Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Jangan Merungut, Cari Jalan Lain Untuk Tambah Pendapatan Anda

Sekadar gambar hiasan. Pic: shakirazfar.blogspot.comSekadar gambar hiasan. Pic: shakirazfar.blogspot.comPASTI anda semua terkejut dengan keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik bermula Januari depan. Sebagai seorang rakyat Malaysia semestinya kenaikkan itu kurang senang tambahan pula dengan kenaikan harga petrol dan beberapa lagi barang asas dalam masa beberapa bulan ini.

Maka tidak hairanlah ramai yang merungut mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat kebelakangan ini. Berita mengenai seorang gadis yang bernama Siti Hajar Aladin yang menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempersoalkan 'Apakah keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia?' memang benar tetapi apa yang patut kita buat?

Surat itu mendapat perhatian seluruh negara melalui media sosial malah media arus perdana juga pernah menyoarkan berita susulan mengenai perkara itu.

Siti Hajar Aladin. Pic: ping.busuk.orgSiti Hajar Aladin. Pic: ping.busuk.org"Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak", soalnya.

Yang pasti segala keputusan yang dibuat kerajaan adalah untuk ekonomi negara serta masa depan kita semua.

Namun, disamping mempersoalkan serta merungut mengenai segala kenaikan, apa kata jika kita fikirkan beberapa cara penyelesaikan untuk meningkatkan lagi pendapatan kita selaras dengan kenaikan kos sara hidup kini.

Biasanya golongan wanita atau ibu-ibu suka bercakap tidak kira di pejabat atau dimana sahaja jika berjumpa seseorang yang mereka kenal jadi apa kata jika anda menggunakan peluang ataupun kebolehan 'bercakap' anda untuk menjual produk dari katalog.

Anda boleh menjadi ejen kepada jenama dalam bidang kecantikan dan pinggan mangkuk dengan hanya menjadi ahli dan pastinya katalog akan diberi percuma. Jadi anda hanya gunakan katalog dan mempromosi secara tidak langsung, anda akan mendapat komisen dengan segera.

Semasa bergosip pada hari minggu bersama kawan-kawan anda, gunakan peluang itu untuk mempromosikan barangan anda.

Pic: manmunna.blogspot.comPic: manmunna.blogspot.comBagi remaja atau muda-mudi yang baru mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian, tentunya pendapatan anda tidaklah seberapa, jadi disamping anda bekerja dan melayari internet kenapa tidak anda menggunakan peluang serta masa itu untuk menjual barangan secara online.

Remaja perempuan biasanya gemar menjual tudung dan pakaian di laman Facebook, dan ini adalah satu contoh yang baik untuk menambah pendapatan. Bagi lelaki pula, tidak salah jika anda berkongsi minat serta menjual benda terpakai yang anda minat contohnya seperti bundle.

Anda juga boleh memilih untuk membuka kedai online di www.lot.my ataupun memilih untuk mengiklankan di mudah.my. Dengan tiga kaedah ini, anda dapat mencari 'target market' dan pelanggan untuk membeli barangan anda.

Jika anda mempunyai minat dan kemahiran menulis, anda boleh mulakan pekerjaan dari rumah dengan menulis blog. Secara tidak lansung anda boleh menjual ruang blog anda untuk mengiklankan produk dari luar. Ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan melalui cara ini, duit akan masuk jika banyak iklan yang ditampal.

Malah, anda juga boleh menumbang penulisan anda di blog milik orang lain kerana ramai blooger yang memerlukan artikel untuk dimuatkan dalam blog mereka untuk mendapat lebih banyak peluang iklan. Anda hanya perlu lakukan dirumah dan boleh menjana sehingga RM1000 sebulan, cukup untuk menanggung makan serta petrol ke tempat kerja dengan hanya menulis.

Bagi mereka yang gemar menghabiskan masa dirumah, mengajar tuisyen adalah salah satu cara untuk mencari duit lebih. Ibubapa hari ini sangat memerlukan seseorang cikgu terutama cikgu yang berdekatan dengan rumah. Ini akan memudahkan mereka untuk menghantar anak mereka untuk mendapatkan kelas tambahan.

Jadi ini adalah peluang anda untuk mengajar mereka dengan wang sebagai timbal balik. Anda boleh mengajar kanak-kanak semuda yang masih belajar di tadika atau yang berada di sekolah menengah.

