Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Kahwin Muda: Bersediakah?

Sekadar gambar hiasan/Pic:pakarcinta.comSekadar gambar hiasan/Pic:pakarcinta.com"JANGAN tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. Memang pepatah itu tidak sesuai sama sekali untuk remaja yang kahwin muda sekarang… Mengarut!,” luah Timbalan Yang Dipertua, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NVWO), Dato' Faridah Khalid ketika dihubungi Malaysian Digest, semalam.

Beliau yang nyata terkejut dan sedih dengan segelintir remaja yang berkahwin muda beranggapan bahawa mereka masih belum layak untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri.

“Mereka ibarat anak-anak kecil yang masih perlu dibelai. Belum bersedia terhadap apa-apa kemungkinan. Mereka belum mengetahui seberat-berat tanggungjawab sebagai suami dan isteri.Timbalan Yang Dipertua, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NVWO), Dato' Faridah Khalid/Pic:website NCWOTimbalan Yang Dipertua, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NVWO), Dato' Faridah Khalid/Pic:website NCWO

We are not give them to grow up as a child, as a youth (kita tidak memberi peluang kepada mereka untuk membesar sebagai kanak-kanak, sebagai belia),” keluh beliau menganggap pasangan yang kahwin muda seperti anak-anaknya.

Tambahnya lagi, sikap segelintir ibu bapa ibarat melepaskan tanggungjawab apabila menggunakan alasan mengelakkan perbuatan maksiat  sebagai sebab utama mengahwinkan anak mereka.

“Ibu bapa yang membenarkan anak-anak ‘kecil’ mereka kahwin awal boleh diibaratkan seperti melepaskan tanggungjawab sebagai orang tua.

“Alasan mengelakkan maksiat, itu tidak adil bagi kanak-kanak. Ini tidak melindungi hak terhadap kanak-kanak. Apa akan berlaku kepada masa depan kanak-kanak tersebut jika berlaku perceraian kelak?” soalnya.

Malahan beliau turut menyatakan bahawa Pihak Jabatan Agama di setiap negeri perlu memandang serius hal ini walaupun di dalam agama mengharuskan pasangan untuk berkahwin.

“Pihak Agama jangan terlalu mudah untuk meluluskan permohonan perkahwinan remaja bawah umur. Perketatkan undang-undang dan kaunseling kepada ibu bapa serta pasangan tersebut!

Terbaru, sebuah akhbar tempatan melaporkan pasangan muda yang masing-masing berusia 16 dan 15 tahun selamat diijabkabulkan dengan restu ibu bapa masing-masing.

Tidak dilupakan juga, kisah pilu gadis berusia 12 tahun diceraikan suami dengan talak tiga sejurus hampir setahun berkahwin dengan pasangannya yang berusia 20 tahun.

Bak kata pepatah, jodoh itu di tangan Tuhan! Namun persoalannya, relevan atau tidak kahwin diusia muda?Pic:karangkrafPic:karangkraf

Statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Negara menunjukkan, sejumlah 1.22 juta perkahwinan pasangan Islam didaftarkan sepanjang tempoh 2008 hingga 2012.

Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai berkata, lima negeri tertinggi adalah Kedah (115,288) diikuti Kelantan (108,675), Selangor (108,104), Johor (106,503) dan Perak (80,880).

Menurut beliau lagi, sebanyak 210,326 penceraian didaftarkan bagi tempoh yang sama dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi (28,570), diikuti Johor (17,075), Kedah (16,315), Kelantan (15,489) dan Pahang (12,552).

Bukan Sekadar Akil Baligh Tapi Pemikiran Juga Perlu

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek baba menekankan aspek kematangan dalam pemikiran sebagai asas dalam pembinaan rumah tangga bagi menjamin keutuhan dan keserasiaan pasangan muda yang berkahwin.

“Walaupun pasangan akhir baligh dibenarkan untuk berkahwin, tetapi bagaimana pula dengan baligh dari sudut pemikiran dan jiwa? Adakah mereka sudah bersedia?

“Perkahwinan itu adalah ikatan dua jiwa. Sekiranya mereka tidak serasi dalam perhubungan, maka pemikiran yang baligh itulah yang akan menjadi tonggak keutuhan dalam rumah tangga bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi,” katanya.

Tambahnya lagi, cabaran alam berumah tangga tidak sama dengan zaman 50 atau 60-an berikutan ilmu pendidikan adalah sangat penting pada masa kini.

“Saya fikir kahwin diusia muda ada risikonya kecuali pasangan yang betul-betul mempunyai ilmu dalam hal ehwal rumah tangga.

“Cabaran untuk mendidik anak-anak tanpa ilmu pengetahuan adalah amat sukar,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Sidek.

Undang-Undang Perlu Diperketatkan

Penceramah bebas, Ustaz Md. Daud Che Ngah berpendapat bahawa undang-undang sivil dan syariah negara perlu dikaji semula bagi memperketatkan peraturan berkaitan perkahwinan bawah umur ekoran remaja masih belum mengenal erti kehidupan sebenar.

Penceramah bebas, Ustaz Md. Daud Che Ngah/Pic: karyabestari karangkrafPenceramah bebas, Ustaz Md. Daud Che Ngah/Pic: karyabestari karangkrafKatanya, ini penting bagi menutup ruang bagi mereka yang cuba 'mengambil kesempatan' peruntukan undang-undang sedia ada termasuk undang-undang syariah yang membolehkan perkahwinan bawah umur diiktiraf sebagai sah, asalkan memenuhi syarat-syarat tertentu.

"Misalnya, mengikut peruntukan undang-undang sekarang (syariah), apabila seorang bapa (ibu bapa) dan Mahkamah Syariah membenarkan kanak-kanak itu (berkahwin) maka perkahwinan itu dibenarkan walaupun masih muda atau bawah umur," ulasnya.

Namun soalnya, adakah remaja yang ingin bergelar suami cukup bersedia untuk menyara isterinya? Kahwin bukan semata-mata untuk elak berlakunya maksiat, namun perlu mampu menyediakan segala kelengkapan zahir dan batin.

“Dari segi fizikal mungkin remaja itu mampu, namun dari segi spiritual?,” soalnya lagi ketika dihubungi oleh mD.

Beliau menambah, tiga perkara asas yang perlu dipastikan tersedia adalah tempat tinggal, pakaian dan makanan selain keperluan batin

Bagaimanapun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak bersetuju sekiranya isu remaja kahwin muda dijadikan alasan untut memperketatkan undang-undang sedia ada.

Namun baginya, ibu bapa perlu dididik agar lebih berfikiran terbuka dan sedar akan ketersediaan anak-anak mereka untuk mendirikan rumah tangga.

“Syaraq sudah membenarkan, jadi ia tiada masalah. Kenapa perlu memperketatkan undang-undang yang sudah menghalalkan perkahwinan sebaliknya ibu bapa perlu dididik,” katanya  kepada mD ketika dihubungi, semalam.

Menurut undang-undang di Malaysia, orang Islam tidak dibenarkan berkahwin sekiranya salah seorang atau kedua-dua pasangan tersebut belum mencapai umur yang ditentukan iaitu 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Namun begitu undang-undang memberi pengecualian sekiranya orang yang di bawah umur yang dinyatakan di atas mahu berkahwin, mereka perlu mendapatkan kebenaran khas dari mahkamah syariah.

 


- mD