Sat11182017

LAST_UPDATEFri, 17 Nov 2017 11pm

Chegubard Alih Arah Ke Sungai Acheh, Tian Chua Kekal Di Batu

PETALING JAYA: PKR akan menurunkan semula Naib Presidennya, Tian Chua untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun ada yang mendakwa beliau tidak layak berbuat demikian.

Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Tian Chua layak untuk bertanding walaupun didenda RM2,000 berhubung satu kesalahan jenayah.

"Dalam kes terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Ghazali Cha dalam penghakiman bertarikh 17 Jun 2010 telah mengenepikan hukuman asal iaitu penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang diputuskan oleh Majestret, Mohd Faizi Che Abu.

"Hakim Ghazali telah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan sekiranya denda tidak dibayar," katanya melalui satu kenyataan yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada sidang media di sini, hari ini.

Chegubard beralih arah ke Sungai Acheh

GEORGETOWN: Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai CheguBard akan bertanding di kawasan Dun Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Sinar Harian.

Mansor berkata, PKR negeri memutuskan untuk kekal bertanding di kerusi berkenaan dan berharap calon yang diletakan akan membawa perubahan di Sungai Acheh dan seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat.

Pada PRU12, CikguBard bertanding di kerusi Parlimen Rembau, Negeri Sembilan dan tewas kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

- Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/tian-chua-layak-tanding-pru13-akan-dicalon-semula-1.148617

http://www.sinarharian.com.my/chegubard-tanding-di-sungai-acheh-1.148580