Fri01192018

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

.Ungkapan “Haruan makan anak” atau “Harapkan pagar, pagar makan padi” memang sudah cukup sinonim jika dikaitkan dengan isu gejala sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Istilah rogol atau bahasa sopannya perkosa, memang dah tak kenal siapa. Bukanlah pelik bila kita didendangkan perkhabaran bapak rogol anak, abg rogol adik, datuk rogol cucu hatta cucu rogol nenek pun ada (Memang dasar cucu hantu!).

 

Terpanggil untuk berkongsi contoh-contoh kes yang pernah direkodkan sebelum ini, alkisah bapa kandung ratah anak sendiri memang banyak. Dimulakan dengan seorang bapa yang tergamak meniduri anak gadisnya selama dua tahun yang berusia 17 tahun semata-mata mahu memenuhi keinginan nafsu. Tidak cukup dengan itu, seorang murid perempuan tahun enam di sebuah sekolah dipercayai dilanda kemaruk seks apabila sanggup merelakan diri menjadi pemuas nafsu bapa kandung selain mengajak beberapa teman rapat lelakinya melakukan perbuatan terkutuk berkenaan. Semuanya gara-gara ketagih seks selepas dirogol berkali-kali oleh bapanya!

 

Kisah abang rogol adik juga tidak ketinggalan. Buktinya, misteri kehilangan gadis berusia 18 tahun dari rumahnya telah membongkar rahsia bahawa dia menjadi mangsa nafsu serakah dua abang kandungnya. Gadis malang itu dipercayai melarikan diri kerana tidak tahan menjadi mangsa kerakusan nafsu dua abangnya yang masing-masing berusia 23 dan 19 tahun selepas berulang kali dirogol!

 

.Usia tua sepatutnya dimanfaatkan untuk berbual amal kebaikan sementara menunggu ‘panggilan’ kubur. Berlainan pula bagi seorang Datuk yang berusia 89 tahun yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan. Lebih menjijikkan, lelaki durjana itu dituduh merogol mangsa di kandang lembu di sebuah rumah tanpa nama. Kisah sama tapi tak serupa,  ‘Datuk segala setan’ merupakan gelaran paling cocok untuk diberikan kepada seorang lelaki yang tergamak menjadikan cucu perempuannya yang berusia lima tahun sebagai tempat memuaskan nafsu. Lebih memalukan, warga emas berusia 66 tahun berhati binatang itu juga sanggup mempelawa tiga rakan, termasuk seorang anak angkat yang tinggal bersamanya untuk ‘meratah’ tubuh kanak-kanak itu di rumahnya.

 

Seterusnya, kisah cucu hantu! Apalah daya seorang nenek uzur serta cacat penglihatan yang berusia 71 tahun untuk melawan kudrat cucu yang tergamak merogolnya. Natijah daripada  insiden tersebut, remaja berusia 16 tahun itu kini terpaksa meringkuk di sebalik tirai besi apabila Mahkamah Juvana menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadapnya dan akan menjalani hukuman itu di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka!

 

Segala macam kes rogol telah direkodkan yang setiap satunya mempunyai variasi cerita tersendiri. Ironinya, sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun iaitu sejak 2005 hingga 2010. Statistik yang direkodkan PDRM itu juga telah menunjukkan bahawa jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

 

Remaja belasan tahun, budak sekolah malahan kanak-kanak yang masih kecil turut menjadi mangsa manusia terkutuk ini. Mana letak perikemanusiaan? Mana hilang pertimbangan diri dan waras akal fikiran? Apa gejadahnya insan yang selama ini diharapkan untuk melindungi sebaliknya berkelakuan lebih hina daripada haiwan? Itulah akibatnya apabila manusia meletakkan hawa nafsu sebagai perkara teratas dalam hidup mereka. Sudahlah pegangan agama ke mana, pertimbangan diri turut hanyut dibawa dek arus deras pengaruh semasa.

 

.Pengaruh persekitaran, keadaan semasa, lambakan video, vcd lucah dan pornografi sering dijadikan alasan utama yang mengheret manusia bertindak di luar batasan. Namun begitu sedar atau tidak, sikap keterbukaan melampau masyarakat secara tidak langsung turut mengundang kepada gejala yang tidak sihat ini.  Pergaulan bebas, gaya hidup yang mengalahkan masyarakat barat, kurang didikan agama, nilai-nilai murni, adat dan budaya sering dilepas pandang membuatkan kita hanya menuding jari pada mereka yang menjadi perintis gejala ini pada mata kasar!

 

Hakikatnya, Tak ada angin masakan pokok bergoyang. Seratus peratus kesalahan adakalanya tak wajar dipaksikan pada golongan adam semata. Ini kerana wanita sekarang lebih up-to-date dan berani daripada aspek pergaulan dan pemakaian yang menjolok mata! Ada benarnya jika kita cuba menjalinkan rantaian di antara cara berpakaian wanita dan nafsu seorang lelaki. Tak mustahil lelaki sedikit terganggu minda dan emosinya tatkala berdepan dengan wanita-wanita ini sekaligus mengheret kepada isu rogol yang kebanyakan menimpa kepada kaum hawa yang lain! 

 

Itu sekadar andaian yang penulis kira ada logiknya jika mahu dijadikan alasan. Namun, seandainya kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa, manusia tersebut memang tak punya otak dan wajar dikenakan hukuman. Pernahkah terlintas difikiran anda, hukuman sebatan beserta 20, 30 tahun waima seumur hidup penjara ke atas si pelaku tiada taranya berbanding maruah diri, trauma seumur hidup dan sejarah hitam yang tak kan luput daripada ingatan mangsa!

 

 
 

Template Design Joomla