Sat01202018

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

Sharnaaz Marah Taufik Batisah, Merajuk Dengan Shila Amzah?

.
Pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu kekasih atau lebih tepat, cinta hati kepada penyanyi Shila Amzah dikatakan cemburu gara-gara buah hatinya itu membuat persembahan bersama penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah sewaktu di malam Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Menerusi akaun Twitter, Shila Amzah menulis: 

“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya — saya tak tahu mana dia pergi,”

Taufik Batisah.
Kenyataan itu dibuat sebelum Shila menyampaikan anugerah Lagu Terbaik dan ramai menjangka pelantun Patah Seribu itu sekadar bergurau sehinggalah Sharnaaz Ahmad memberi respon di Twitternya. 

Seorang peminat di forum Cari melampirkan screenshot tulisan Sharnaaz Ahmad yang tidak berpuashati dengan Taufik Batisah dan kemungkinan juga terhadap Shila Amzah.

.
.
Ada dua kemungkinan dalam kes lepas geram Sharnaaz Ahmad kali ini - sama ada dia memang cemburu dengan Taufik Batisah atau kurang senang dengan gurauan Shila Amzah.

Namun, Sharnaaz Ahmad telah pun memadam tulisan tersebut dan mendakwa seseorang telah menceroboh akaun Twitter beliau pada pagi semalam kelmarin.


- mD












 

Template Design Joomla