Fri01192018

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

"Foto liar, bersosial? Ngak peduli, itu bukan aku"- Mikha Tambayong

.

 

Moudy Mikha Maria Tambayong. Gadis berusia 19 tahun ini merupakan heroin Teater Muzikal Gerimis Mengundang (TMGM) yang bakal membuka tirai pementasan mulai 27 Mac hingga 8 April ini, di Istana Budaya.


Pun begitu di saat bintang sinetron Nada Cinta ini teruja untuk beraksi di hadapan penonton juga peminatnya di Malaysia, dia dihambat dengan kisah tersebarnya di Internet akan gambar-gambarnya dalam keadaan tidak senonoh dan kononnya dia bebas bersosial. 

Menafikan sekeras-kerasnya, kata Mikha gambar-gambar yang tersebar itu bukanlah dirinya. Bahkan dia langsung tidak ambil peduli mengenai perkara itu.

"I dont really care about that. Foto-foto itu terang-terangan bukan aku. Apatahlagi ada foto yang menunjukkan aku memegang putung rokok. Walhal aku sendiri tidak tahan dengan bau asap rokok", katanya ketika ditemui di majlis doa selamat TMGM, di Istana Budaya, semalam.

 

.

 

Tambah Mikha lagi, dia menyedari sebagai artis, setiap tingkah lakunya akan menjadi perhatian. Maka dengan itu dia sedaya upaya akan sentiasa menjaga tatatertib lebih-lebih lagi di depan khalayak. Malahan gosip sebegini dianggap sebagai lumrah dan asam garam yang pasti akan ditempuhi bagi sesiapa yang bergelar anak seni.

"Memang kalau jadi entertainer pasti ada gosip kan. Tapi aku ngak ambil kisah, udah biasa. As long as siapa yang betul-betul kenal sama aku, mereka akan tahu siapa aku",

"Ada juga gambar yang aku kelihatan gemuk. Ternyata itu gambar super-impose (teknik pertindihan) yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memburukkan imej aku",

Lebih kukuh mengenai penafiannya itu, kata Mikha dia sebenarnya seorang yang tidak suka berparti mahupun keluar bersosial bersama kawan-kawan. Masa senggangnya lebih banyak dipenuhi dengan duduk di rumah, menonton DVD, membaca buku juga bersantai bersama keluarga. Hanya sesekali dia akan keluar bersama temannya dan menghabiskan masa di kafe.

Dalam hal lain, menyentuh mengenai perkembangan serta persiapan untuk kemunculannya menerusi TMGM tidak berapa lama lagi, kongsi Mikha, dia dan Kamal Adli kini giat berlatih terutamanya bahagian tarian yang sememang mencabar kewibawaannya sebagai pelakon.

 

Serasi. Mikha (sebagai Cinta) dan Kamal Adli sebagai Zamani dalam TMGM

 

.

 

"Nyanyian dan lakonan, aku ngak punya masalah. Cuma tarian, aku harus banyak berlatih. Kalau tarian seperti Hip Hop, modern dance, aku suka dan tidak sukar tetapi kalau ballet, aku sangat baru dan ia mencabar",

"Setiap kali praktis, pasti ada yang accident. Kalau bukan aku yang accident, Kamal yang accident. Badan-badan aku tu jadi sakit semua. Tapi aku yakin semakin hari kita berdua praktis, pasti ada peningkatan lebih baik. Sekarang kami udah mahir banyak step", kata Mikha lagi sambil berpesan, kalian perlu datang menonton TMGM kerana ada kejutan menarik dan istimewa akan dipersembahkannya nanti.

 

-Foto-foto oleh Cipot Redz

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla