Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Lagi Skandal Seks, Kali Ini Video Mirip Pemimpin Tinggi PAS

Paparan skrin klip video yang dimuat naik di blog Kedah69ers.com semalamPaparan skrin klip video yang dimuat naik di blog Kedah69ers.com semalamKUALA LUMPUR: Akhbar tempatan bahasa Inggeris, The Star hari ini melaporkan terdapat skandal seks terbaru yang melanda Pakatan Rakyat.

Skandal dalam bentuk video klip tersebut mulanya dimuatnaik oleh blog politik Kedahan69ers.com pada jam 8.30 malam tadi didakwa melibatkan seorang pemimpin tinggi parti pembangkang.

Klip selama 4 saat itu memaparkan seorang lelaki mirip pemimpin tinggi PAS sedang memakai seluar dalamnya sambil duduk di tepi katil di dalam sebuah bilik yang kelihatan seperti bilik hotel.

Lelaki tersebut hanya memakai sehelai singlet putih.

Menurut The Star lagi, pada jam 9.04 malam, blog Medan Info Kita pula memuatnaik klip video yang berdurasi 25 saat.

Sebagai tambahan dari video awal, klip 25 saat tersebut memaparkan lelaki tersebut di dalam bilik yang sama bersama seorang wanita berserta paparan skrin kedua-dua mereka secara berasingan sedang memakai baju.

Menurut sumber dari blog tersebut, klip itu dirakam menggunakan kamera tersembunyi yang diletakkan berhadapan katil di dalam bilik itu.

Pada jam 11 malam, blog itu memuatnaik beberapa lagi paparan skrin dari klip video itu, kali ini menunjukkan mereka membuka baju, mengadakan hubungan seks dan akhir sekali, memakai semula baju.

Blogger kontroversi terkenal Papa Gomo juga memuatnaik gambar-gambar dari klip tersebut yang menunjukkan wanita terlibat memakai tuala dan lelaki mirip pemimpin tinggi parti PAS memakai singlet putih dan seluar putih.

Sementara itu, polis Terengganu telah merampas 16 keping VCD klip video hubungan seks lelaki mirip ahli politik PAS.

The Star melaporkan video tersebut diedarkan bersama gambar-gambar bogel lelaki tersebut di Jalan Sekolah dan Taman Hidayah di Besut, Terengganu pada jam 7.40 pagi semalam.

Ketua CID Terengganu Asisten Komisioner K. Manoharan berkata VCD tersebut berserta gambar diletakkan di dalam sampul surat.

Penduduk kampung memberitahu polis beberapa lelaki tidak dikenali bertindak mengedar klip video tersebut.

"Kami menghantar beberapa orang anggota untuk merampas VCD tersebut," kata Manoharan.

Beliau juga berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis meminta kerjasama orang awam untuk membantu siasatan.

 

--mD