Thu01182018

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

Perempuan Melayu KL Dedah Aset

.Sewaktu korang berkunjung ke pusat beli belah, menonton wayang atau sekadar jalan-jalan cuci mata, pernah tak korang terserempak mahupun ternampak kelibat kumpulan gadis-gadis Melayu yang berpakaian seksi mengalahkan artis Hollywood? Seandainya jawapan korang tak pernah, Kak Pornah tak tahu samada nak puji korang sebab terlalu ‘menundukkan pandangan’ atau korang ni sememangnya katak bawah tempurung yang hidup dalam dunia korang sendiri je!

 

Seksi macam mana yang Kak Pornah maksudkan? Kita selalu cakap bahawa definisi seksi itu berbeza bagi seseorang individu tambahan pula seksi itu merujuk kepada sesuatu yang subjektif untuk dihuraikan! Ada orang cakap, pakai baju singkat tak cukup kain itu seksi, namun ada pula yang jawab bahawa pakai baju kurung pun nampak seksi lebih-lebih lagi kalo ada mulut macam Kila Fairy! Mungkin ada benarnya apabila seseorang memberikan pendefinisian seksi itu secara konseptual maka lahirlah pengertian seksi yang pelbagai.

 

Namun untuk entri kali ni maksud Kak Pornah terang lagi bersuluh! Seksi yang Kak Pornah nak cakap ialah seksi dedah aset sana sini yang lahir dari segi literal dan mata kasar tanpa perlu korang huraikan secara berbunga-bunga. Sebetulnya, fenomena gadis-gadis Melayu di Kuala Lumpur (KL) berpakaian seksi dah jadi perkara biasa dalam masyarakat. Tanpa perlu berstatus selebriti popular atau sekadar artis tempelan, majoriti gadis-gadis Melayu sememangnya berani bergaya mendedahkan sebahagian tubuh mereka di tempat awam.

 

.Pakai baju nampak ketiak, dedah belakang, tersembul pusat dan bukak lurah memang dah biasa. Berseluar pendek, ketat dan sendat, malahan berskirt kontot betul-betul paras pungung juga dah ramai. Tu belum termasuk yang berani berfesyen ala-ala ‘lady gaga’ yang kurang siuman. Dahla berpakaian sebegitu rupa, perangai dan adab pula tak berapa nak cantik. Akur atau tidak, itu semua memang dah jadi sajian wajib ke mana-mana pun kita pergi kat KL ni. Bukan nak bersifat perkauman jauh sekali merendah-rendahkan anak bangsa, namun dah memang hakikat yang berkelakuan sedemikian rupa anak Melayu kita sendiri!

 

Apa sebenarnya yang mahu dibanggakan apabila berpakaian mendedahkan apa yang tidak sepatutnya? Tak wujud rasa malu atau segankah mereka kepada masyarakat? Puaskah hati mereka apabila dapat menayangkan aset-aset bernilai mereka kepada orang awam? Ini sebahagian soalan yang acapkali diajukan apabila merujuk kepada isu yang satu ini. Ketepikan soal mahu berfesyen atau up-to-date yang sering dijadikan alasan semasa kerana Kak Pornah dah bosan dengan jawapan yang bersifat klise ini.

 

Cuba melihat daripada aspek berbeza, macam mana kalau Kak Pornah kategorikan sebahagian daripada mereka ni sebenarnya terkena kejutan budaya atau bahasa omputihnya ‘culture shock’!  Mula-mula kemain sopan santun namun apabila dah bergaul dengan rakan-rakan yang lebih stylo, maka segalanya berubah! Dalam mana-mana masalah sosial pun, pengaruh rakan dan persekitaran sememangnya membawa kepada perubahan besar kepada seseorang individu. Selain itu, wujud juga golongan yang sememangnya dah lama gian nak berubah sebab tak tahan asik kena paksa ‘jadi baik!’ Al maklumlah, sewaktu dengan mak bapak segalanya dalam kawalan, nak buat sesuatu perlu dengar cakap mak bapak sedangkan apa yang dilakukan bukan lahir dari hati sendiri! Justeru, bila dah jauh di mata, maka pesanan mak bapak pun jauhlah ditinggalkan!

 

.Tak mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, Kak Pornah yakin segalanya perlu terletak hati dan waras pemikiran seseorang individu itu sendiri. Tak perlulah berlebih-lebihan dalam berfesyen sehingga mengabaikan apa yang tidak sepatutnya demi mencapai kepuasan hati apatah lagi menarik perhatian umum untuk menyaksikan korang. Biar apa pun alasan yang korang berikan, Kak Pornah rasa amatlah wajar korang menilai kembali cara korang berpakaian. Memanglah seksi maut korang tu bukan jenayah besar yang perlu dijadikan isu dan korang boleh cakap “kalau orang lain tak suka, tak payah tengok”! Tapi kalo dah korang menempel je kat mana-mana shopping mall dengan pakaian dan perilaku yang memualkan macam mana orang lain tak tengok!

 

Kak Pornah tak kata golongan yang bertudung dan sopan itu baik dan sempurna serba serbi, dan Kak Pornah taklah sampai melabel korang yang berpakaian seksi ni tak baik atau tidak bermoral, namun masyarakat sering memberikan persepsi negatif daripada apa yang mereka nampak secara terus tanpa mahu menilai terlebih dahulu. Jangan sesekali terdesak untuk berubah menjadi individu lain hanya kerana mahukan pujian daripada mulut manis manusia!

 

 


*gambar sekadar hiasan









Template Design Joomla