Tidak ketinggalan bagi wanita yang mempunyai kemahiran menjahit, daripada hobi ke perniagaan yang boleh menambah pendapatan. Ramai wanita boleh mengunakan hujung minggu sebagai masa untuk menjahit. Tempahan? anda mungkin bermula dengan menjahit baju anda sendiri kemudian promosikan kepada rakan sekerja atau jiran.

Mengambil upah menjahit manik merupakan jalan singkat bagi wanita, kerja senang dan upah juga menarik. Pic: www.cheqsue.comMengambil upah menjahit manik merupakan jalan singkat bagi wanita, kerja senang dan upah juga menarik. Pic: www.cheqsue.comBanyak teknik menjahit yang boleh diketengahkan antaranya jahitan manik yang semakin popular sekarang di kalangan wanita Melayu. Jadi tunggu apa lag, anda harus bermula dari sekarang. Kerja ini mungkin memakan masa yang lama. Namun boleh memberikan anda pendapatan lumayan jika anda melakukannya.

Namun bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran menjahit tetapi mempunyai minat menambah pendapatan dengan cara ini, apa kata jika anda menghadiri kelas menjahit dengan bayaran RM100 untuk 3 kali kelas. Mungkin anda teragak-agak tetapi percayalah pelaburan jangka masa panjang itu tidak akan rugi.

Bagi mereka yang tinggal di taman perumahan atau pangsapuri, sudah pasti anda biasa mendengar mengenai bisnes penghantaran makanan. Ya, ianya sangat popular sekarang.

Anda hanya perlu masak, bungkus dalam mangkuk bertingkat dan hantar kepada jiran anda. Senang bukan? di samping anda memasak untuk keluarga anda, masakkan lebih sikit untuk perniagaan anda.

Sewakan bilik anda melalui laman web yang boleh mengiklankan seperti ibilik. Pic: amanz.mySewakan bilik anda melalui laman web yang boleh mengiklankan seperti ibilik. Pic: amanz.myBiasanya, mereka akan mengupah anda untuk menghantar makanan setiap hari dan akan dibayar dengan harga RM300 sebulan. Mudah sahaja kan? Jadi anda boleh menawarkan perkhidmatan sebegini untuk pendapatan tambahan anda.

Dewasa ini ramai ibubapa yang bekerja, bagi wanita yang tidak bekerja, mereka boleh menggunakan masa lapang mereka dengan menawarkan perkhidmatan mengasuh di rumah anda. Tidak perlu bangunan untuk menyewa cuma lalukannya di rumah anda.

Bagi permulaannya, anda boleh mencuba dengan menawarkan perkhidmatan ini kepada jiran-jiran dan mungkin jika anda melakukannya dengan baik maka tidak mustahil sekiranya perkhidmatan anda akan berkembang dari masa ke semasa.

Di Amerika Syarikat, golongan remaja lebih cenderung memilih pekerjaan ini sebagai kerja sambilan, dan tidak mustahil remaja di negara kita jugamampu melakukannya.

Bagi mereka yang mempunyai bilik yang tidak digunakan, pernahkah anda terfikir bahawa bilik yang kosong dirumah anda mampu memberi pendapatan lebih kepada anda. Bagaimana caranya? Kemas bilik dan sewakan kepada orang.

Secara tidak langsung, anda akan mendapat sehingga RM300 sebulan bergantung kepada keluasan bilik dan lokasi rumah anda. Jika di tengah bandar Kuala Lumpur, sebuah bilik boleh mencecah sehingga RM550.

Bagi mengelakkan pembaziran, barang yang ada dalam stor (kemas dan sewakan) selain itu boleh juga dijual seperti kerusi, meja atau apa-apa sahaja. Pastinya barang- barang itu akan laku sekiranya anda menjual kepada pelajar kolej kerana mereka sangat perlukan meja belajar dan kerusi 'bundle' dengan harga yang lebih murah. Daripada dibuang baik dijualkan sahaja.

Tidak dinafikan kita selalu berdepan dengan masalah kewangan, bila gaji masuk terpaksa bayar bil dan ansuran kereta, biasanya pertengahan bulan duit gaji sudah habis dan tiada guna kita merungut tentang duit, fikirkan cara yang boleh membantu.

Namun, semuanya bergantung kepada anda untuk hidup senang atau tidak, berusahlah dengan apa cara sekalipun.

 

-mD