Wed09032014

LAST_UPDATETue, 02 Sep 2014 11pm

DAP Offers Cash Reward For Info On Molotov Cocktail-Hurling Culprit

DAP Offers Cash Reward For Info On Molotov Cocktail-Hurling Culprit

GEORGE TOWN: A cash ...

‘IPCMC Must Happen, Sedition Act Must Go’

‘IPCMC Must Happen, Sedition Act Must Go’

KUALA LUMPUR: Withou...

Police Report Against Body ‘For Sowing Seeds Of Hatred Against Govt’

Police Report Against Body ‘For Sowing Seeds Of Hatred Against Govt’

KOTA KINABALU: While...

Has The Government Gone Bonkers, Asks Kit Siang

Has The Government Gone Bonkers, Asks Kit Siang

KUALA LUMPUR: Malays...

MH17 Flight Steward’s Ashes To Be Scattered At Sea

MH17 Flight Steward’s Ashes To Be Scattered At Sea

BUKIT MERTAJAM: The ...

Abe To Reshuffle Cabinet

Abe To Reshuffle Cabinet

TOKYO: Japanese Prim...

Scores Killed, Thousands Displaced As Boko Haram Attacks Nigerian Town

Scores Killed, Thousands Displaced As Boko Haram Attacks Nigerian Town

MAIDUGURI: Islamist ...

Amnesty Condemns Islamic State ‘Ethnic Cleansing’ In Iraq

Amnesty Condemns Islamic State ‘Ethnic Cleansing’ In Iraq

BAGHDAD: Amnesty Int...

Actress Jennifer Lawrence Confirms Nude Photos Stolen, Posted Online

Actress Jennifer Lawrence Confirms Nude Photos Stolen, Posted Online

WASHINGTON: Oscar-wi...

Thailand Totters Towards Waste Crisis

Thailand Totters Towards Waste Crisis

BANGKOK: A blaze at ...

MAS Shares Rise On Restructuring

MAS Shares Rise On Restructuring

KUALA LUMPUR: Shares...

Fast-Food Staff To Strike On Thursday For Pay Hike

Fast-Food Staff To Strike On Thursday For Pay Hike

CHICAGO: Fast-food w...

Samsung, Starbucks Shine In Hiring Female Staff

Samsung, Starbucks Shine In Hiring Female Staff

SEOUL: When former k...

Pepper Robot In Stores Next Year

Pepper Robot In Stores Next Year

TOKYO: Billionaire M...

EPF Investment Income Up 13%

EPF Investment Income Up 13%

KUALA LUMPUR: The Em...

What Is Sedition Act 1948?

What Is Sedition Act 1948?

KUALA LUMPUR: In rec...

31 Life Lessons We Can Learn From Robin Williams’ Movies

31 Life Lessons We Can Learn From Robin Williams’ Movies

ROBIN WILLIAMS lived...

Is It Safe For You To Use The Cloud After Celebrity Hack?

Is It Safe For You To Use The Cloud After Celebrity Hack?

THESE four tips can ...

An Unsolved Problem: Urban-Rural Gap In English Language Proficiency

An Unsolved Problem: Urban-Rural Gap In English Language Proficiency

THE language issue i...

7 Ways Hugging Makes You Healthier And Happier

7 Ways Hugging Makes You Healthier And Happier

FOR decades we’ve kn...

Banglo dipercayai milik lelaki yang menyebar ajaran sesat Panji LangitBanglo dipercayai milik lelaki yang menyebar ajaran sesat Panji LangitMELAKA: Ajaran sesat baru mirip Ayah Pin dikenali ‘Panji Langit’ dipercayai cuba dihidupkan seorang bomoh yang bukan saja mengaku menjadi perantara malaikat Jibril dan boleh mentafsir dosa pesakitnya, malah diutus untuk membunuh dajal serta pemegang takbir pembinasa dajal.

Lelaki berusia 46 tahun yang mengaku dirinya sempurna itu dikatakan turut meminta pengikutnya beriman kepada dirinya dan mendakwa ajaran ahli agama serta ulama di negara ini tidak sempurna.

Difahamkan, kumpulan terdiri kira-kira 70 individu itu mengamalkan zikir dipanggil ‘Zikir Kesempurnaan’ yang diadakan setiap malam Jumaat di rumah lelaki berkenaan.

Pengikut ajaran berkenaan turut diminta bersumpah setia, malah rata-rata pengikutnya taksub kepada lelaki itu yang dikatakan mengaku sebagai peringatan terakhir kepada alam ini dan hari kiamat.

Akibat terlalu taksub, ada sesetengah pengikut bomoh berasal dari Muar, Johor itu juga didakwa sanggup menyerahkan barangan kemas dan kereta mewah seperti sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Hyundai Starex berharga kira-kira RM140,000.

Kegiatan lelaki itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila ditahan pihak berkuasa di sebuah banglo di Kampung Chabau, Simpang Bekoh, Jasin, petang Sabtu lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mewaratakan ajaran dibawa individu dipercayai sejak tahun lalu itu sebagai sesat pada 4 Disember lalu.

"Siasatan awal mendapati ajaran dan amalan lelaki yang tidak mempunyai latar pendidikan agama itu menganndungi unsur bercanggah dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jammah.

"Kumpulan ini dikatakan menarik perhatian orang ramai menyertai mereka menerusi laman blog sendiri iaitu panjilangit.blogspot.com. Lelaki itu mendakwa boleh mengubat mereka yang diganggu saka atau mengalami masalah dalam perniagaan.

"Selain itu, kumpulan di percayai mempunyai 70 pengikut terdiri ahli perniagaan dan individu berlatar belakangkan agama termasuk imam menyebarkan ajaran mereka menerusi perubatan dari rumah ke rumah," katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, berdasarkan hasil aduan pihaknya, ada antara orang ramai yang datang berubat mendakwa mereka disihir dan dipukau oleh suspek.

"Kita masih sedang melakukan pemantauan ke atas pengikut suspek yang terbabit dengan ajaran itu. Saya menasihatkan mereka yang terbabit dengan ajaran ini diminta segera bertaubat," katanya.

Nafi Pernah Beri Restu

JASIN: "Selepas kumpulan itu ditubuhkan tahun lalu, saya sering didatangi orang ramai yang bertanyakan perkara berkenaan, namun saya menafikan pernah memberi restu.

"Saya tidak pernah bertemu secara peribadi dengan lelaki itu, apatah lagi merestui penubuhan kumpulan zikir yang diragui status kebenarannya di sisi agama," kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chabau, Abu Supian Abu Samah.

Penduduk kampung itu mendakwa lelaki yang ditahan polis Sabtu lalu, pernah memujuk mereka menyertai kumpulan zikir yang ditubuhkannya pada pertengahan tahun lalu.

Selain bijak mengatur kata, individu berusia 46 tahun itu juga pernah menggunakan nama Mufti melaka, polis serta JKKK kononnya memberi 'restu' untuk beliau meneruskan kegiatan berkenaan.

Menurut Abu Supian, penduduk tidak terpengaruh dengan pelawaan lelaki itu malah merujuk terlebih dulu kepada beliau dan pihak berkuasa agama.

Katanya, beliau terkejut apabila diberitahu bahawa lelaki itu mempunyai banyak senjata berbahaya seperti pedang, keris, kapak, parang, busur, anak panah dan beberapa senapang palsu.

- Harian Metro