Sat11182017

LAST_UPDATEFri, 17 Nov 2017 11pm

Gugur Janin 'Di Internet'

Pil yang didakwa digunakan untuk menggugurkan janin. Pic: Harian MetroPil yang didakwa digunakan untuk menggugurkan janin. Pic: Harian MetroKUALA LUMPUR: Menjadikan forum ubat dan ruang sembang sebagai ‘sarang’ untuk menjual pil gugur, seorang lelaki yang mendakwa dirinya penasihat kepada doktor pelatih mendapat keuntungan secara mudah apabila menjual pil itu secara terbuka kepada sesiapa saja.

Dengan hanya menaip ‘pil gugur’ di Internet, forum berkenaan terpampang sebagai antara carian popular, sekali gus memudahkan sesiapa membeli pil untuk menggugurkan janin, sama ada pasangan suami isteri yang enggan menimang cahaya mata ataupun remaja terlanjur.

Pemantauan Harian Metro mendapati forum itu menarik minat ramai pelayar Internet yang kebanyakannya bertanya mengenai keberkesanan pil, cara mendapatkannya dan masalah lain yang berkaitan.

Selain pelawat forum, beberapa ejen pembekal ubat sama mengiklankan produk mereka di situ, malah ada di antara mereka bersaing dengan menawarkan harga lebih rendah bagi memancing pelanggan.

Untuk memudahkan pelanggan menghubungi mereka, nombor telefon juga dipamerkan di forum berkenaan namun ada juga antara mereka memilih untuk berurusan menerusi e-mel bagi mengenal pasti identiti pelanggan sebelum berurusan.

Selepas memantau forum dan ruang sembang itu lebih sebulan, wartawan Harian Metro bertemu penjual pil dengan menyamar sebagai remaja terlanjur.

Pada peringkat awal, soal jawab dan urusan pembelian hanya menerusi e-mel namun selepas beberapa maklum balas diterima, pembekal yang tidak memperkenalkan nama itu memberikan nombor telefon persendiriannya.

Urusan pembelian diteruskan menerusi SMS dengan beberapa soalan penting diajukan seperti tempoh usia kanduangn serta tarikh akhir haid bagi membolehkan penjual menetapkan dos yang diperlukan pelanggan bagi menggugurkan janin.

Hampir seminggu berurusan melalui telefon, tarikh pembelian pil ditetapkan dengan lokasinya di sebuh stesen minyak di Ayer Keroh, Melaka. Walaupun lokasi bertukar dua kali, proses pebelian berjalan lancar.

Dia mendakwa pil itu diimport daripada United Kingdom dan ia selamat digunakan selain tiada kesan sampingan.
Wartawan Harian Metro berterusan dengan lelaki terbabitWartawan Harian Metro berterusan dengan lelaki terbabitMalah, dia juga mendakwa pil itu sah untuk dipasarkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia 19890225AR.

Menurutnya, pil berbentuk heksagon itu dalam dos yang tertinggi iaitu 200 miligram (mg) dan keberkesanannya untuk mengguguran janin dijamin sehingga 95 peratus berkesan.

"Saya hanya berniaga. Saya jual ubat ini kepada pelanggan yang mahu dan jika mereka nak gunakan untuk gugurkan kandungan itu bukan jadi hal saya lagi," katanya yang menjelaskan pil itu tidak dijual sembarangan dan sukar didapati di klinik biasa.

Lepas Ambil Usah Bangun

"Selepas masukkan ubat menerusi kemaluan, awak tak boleh bangun, kena baring saja, ubat seterusnya dan air kosong letak di sebelah supaya mudah dimakan."

Itu antara arahan yang dimaklumkan melalui SMS lelaki yang menjual pil gugur kepada wartawan Harian Metro mengenai kaedah pengambilan bahan itu bagi memastikan ia berkesan selepas digunakan.

Menerusi 12 SMS diterima, wartawan yang menyamar pembeli diterangkan mengenai diet yang perlu diikuti termasuk pantang larang serta aturan penjagaan memastikan pengguguran janin berlaku selain meminta supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Sebelum memasukkan ubat, pastikan awak sudah buang air kecil dan tangan mesti bersih sebelum memegang ubat ini," katanya.

Turut diterangkan, setiap pelanggan diberikan dua pilihan untuk membeli pil terbabit dalam dos berbeza aiaitu RM 15 bagi setiap biji dengan pilihan pertama, 20 pil dijual pada harga RM310 termasuk kos penghantaran tambahan RM10.

Bagi pilihan kedua , setiap set mengandungi 20 ubat di jual dengan harga RM340 disertakan pakej ubat tambahan serta kos penghantaran pos dengan harga sama seperti pakej pertama.

Rupanya Ubat Rawat Ulser

Semakan dibuat Harian Metro terhadap pill gugur janin yang dijual secara haram melalui Internet oleh seorang lelaki mendapati ia produk tulen, tetapi kegunaan sebenarnya bukan untuk menggugurkan kandungan sebaliknya ubat antiulser.

Pil itu didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk merawat penyakit ulser duodenum dan ulser gastrik.

Timbalan Pengarah (Pencegah dan Kesedaran Pengguna) Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Mazlan Ismail yang diberikan pil itu untuk pengesahan, pil itu diluluskan untuk jualan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, katanya, ramai pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan racun terkawal bagi tujuan mengaut untuk tanpa mengira kesan buruk terhadap pengguna.

"Mereka menjual ubat berkenaan berdasarkan kesan negatif keatas pengguna terutama berkait dengan aktiviti pengguguran janin secara haram berbanding fungsi asalnya," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai keguaan pil itu, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah A Rahman berkata, is untuk menghalang rembesan asid usus, namun ia mempunyai risiko kontraksi pada uterus.




- Yusmizal Dollah Aling, Intan Mas Ayu Shahimi, Shuhada Mansor dan Rizanizam Abdul Hamid / Harian Metro


http://www.hmetro.com.my/articles/2013010706254620130107062546//Article