Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Bersama... Datuk Yusuf Taiyoob, Si Pembisik Kurma

..KITA seakan-akan tahu Ramadan semakin menghampiri apabila corong-corong radio dan peti televisyen mula dipenuhi dengan iklan yang unik lagi menggoda, Yusuf Taiyoob.

Iklan berdurasi 20 saat itu, walaupun telah lama dimainkan sejak bertahun-tahun lamanya seperti telah sebati, seiring dengan lagu Hari Raya Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tanpanya, rasa seperti bulan puasa itu tidak lengkap.

Populariti iklan berunsurkan bisikan itu turut mengejutkan pemiliknya, Datuk Yusuf Taiyoob, apatah lagi ia turut melonjakkan namanya menjadi produk pilihan ramai seisi keluarga.

"Segalanya, termasuk iklan dan komersial harus melalui persetujuan saya. Saya akan melihat keseluruhan proses dan akan meluluskannya apabila saya sudah berpuas hati,” kata usahawan berusia 49 tahun itu kepada Malaysian Digest baru-baru ini.

Umum mungkin tertanya-tanya, apakah signifikannya suara bisikan di akhir iklan itu dengan produk syarikat?

Yusuk (kanan) sering bertemu pelanggan untuk mendapatkan maklumbalas.Yusuk (kanan) sering bertemu pelanggan untuk mendapatkan maklumbalas.“Sebenarnya, saya dapati kebanyakkan iklan adalah lebih kurang sama. Tiada kelainan atau wujudnya kesan efek bunyi yang lebih menarik. Ketika itu saya merasakan produk kami memerlukan sesuatu yang berbeza. Saya fikir ‘bisikan’ itu dapat memberikan impak,"

“Kebetulan iklan tersebut menjadi pula and semua orang dapat menerimanya”, katanya.

Kini jualan produk Yusuf Taiyoob semakin melonjak malah menjadi ‘bisikan’ popular di kalangan masyarakat. Kanak-kanak mengulanginya bersama rakan-rakan sebaya di sekolah manakala orang dewasa bercakap tentangnya di pejabat atau kedai kopi. Semuanya bagaikan teringin merasa kurma Yusuf Taiyoob.

Yusuf sendiri tidak menjangka iklan tersebut menjadi begitu popular dalam masa yang singkat.

Katanya, selain penerimaan pelanggan yang baik terhadap produknya, kejayaan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa kesinambungan rangkaian pengedaran syarikat yang luas, harga yang berpatutan serta kualiti tinggi produk keluarannya.

“Semuanya perlu bergerak seiring dan dengan kualiti yang kami tawarkan, pelanggan berpuashati dan mereka ingin membeli produk kami untuk dijual kepada pelanggan mereka," katanya.

“Kebanyakkan pelanggan kami adalah pelanggan tetap selama bertahun-tahun tetapi sejak tersiarnya iklan tersebut memang jelas kelihatan hasil jualan semakin meningkat," katanya.

Sebelum membekalkan kurma dan makanan kering, Yusuf mula berjinak dalam bidang perniagaan pada tahun 1979 dengan menjual minyak wangi di kedai datuknya berhampiran lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Yusuf bersama pengurusnya memeriksa bilik sejuk di Kota Damansara baru-baru ini.Yusuf bersama pengurusnya memeriksa bilik sejuk di Kota Damansara baru-baru ini.Namun nasib tidak menyebelahi beliau ketika itu. Yusuf kemudian memutuskan untuk beralih kepada menjual barangan isirumah seperti rempah, kacang, kacang gajus, badam dan kismis.

"Perlahan-lahan, perniagaan pun berkembang dan untuk tahun-tahun seterusnya, apabila terdapat keperluan untuk meningkatkan kepelbagaian produk, barulah kami membawa masuk buah kurma,

"Kami bermula kecil-kecilan dan apabila orang yang mula mengenali dan mempercayai produk kami barulah kami mengambil keputusan untuk jual dengan jenama sendiri,"

"Sebelum ini, logo YuTa hanya digunakan untuk invois dan surat rasmi," katanya.

Yusuf berkata, dia turut menamakan tiga produk popular sempena tiga anaknya; Wasem, Safiya (atau Safia) dan Safina, sebagai tanda cintanya kepada mereka.

Sementara itu, Yusuf berkata beliau tidak risau dengan persaingan yang ada dalam industri.

"Kami mempunyai pelanggan tetap, mereka tahu siapa kita dan jenis produk yang berkualiti yang kami tawarkan.

"Pada masa yang sama, kami sentiasa tampil dengan sesuatu yang baru dan produk terkini untuk memenuhi keperluan mereka," katanya.

Yusuf berkata lagi,  ramai beranggapan bahawa syarikat beliau hanya beroperasi pada bulan Ramadan.

"Sebetulnya, kita menjalankan perniagaan sepanjang tahun dan dengan permintaan yang semakin meningkat, telah membuka cawangan terbaru kami, yang ketiga, di Kota Damansara Mei lalu untuk memenuhi permintaan di Lembah Klang dan selatan tanahair," katanya.

Disebalik kejayaan itu, Yusuf turut mempercayai pentingnya menyumbang kepada masyarakat.

"Saya bersyukur kepada Allah untuk segala-galanya dan berterima kasih dengan sokongan keluarga saya selama ini. Bagi saya bulan Ramadan amat bermakna kerana saya boleh beramal.

"Kita semestinya perlu membantu mereka yang memerlukan bantuan dan mendapat rahmat dari Allah. Tanpa pertolongan-Nya kita tiada apa-apa." kata Yusuf.

'Kurma Seperti Durian'

Berbincang tentang buah kurma, Yusuf berkata sebetulnya tiada istilah buah kurma yang mana satu lebih baik dari yang lain.

Antara jenis-jenis kurma yang dijual oleh syarikat Yusuf.Antara jenis-jenis kurma yang dijual oleh syarikat Yusuf."Seperti durian, buah kurma adalah pilihan peribadi. Sesetengah orang suka kurma yang manis dan keras, manakala yang lain pula suka yang segar dan manis. Ada juga yang menggunakannya untuk tujuan perubatan," katanya.

Dari segi perbezaan bentuk, saiz dan tekstur pula adalah disebabkan oleh faktor geografi. Yu Ta, menurut Yusuf membekalkan lebih daripada 35 jenis kurma dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Iran dan Oman, dari Afrika Selatan serta negara-negara Afrika Utara seperti Tunisia dan Mesir.

Antara jenis-jenis kurma pula adalah seperti Ajwa, Amber, Safawi, Soggaei, Rabia, Jewel, Anbara dan banyak lagi.

"Kebiasaannya,saya sendiri yang akan memilih dan memastikan supaya kurma yang dibeli bermutu tinggi," katanya.


Apa Kata Pembeli

Alfian Muhamad, 39, penjual makanan sejuk beku dan ayam organik dari Seksyen U10, Shah Alam, Selangor.

"Jenama Yusuf Taiyoob sentiasa menjadi sebahagian daripada produk jualan saya sejak empat tahun yang lalu. Saya memilih produk ini kerana harga, cara pembungkusan dan kualiti. Sukar untuk mencari jenis buah kurma berkualiti dengan harga yang berpatutan,"

"Antara kegemaran pelanggan saya adalah Kurma Safawi dan Ajwa,"

 

Mohd Nor Arif Mohd Azmi, 27, penjual produk dan makanan Arab Dari Bentong, Pahang.

.."Penjenamaan Yu Ta ternyata menarik dan ikonik, ramai yang mengiktiraf jenama tersebut dan sentiasa mendapat permintaan di kedai saya,"

"Sebelum ini saya pernah mendapatkan kurma dan produk makanan yang lain daripada pembekal yang berbeza. Oleh kerana ia semakin laris, saya membuat keputusan untuk datang ke sini (cawangan Kota Damansara) sendiri dan mendapatkan bekalan terus dari kilang."

 

 

 

- mD