Fri06222018

LAST_UPDATETue, 15 May 2018 11am

Aksi Seksi Nora Danish Dalam GLAM Dikritik Peminat

.

 

Saat ini, aktres Nora Danish masih lagi berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Ironinya nama heroin Tentang Dhia ni, sekarang 'panas' sekaligus menjadi bualan ramai peminat di Malaysia.


Semuanya kerna GLAM Lelaki edisi Mei/Jun 2012 yang sekarang sudah pun berada di pasaran menampilkan Nora Danish sebagai figura pilihan mereka untuk di’letakkan dalam ruangan Wanita Idaman. Dalam keluaran kali ini, hot mama ni bercakap mengenai lelaki.

Tapi apa yang lebih menjadi tarikan, satu aksi pose ala seksi Nora untuk tatapan para pembaca majalah tersebut.

 

.

 

Rentetan sebuah blog hiburan tempatan menyiarkan gambar tersebut, hasilnya ramai peminat menyatakan rasa kurang senang mereka tatkala melihat gambar itu.

Iyalah kan, selama ni Nora yang comel ni sentiasa tampil cantik natural, sekali dia buat tranformasi-dia berjaya bikin ramai, speechless.

Bagi MD, aksi tersebut bukanlah isu besar. Sebaliknya Nora boleh dikira berani dan... wow! Barangkali aksi Nora sebegitu sekadar memenuhi konsep atau mood yang dikehendaki oleh pihak penerbitan majalah itu.

 

Sebahagian daripada komen peminat yang tertera di blog Rotikaya.com

 

Dan sepertimana kata Nora sendiri, dia meletakkan dirinya daripada seorang yang sekadar bergelar model iklan yang tidak di’kenali kepada- she’s a smoking hot mama!

Kepada peminat-peminat diharapkan kalian tidak biarkan rasa tak puas hati itu berpanjangan. Sebagai peminat anda pastinya lebih kenal siapa sebenarnya pujaan anda itu, kan. Mungkin juga kritikan-kritikan tersebut tanda anda sayang Nora. Betul...? 

 

.

 

.

 

.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla