan telah terbukti secara klinikal.

 

- Foto-foto oleh Mohd Danish Haikal

- mD

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla