Mon04212014

LAST_UPDATEMon, 21 Apr 2014 9am

Gangguan Mental: Adakah Anak Anda Mengalaminya?

Seramai 7.45 peratus menghadapi kemurungan manakala 7.59 peratus menghadapi tekanan. Pic: www.patheos.com Seramai 7.45 peratus menghadapi kemurungan manakala 7.59 peratus menghadapi tekanan. Pic: www.patheos.com KEJADIAN bunuh diri kini menjadi clishe untuk diceritakan malah video mengenai pembunuhan umpama video biasa yang tiada cacatnya. Malah kejadian demi kejadian pembunuhan yang menjadi viral melibatkan remaja sudah kebiasaan.

Ada juga pembunuhan yang membabitkan keluarga seperti pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan pada 2010 telah menggemparkan seluruh Malaysia.

Mengejutkan, jenayah ini dilakukan sendiri oleh ahli keluarga mangsa. Tidak sampai sebulan, kejadian yang sama terjadi di Kuala Terengganu, apabila seorang remaja membunuh bapanya dan mencederakan abangnya dengan mengunakan pisau yang dihasilkan sendiri oleh bapanya.

Menariknya kebanyakkan mereka yang terlibat dalam masalah ini mendakwa mendengar bisikan, boleh dikaitkan dengan masalah mental yang serius. Ia menunjukkan simptom halusinasi yang menyebabkan mereka bertindak liar dan di luar kawalan mereka.

Persoalannya adakah ahli keluarga mereka tidak mengetahui sekiranya remaja itu mengalami masalah mental yang menjurus kepada pembunuhan? Mengapa ianya berlaku?

Antara kaedah yang digunakan oleh kaunselor di sekolah- soal selidik sebagai saringan pertama untuk mengenalpasti pelajar bermasalah. Pic: ubksmkks.blogspot.comAntara kaedah yang digunakan oleh kaunselor di sekolah- soal selidik sebagai saringan pertama untuk mengenalpasti pelajar bermasalah. Pic: ubksmkks.blogspot.comSehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan mengambil langkah drastik dengan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.

Lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengah di seluruh negara yang terbabit dalam projek perintis kelolaan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental pada 2011 dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk.

Kaedah pemeriksaan yang bermula pada 2011 pada awalnya adalah bertujuan menangani masalah disiplin. Namun, tanpa diduga statistik sehingga 2012 menunjukkan ada diantara pelajar yang disaring menunjukkan mereka mengalami masalah tekanan dan lebih memeranjatkan ada yang mengalami kemurungan.

Berikutan hasil yang dilaporkan, Kementerian kesihatan kini mengambil langkah drastik dengan mewajibkan semua pelajar menengah dari Tigkatan 1 hingga 4 menjalani ujian tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam menyatakan kementerian itu akan menjalankan ujian kesihatan mental bagi pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 mulai tahun depan.

Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud berkata langkah itu merupakan satu idea yang cukup baik daripada pihak Kementerian khususnya untuk pengesanan awal.

Menurutnya, sebagai langkah awal, kaedah saringan melalui soal selidik adalah perlu bagi mengenalpasti jika seseorang itu mempunyai masalah.

Jelasnya, bagi mengelakkan masalah 'false positive' iaitu skor positif tetapi tidak mempunyai masalah berkenaan, pelajar perlu dirujuk kepada pakar selepas menjalani saringan itu.

"Mereka yang didapati positif harus dinilai semula oleh mereka yang berkelayakan bagi memastikan pelajar berkenaan benar-benar mengalami masalah kemurungan, tekanan atau lain-lain masalah jiwa.

Tambahnya yang juga Pakar Psikiatri di Kedah Medical Centre, adalah penting bagi Kementerian menyediakan instrumen yang spesifik dan mempunyai kepekaan yang baik bagi mengelakkan 'false negative' iaitu pelajar mempunyai masalah jiwa tetapi skor negatif.

"Kaedah ini bukanlah 'full proof' sebab ia hanya berdasarkan soal selidik yang dikendalikan oleh kaunselor sekolah dan bukannya interview yang terperinci dari pakar, jadi saya berpendapat Kementerian harus mempunyai prosedur yang tepat bagi mengelakkan sebarang kesilapan", jelasnya kepada mD.

“Pemeriksaan sedemikian penting bagi mengesan tahap kesihatan dan tekanan yang dialami pelajar dan mencari penyelesaiannya, Dr Wan juga menambah, kaunselor di sekolah juga harus lebih peka dan proaktif kerana mereka adalah individu pertama yang bertanggungjwab mengesan sebarang masalah membabitkan disiplin dan kelakuan pelajar.

"Mereka adalah first liner yang berada dalam kedudukan paling baik untuk berbuat sesuatu bagi membantu mengurangkan masalah yang dihadapi. Mereka harus mengenalpasti tanda-tanda awal masalah jiwa dan tahu cara mengatasinya diperingkat awal sebelum dirujuk untuk rawatan lanjut dengan segera", tegasnya.

Setakat Disember 2012, daripada 19,919 pelajar dari 357 buah sekolah yang disaring dalam program minda sihat seluruh negara, 7.45 peratus menghadapi kemurungan manakala 7.59 peratus menghadapi tekanan.


Seorang kaunselor untuk 500 orang pelajar tidak cukup.

Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujian kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

"Pendekatan satu guru kaunselor untuk 500 pelajar yang dilakukan pada masa ini tidak lagi sesuai, dan nisbahnya perlu dikecilkan kepada satu guru kaunselor bagi 300 atau 350 orang murid sahaja", Hashim. Pic: www.themalaysiantimes.com.my"Pendekatan satu guru kaunselor untuk 500 pelajar yang dilakukan pada masa ini tidak lagi sesuai, dan nisbahnya perlu dikecilkan kepada satu guru kaunselor bagi 300 atau 350 orang murid sahaja", Hashim. Pic: www.themalaysiantimes.com.myPresidennya, Hashim Adnan berkata pendekatan satu guru kaunselor untuk 500 pelajar yang dilakukan pada masa ini tidak lagi sesuai, dan nisbahnya perlu dikecilkan kepada satu guru kaunselor bagi 300 atau 350 orang murid sahaja.

"Nisbah yang kecil ini dapat membantu guru untuk lebih fokus menjalankan tugasan dalam membantu pelajar menangani tekanan mental dan emosi," katanya kepada sebuah portal kelmarin.

Mewakili golongan kaunselor, Adriyanti Che Din berkata pihaknya sudah bersedia dengan saranan kerajaan namun dengan pengawasan seramai 500 pelajar bagi seorang kaunselor, hal itu boleh dianggap mustahil.

"Kami memandang tinggi program ini kerana ini adalah salah satu cara untuk menangani punca kepada masalah disiplin dan masalah lain.

Katanya, kaedah itu memerlukan perhatian rapi daripada pihaknya sebagai kaunselor kerana melibatkan status kesihatan pelajar.

"Contohnya sekarang di sekolah saya hanya ada tiga orang kaunselor dan jumpah pelajar pula hampir 1,200 orang.

Hal demikian menyebabkan kebimbangan dikalangan kaunselor sekiranya perancangan kerajaan tidak berkesan disebabkan mereka.

"Dalam program ini, kami adalah golongan pertama yang akan mengenalpasti kesihatan mental pelajar di peringkat awal dan bagi mengelakkan sebarang kesilapan, tumpuan harus diberikan dan saya fikir pengawasan kaunselor terhadap pelajar dalam kuantiti yang kecil lebih efektif," jelasnya ketika dihubungi mD.


Perlu penerangan khusus daripada kementerian.

Manakala bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) salah sebuah sekolah di Kajang, Dr.Mohd Naz'ri Mahrin menyifatkan cadangan kerajaan mewajibkan pemeriksaan itu ke atas semua pelajar adalah bertepatan dengan situasi jenayah yang melibatkan pelajar pada masa kini.

"Kita perlu akui, ibu bapa mungkin tiada sedar dengan tidak tanduk anak-anak dan pengawasan sepenuhnya terhadap mereka, jadi ini adalah langkah bijak kerajaan.

Namun jelasnya, penerangan secara terbuka harus disegerakan untuk menerangkan secara terperinci mengenai kaedah dan kebaikan ujian itu.

"Cuma saya minta kementerian memberi penerangan terlebih dahulu kepada ibu bapa supaya kami faham kebaikannya kepada anak-anak kami.

Katanya, inisiatif yang diambil kerajaan adalah bertepatan namun beliau berharap agar segala maklumat sulit pelajar yang bermasalah disimpan secara teliti oleh pihak Kementerian Kesihatan dan sekolah demi menjaga sensitiviti pelajar.

Bagaimanapun jelasnya, idea itu merupakan langkah baik kerana ia dapat mengenal pasti pelajar yang berisiko mempunyai masalah.

"Bukan semua anak-anak terbuka untuk menceritakan masalah yang dihadapi kepada ibubapa dan guru kaunselor di sekolah," jelasnya kepada mD.

Afrina Zaman, 36, juga secara terbuka menyambut baik mengenai perlaksanaan Kementerian mengenai hal ini.

"Ia bagus untuk makluman ibu bapa, malah ianya juga membantu kami sebagai ibubapa untuk mengetahui secara mendalam apa masalah mereka, kadang-kadang mereka segan untuk bercakap dan berbincangan dengan kami.

Jelasnya, dengan keputusan yang diperoleh menerusi pemeriksaan itu, ibu bapa boleh bersedia untuk mencari penyelesaian jika pelajar itu berisiko mempunyai masalah.

"Sebagai ibu bapa, kita boleh cari jalan dan pendekatan yang teliti jika mereka bermasalah", jelasnya.

 

 


-mD

 

 

 

Template Design Joomla