Tue06192018

LAST_UPDATETue, 15 May 2018 11am

Jom! Beli-Belah Raya: Lokasi-Lokasi Popular yang Wajib Dikunjungi

01_main_pic2Cepat sungguh masa berjalan. Rasanya kita baru saja memulakan ibadah berpuasa. Pejam celik pejam celik pejam, hari ni dah masuk minggu kedua, 19 Ramadhan. Aidilfitri bakal tiba, pasti masing-masing kini tengah sibuk membuat persiapan. Membeli belah di saat akhir? Oh, itu memang biasa bagi orang-orang Malaysia.

Anda bagaimana? Dah shopping raya? Atau mungkin masih tak tahu lokasi mana dulu yang nak dituju? Mana kan nak cari baju kurung, baju melayu, samping, songkok dan tudung. Itu belum nak pergi cari perhiasan rumah langsing baru dan sofa baru serta kuih muih dan macam-macam lagi. Masa ini juga Boleh dikatakan hampir kesemua tempat akan mengadakan pelbagai jualan atau promosi sempena Aidilfitri.

Namun dimanakah lokasi yang seringkali menjadi tumpuan ramai terutama sekali di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor?

Berdasarkan tinjauan yang dibuat Malaysian Digest baru-baru ini, berikut merupakan lokasi popular yang memang sudah seperti tradisi- setiap kali nak raya pasti ramai yang serbu tempat-tempat ni:


altPakaian, Songkok di JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN (TAR)

PKNS Complex, Shah Alam


Dikenali juga sebagai Jalan TAR berdekatana dengan Masjid India. Merupakan 'lubuk' membeli-belah di mana hampir kesemua benda yang anda inginkan boleh didapati di deretan bazaar sepanjang jalan ataupun kedai-kedai yang berdekatan dengan harga berpatutan.

Ambil lah masa seberapa lama yang anda mahu untuk membelek pakaian - baju kurung atau baju melayu pelbagai fesyen juga tudung dan songkok. Tak perlu risau tentang kuih-muih, sebab terdapat berpuluh jenis kuih juga dijual di sini serta perhiasan rumah dan aksesori seperti butang baju Melayu. Anda tentunya rambang mata.


altPelbagai Jenis Tudung

Gulati's SACC Mall, Shah Alam


Bagi kaum wanita, mahukan koleksi rekaan tudung pelbagai, anda boleh mengunjungi outlet Gulatis di kawasan berhampiran. Atau mahukan yang lebih eksklusif? Ariani juga terletak di sekitar lokasi ini. Bepuluh pilihan rekaan di tampilkan. Tinggal nak pilih saja mana yang anda suka.

Bazaar Waktu Malam

Kepada mereka yang ingin mendapatkan barang dengan harga lebih rendah, anda boleh mengunjungi Jalan TAR pada malam raya di mana peniaga akan mengadakan jualan besar-besaran. Kemudahan pengangkutan awam seperti tren aliran ringan (LRT) di stesen Masjid Jamek atau Bandaraya serta bas yang berdekatan dengan lokasi ini memudahkan mereka yang ingin membeli-belah tanpa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas terutama sekali pada hujung minggu.


altKuih Muih di KOMPLEKS PKNS

Jalan TAR, Kuala Lumpur


Sepertimana sesaknya suasana di Jalan TAR, Kompleks PKNS yang terletak di Shah Alam adalah satu lokasi wajib bagi mereka yang ingin mendapatkan pelbagai keperluan Aidilfitri tetapi jualan kuih muih merupakan daya tarikan utama di kompleks ini. Terdapar puluhan jenis kuih muih daripada jenis tradisional juga yang moden, semuanya ada di jual di sini dengan harga yang berpatutan.
 


altKasut dan Beg Tangan di SOGO Shopping Complex

SOGO, Kuala Lumpur


Bagi yang gemar membeli-belah di tempat berhawa dingin, jika nak disenaraikan bilangan pusat membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, tidak terkira rasanya. Tapi, lokasi paling utama dan terkenal setiap kali menjelang raya (dan kalau bukan mmusim raya pun...) iailah kompleks membeli belah SOGO.

Ada apa yang menarik? Kasut dan beg tangan antara barang popular di sini setiap kali menjelang raya. Malah promosi besar-besaran antara tarikan utama buat para pengunjung. Percaya atau tidak, sebilangan pelanggan menghabiskan masa berjam-jam semata-mata mahu membuat pilihan yang mana satu koleksi beg dan rekaan kasut yang paling berkenan dihati. Jangan risau fasal harga kerna tak namanya SOGO kalau tak ada promosi potongan harga yang cukup hebat hingga sekurang-kurangnya, 80%!


altNak Cari Perabot dan Perhiasan Rumah Di Mana?

IKEA, Mutiara Damansara


Bagi yang ingin mendapatkan perhiasan rumah dengan lebih selesa, Ikea, Courts Mammoth dan Viva Home yang terletak di Cheras merupakan tiga lokasi gedung kelengkapan rumah dengan rekaan menarik, eksklusif dan harga berpatutan. Tak perlu risau tentang harga. Biar papa asal bergaya. Heh.


altLangsir, Harga Runtuh Permaidani di JAKEL

Jakel, Seksyen 7 Shah Alam


Jakel, SSF Curtain dan Gulatis - tiga lokasi terkenal sekaligus memudahkan anda mendapatkan keperluan seperti permaidani juga kain langsir (sama ada yang dah jahit atau kain sahaja). Pelbagai warna, pelbagai jenis kain yang pasti akan menceriakan lagi suasana raya anda semua.

Berita baik, di Jakel kini menawarkan harga promosi permaidani pelbagai saiz dan corak yang menarik!


altKain Ela

Gulati's SACC Mall, Shah Alam


Mungkin sekarang ini kalau anda nak hantar baju kepada tukang jahit, pasti jawapannya "maaf, tak terima". Jadi mungkin ada yang kata, nak buat apa lagi kain ela? Tapi jangan tak tahu, masa ni juga lokasi seperti Euro Moda, Gulati's dan Nagoya menawarkan harga runtuh! Rugi kalau tak rembat dalam 10, 20 meter kain kat sini. Mungkin dah tak sempat lagi nak tempah baju raya tahun ni, tapi boleh buat baju raya haji, nanti.


altBarang Kemas

Habib Jewel, Bangsar Village II


Aha! Ini pastinya menarik minat para ibu. Masa ini juga lah nak ambil peluang membeli barang kemas baru. Ala, setahun sekali, apa salahnya. Antara lokasi yang anda boleh kunjungi misalnya outlet Habib Jewel, Tomei dan Emas Sri Pinang. Tiga outlet yang menawarkan harga promosi hebat!

MD ucapkan selamat membeli-belah dan ingat, berbelanja tu biarlah berpada-pada. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

 

- mD



Template Design Joomla