Fri01192018

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

Azad Menangis Saat Sah Jadi Suami Eira Syazira

.

 

Tanggal 22 Februari 2008, itu tarikh detik perkenalan diantara mereka. Bermula dengan ikatan persahabatan. Kemudian pada Mei lalu, keluarga Azad datang merisik. Dan akhirnya semalam, pada ketika umum menikmati cuti sempena merai hari 1 Malaysia, pasangan aktor-aktres ni mencipta hari bahagia mereka.

 

Selama 3 tahun menyulam cinta dan selepas berdepan dengan pelbagai dugaan juga suka duka bersama, akhirnya dengan sekali lafaz, Syazira Shuhaimi atau lebih mesra ngan panggilan Eira Syazira, sah menjadi suri kepada Azad Jasmin John Louis bin Jeffri aka Azad. Pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa Eira sendiri, Shuhaimi Hj. Aceh, dengan mas kahwin sebanyak RM 300, disaksikan oleh Ustaz Abdul Manaf bin Mat, Imam besar masjid putra Jakim, Putrajaya. Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sanak saudara serta kawan-kawan terdekat.

 

.

 

Sebaik akad dilafaz, Azad yang segak berbaju melayu kelihatan mengalirkan air mata.  Sementara Eira yang ayu-elegan dalam persalinan baju rekaan Wan Pa, kelihatan tenang  sambil mengukir senyuman.

"Hari ni adalah saat yang saya nanti-nantikan, menjadi suami kepada Eira. Eira, the last Malay women on earth. Antara perkara yang buat saya tertarik, sebab sikap sopan-santunnya".

.


"Saya gembira dan dalam masa sama sedih sebab terkenangkan arwah adik saya, Nizar Jefree. Dari awal perkenalan kami, Eira memang rapat dengan arwah. InsyaAllah, saya akan jadi suami yang baik dan bertanggungjawab sehingga akhir hayat, ujar Azad.

"Nizar pernah cakap kat Eira, 'I nak abang I kahwin dengan you, I tak nak abang I kahwin dengan orang lain'. Syukur, kami dapat tunaikan hasrat dia. Azad is everthing for me. Selepas mengharungi pelbagai dugaan, Allhamdullilah majlis hari ni berjalan lancar",  tambah Eira.



.

 

Majlis ijabkabul yang berlangsung di rumah pengganti perempuan, di Persint 14, Putrajaya ni bertemakan 'Princess Glasses'' berlatar rona merah putih. Lebih indah, dengan khidmat perancang perkahwinan, Za'ha Wedding Planner, telah mengilhamkan konsep ala puteri Balqis  disunting oleh seorang raja di alam kayangan. Idea ni datangnya siknifikan dengan lakonan yang melonjakkan populariti Eira menerusi drama 'Cinta Balqis'. Suasana diserikan lagi dengan singgahsana pelamin yang bercirikan kaca dan kristal. Sebanya 1050 keping gelas dan kristal digunakan untuk menghiasi ruang pelamin dan bunga ros merah segar sebagai dekorasi.

Bersama barangan hantaran sebanyak 9 dari Azad berbalas 11 dari Eira, mempelai dua sejoli ni memutuskan untuk merahsiakan nilai wang hantaran mereka.

Sebetulnya mereka merancang mahu disatukan pada tahun depan, tetapi atas permintaan ibu Eira dan dipersetujui oleh keluarga Azad, majlis nikah mereka dipercepatkan. Menurut ibu Eira, Che Ruhani Che Hasan, 59, sebagai ibu bapa dia bimbang akan gosip-gosip dan untuk mengelakkan sesuatu yang tak sedap didengar dan tak diingini timbul, jadi lebih elok perkara yang wajib dulu dilaksanakan iaitu, nikah.

"Masa Eira bagitau yang dia nak kahwin, auntie tak terperanjat pun sebab sebelum-sebelum  ni  pun dia pernah cakap macam tu. Tapi kali ni tak sangka dia betul-betul serius. Rasa gembira sangat.
 

.


"Sebenarnya kalau boleh selepas diorang kahwin ni, auntie nak diorang tak payahlah lagi jadi artis lagi. Buatlah bisnes ker... Apapun auntie doakan agar jodoh Eira dan Azad berpanjangan hingga ke akhir hayat", kata ibu Eira.


Menyerahkan segalanya pada Tuhan, Azad & Eira tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Tetapi sekiranya dikurniakan dalam waktu terdekat ni, mereka terima. Selain tu buat masa juga, mereka memilih untuk menangguhkan dulu bulan madu sebab masing-masing sibuk dengan pengambaran. Disamping selain berlakon, Eira akan menyambung kembali proses rakaman albumnya. Bahkan suami isteri ni bakal merakamkan lagu duet bersama. Selain merancang untuk memulakan perniagaan secara online dan membuka butik.

"Sebenarnya syarikat rakaman Eira ada plan disamping nak buat promosi satu Malaysia, album Eira nanti akan ada kontes untuk peminat-peminat. Slogan terbaik akan berpeluang melancong bersama Eira di Jakarta, Bali dan Turkey. Masa tu nanti, kami plan nak honeymoon. Kira honeymoon sambil bekerjalah". Kalau tak pun, kami akan cari masa untuk honeymoon dalam cuti akhir tahun ni, InsyaAllah", kata Eira lagi.

Dua majlis resepsi akan diadakan iaitu pada 19 November di rumah Eira. Manakala pada 26 November di Georgtown, Pulau Pinang, bagi sebelah keluarga Azad.
 

 

{gallery}azad_eira{/gallery}

 

 

-mD

 

Template Design Joomla