Tue04242018

LAST_UPDATEThu, 19 Apr 2018 4pm

Wawa Zainal Terima Pelawaan VIP?

.

 

Dalam situasi sekarang agak sensitif dan buat MD berhati-hati nak 'cerita' kisah VIP. Apatah lagi kalau ianya ada kaitan dengan artis. Al-maklum, paham-paham saja lah... (merujuk kepada berita sensasi alkisah VIP dengan artis sejak dua tiga menjak ni).  Tapi tidak bagi pelakon baru, Wawa Zainal. Gadis berusia 20 tahun ni dengan terbuka mengaku, dalam setahun ni dia pernah menerima beberapa pelawaan daripada golongan VIP.


Bagaiamanapun pelakon drama Bunga-bunga Syurga itu berkata semua pelawaan tersebut ditolak secara baik.

"Saya akui ada diganggu oleh beberapa gologan VIP yang mahu menghubungi saya untuk berkawan dan juga mengajak saya keluar.

"Namun saya mengambil tindakan yang mudah untuk tidak melayani mereka supaya tidak mendatangkan masalah yang tidak diingini di kemudian hari.

"Lagipun tujuan saya berada dalam industri ini pun hanya hendak mencapai cita-cita saya untuk menjadi pelakon yang disegani", ujar duta produk kecantikan pelembab bibir, Lipice ini.

Mula bertapak sebagai pelakon sekitar November 2010, anak kelahiran Sabah ni kini sudah membintangi beberapa filem seperti 3 Temujanji, Sumpahan Kum Kum, dan Hantu Dalam Botol Kicap.

Tinggal bersendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, Wawa berkata dia tidak akan menggunakan peluang tersebut itu untuk bergerak bebas sebaliknya akui pergerakannya sentiasa dijaga di bawah jagaan syarikat naungannya iaitu MIG.

"Terus-terang saya tiada masa untuk keluar bersuka ria apatah lagi menerima pelawaan daripada VIP kerana jadual yang disusun oleh MIG sangat ketat",

"Setiap hari saya akan sibuk dengan penggambaran drama atau filem serta masuk studio untuk dubbing suara",

"Lagipun pihak MIG akan selalu mengambil berat ke mana saya pergi jika jadual saya kosong waktu itu," jelasnya lagi.

Perkembangan terbaru, anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik ni baru sahaja usai menjalani penggambaran filem Kisah Paling Gangster dan sedang menjalani penggambaran filem Pada Suatu Cinta Dahulu.

 

- mD












 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla