Sun01212018

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

9 Hari Penuh Hikmah Buat Adi Putra dan Aida

.

Sehari selepas menghantar notis tarik balik cerai yang difailkan terhadap isterinya Zuhaidah Yusof @ Aida pada 11 Mei lalu, malam tadi pelakon Adi Putra mengadakan satu sidang media khas bagi memberitahu secara terbuka akan keputusan yang telah dibuat serta status mereka berdua. Meskipun Adi menyedari yang dia tidak boleh menutup apatahlagi memberhentikan spekulasi yang timbul namun selepas menjawab segala persoalan, besar harapan kedua pasangan suami isteri itu agar selepas ini tidak ada lagi kontroversi yang berbangkit.

"Saya dan isteri telah sepakat untuk menutup fail permohonan cerai kerana pergolakkan yang berlaku antara kami sudah kembali pulih", kata Adi Putra dengan tenang sambil ditemani Aida di sisinya, ketika di sidang media bertempat di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

"Bohong kalau saya katakan rumah tangga kami tidak dilanda badai. Punca sebenar kami failkan cerai adalah disebabkan tiada persefahaman di mana pergolakkan itu sememangnya sentiasa wujud dan kami tidak terlepas dari lumrah hidup. Apapun kami menerima ujian ini seadanya. Dan sepanjang enam tahun perkahwinan kami, ini kali pertama kami ke mahkamah",

"Kami buka dan tutup fail secara baik. Buka fail tak semestinya bercerai sebab mungkin sesuatu masalah itu dapat diselesaikan menerusi sesi kaunseling terlebih dulu. Dan dalam tempoh sembilan hari yang diberikan pada kami itu, memberi ruang pada diri masing-masing bertenang dan berfikir serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Kami ada duduk berbincang, meluahkan perasaan dan segala yang terpendam dalam hati masing-masing selama ini. Alhamdulillah akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain dan harus memberikan peluang kepada perkahwinan ini. Selama sembilan hari itu saya saya boleh katakan ia sebagai satu hidayah. Saya sebenar susah untuk tafsirkan" jelas Adi lagi dengan panjang lebar.

Tatkala diminta mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan yang dia dan isteri seolah-olah main-main dengan isu penceraian, ini jawab Adi,

"Saya bersyukur kalau ada yang kata macam tu sebab saya dapat pahala. Ini masalah rumah tangga kami. Seperti yang saya katakan sejak awal tadi saya tidak boleh menghentikan spekulasi. Kalau buat salah tetap salah. Buat yang benar pun tetap di salahkan. Jadi kita buat jer lah yang benar. Kalau kena tubi-tubi pun, diam jer lah. Itu tandanya ada yang mengambil berat mengenai kami. Apa yang jadi pada kami ni macam cerita filem hindustan pun yer, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Kami tak main-main. Dan jika ada pihak menganggap sebegitu, terpulanglah pada mereka",

"Jangan kaitkan dengan orang ketiga"- Aida
Sementara itu, isteri kepada pelakon kelahiran Singapura itu menegaskan, kemerlut yang selama ini dalam diam melanda bahtera rumah tangga yang dibina sejak April 2006, tidak ada kena mengena langsung dengan soal kehadiran orang ketiga. 

"Saya dan suami ada berbincang dan kami tidak menyalahkan mana-mana pihak. Keajaiban yang datang ni, saya sifatkan sebagai sesuatu yang sangat berharga. Sebenarnya kami datang ke mahkamah hanya untuk memfailkan saja, tidak ke arah penceraian lagi. Tapi ada kenyataan mengatakan kami dah bercerai, itu adalah salah. Yer saya faham semuanya mrenunggu keputusan kami, samada cerai atau tidak. Allhamdullah, kami masih bersama. Dan saya juga ingin tegaskan, tolong jangan kaitkan isu rumah tangga kami ini tidak ada kena mengena dengan orang ketiga kerana ia tidak wujud", kata Aida yang sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).

Masih sayang. Adi dan Aida bersyukur jodoh mereka masih kuat.

Dalam pada itu Adi turut menambah permasalahan yang dilalui mereka bukan juga berpunca ketiadaan zuriat serta dia kononnya di dakwa sudah berubah sejak popular.

"Ada yang kata perkara ni berlaku sebab ketiadaan zuriat. Persoalan tu tak timbul. Kalau takder anak, boleh jer nak ambil anak angkat. Bukan juga orang ketiga. Tapi memang masalah ketidaksefahaman kami. Kalau nak katakan sebab saya popular, rasanya saya belum menang apa-apa anugerah pun. Saya tetap orang yang sama. Bukan kerna populariti. Tapi memang masalah dalaman rumah tangga kami yang sukar untuk saya jelaskan di sini, biar kami berdua saja yang tahu", 

“Hidup mesti diteruskan. Selepas ini kami akan jalani rutin seperti biasa dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Saya tidak anggap apa yang terjadi ini satu kesilapan buat kami berdua. Ianya lebih kepada pengajaran yang perlu kami terima sebagai proses mengukuhkan hubungan kami suami isteri,” kata pelakon berusia 31 tahun itu lagi.

Sebelum ini, pelakon yang popular menerusi filem KL Gangster dan drama Tentang Dhia ni mengejutkan industri hiburan tanah air, telah menfailkan permohonan cerai selepas beberapa hari sekembalinya dia daripada mengerjakan umrah. Namun pada hari sepatutnya belangsung prosiding sebutan kali pertama, Adi telah membatalkan permohonan tersebut di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.30 pagi, Isnin lalu.

Bersanding semula?

.

Dalam pada itu juga Adi sempat diusik dengan soalan mengenai desas desus dia dan isteri akan bersanding semula. Ini jawabnya,

"Itu kelakar tu. Sebetulnya ia sekadar gurauan saya bersama seorang teman. Waktu saya katakan padanya pun, saya tergelak. Dan perkara itu tak betul dan tidak akan berlaku. Apa yang penting selepas ni kami akan menjalani kehidupan seperti biasa", sambung Adi sambil mengukir senyum.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla