Sun07222018

LAST_UPDATETue, 15 May 2018 11am

Penat Berlakon Sinetron, Mikha Tambayong Cuba Nasib di Malaysia

.

 

Memulakan kerjayanya sebagai model ketika di usia 14 tahun, lantaran membawa empunya nama penuh Moudy Mikha Maria Tambayong, terjebak dengan dunia seni. Sinetron berjudul Kepompong merupakan debut lakonannya pada tahun 2008. Kemudian ditawarkan pula membintangi Nada Cinta, sinetron yang sedia meletop di Indonesia juga sekarang sedang hangat di tayangkan di Malaysia.


Ironinya gadis manis ini terus terang meluahkan rasa penat dan bosan dengan rutin sebagai seorang pelakon sinetron. Apa tidaknya! Nada Cinta saja menuntutnya berada di lokasi penggambaran selama setahun.

“Saya sebenarnya sudah bosan berlakon sinetron. Waktu penggambaran sesebuah sinetron itu ‘gila’, Setiap hari harus ada di lokasi dari pagi hingga lewat pagi. Buktinya, sewaktu jalani penggambaran Nada Cinta usia saya 14 tahun dan penggambaran tamat ketika usia saya 15 tahun. Saya penat sangat,” luah artis kelahiran Jakarta ini ketika ditemui pada majlis pelancaran teater Gerimis Mengundang di Istana Budaya, baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tak tahu, Mikha juga adalah anak saudara kepada penyanyi terkenal Indonesia, Harvey Malaiholo. Sepertimana bapa saudaranya, Mikha turut mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.

 

.

 

“Selepas berlakon Kepompong, saya berehat selama setahun kerana penat sangat. Atas dasar minat menyanyi, saya akhirnya releasekan album berjudul, Bekas Pacar pada tahun 2010. Lebih bermakna saya berpeluang berduet dengan bapa saudara saya menerusi lagu, Satu Yang Pasti. Dan selepas berehat setahun, saya kembali semula berlakon dalam sinetron Nada Cinta, kata Mikha dengan panjang lebar.

Dalam perkembangan lain, Mikha memberitahu, selain menjalani penggambaran sinetron Aishiteru, dia juga sekarang sibuk menulis novel pertamanya Menariknya, novel fiksyen yang akan di release akhir bulan ini, mengisahkan tentang cinta pertamanya. Di samping dia juga dalam proses rakaman single terbaru dan turut menyatakan yang dia akan menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang pada tahun depan.

Teruja Berlakon dalam ‘TGM’
Di saat penonton setia sinetron Nada Cinta baik di Malaysia mahupun di Indonesia sedang angau dengan  Mikha Tamboyang, pengarah Ahmad Idham membuka peluang buat peminat-peminatnya di sini untuk menonton gadis berusia 17 tahun ini ‘secara live’ di pentas Panggung Sari Istana Budaya.

 

.

 

Kata Mikha, penat berlakon sinetron juga antara penyebab dia tidak berfikir lama untuk menerima tawaran menjayakan teater Gerimis Mengundang (TGM). Bahkan dia menyifatkan peluang ini sebagai satu prenghargaan dan ruang untuknya mencipta nama di sini. Sekaligus kesempatan mendekati peminat di sini dengan lebih dekat, yang mana selama ini mereka hanya 'berhubung' menerusi laman sosial Facebook dan Twitter sahaja.

Dalam teater tersebut Mikha membawa watak namanya sendiri, seorang pelajar Indonesia yang menuntut di Malaysia dan kemudian dia jatuh cinta dengan seorang bakal juruterbang bernama Zamani (lakonan Kamal Adli).

Teater Gerimis Mengundang bakal membukai tirai pada 27 Mac hingga 8 April 2012.

 

- Foto-foto oleh Cipot Redz

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 

Template Design Joomla