Mon09252017

LAST_UPDATEMon, 25 Sep 2017 5pm

Fenomena Selfie: Popular atau Kecelaruan Identiti?

Gambar selfie Najib bersama Susilo Bambang yang dimuat naik dalam laman sosial, twitter miliknya. Pic: TwitterGambar selfie Najib bersama Susilo Bambang yang dimuat naik dalam laman sosial, twitter miliknya. Pic: TwitterADALAH mustahil jika tidak pernah mendengar perkataan 'Selfie'. Tahun 2014 hampir tiba dan perkataan itu telah dijulang sebagai perkataan terbaik oleh Oxford Dictionaries pada tahun 2013.

Menariknya, selari dengan kepopularan 'selfie' itu sendiri, hampir 150 juta kali perkataan itu digunakan setiap bulan.

Namun, tahukah anda apa itu 'selfie'?

Perkataan selfie pada asalnya digunakan dalam satu forum online di Australia pada 2002 sebelum ianya mula meningkat secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkataan selfie yang dijulang sebagai perkataan paling popular 2013. Pic: blog.oxforddictionaries.com Perkataan selfie yang dijulang sebagai perkataan paling popular 2013. Pic: blog.oxforddictionaries.com Sejak akhir-akhir ini, dunia bagaikan telah diserang dengan fenomena 'selfie' atau seni menangkap gambar diri sendiri.

Perkataan 'selfie', yang bermaksud menangkap gambar diri sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera web, telah dipilih sebagai perkataan tahunan selepas penggunaannya meningkat sebanyak 17,000 peratus sejak tahun lalu.

Bermula daripada golongan remaja yang inginkan perhatian dalam media sosial, ramai juga dikalangan orang kenamaan yang kini terjebak dalam fenomena itu.

Tidak terkecuali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering kali dilihat memaparkan gambar selfie beliau bersama tokoh-tokoh negara lain seperti Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan turut bersama Presiden Singapura, Lee Hsien Loong.

Jika golongan pembesar sudah mula menangkap gambar sendiri inikan pula golongan artis yang sentiasa mahukan publisiti dan tidak hairan jika penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin digelar Ratu Selfie oleh masyarakat.

Kecanggihan media ternyata tidak disia-siakan beliau, melalui akaun Instagram yang sememangnya dikhaskan untuk memuat naik gambar, penyanyi itu sekali lagi tidak mengabaikan teknologi dengan berselfie sekerap mungkin kononya untuk tatapan peminat.

Namun persoalannya adakah selfie itu sesuatu yang 'cool' atau menjengkelkan masyarakat?

Khaleda Khairudin, 22, menganggap perbuatan selfie dikalangan rakan-rakannya di media sosial dilihat seperti ingin mengiktiraf diri sendiri dengan cara memuat naik gambar yang ditangkap sendiri.

Penyanyi, Siti Nurhaliza yang dikatakan kerap berselfie sehingga menjejaskan nilai eksklusifnya sebagai penyanyi nombor satu negara. Pic: www.limauais.com Penyanyi, Siti Nurhaliza yang dikatakan kerap berselfie sehingga menjejaskan nilai eksklusifnya sebagai penyanyi nombor satu negara. Pic: www.limauais.com "Saya sebenarnya 'annoyed' (marah) dengan gambar-gambar selfie, mereka seolah-olah ingin menonjolkan diri mereka cantik di mata masyarakat ditambah pula dengan mimik-mimik muka yang tidak sepatutnya sebagai seorang pelajar.

Katanya, perbuatan seperti itu mencerminkan pemikiran seseorang yang kurang matang dan perasan cantik serta ingin menarik perhatian daripada masyarakat luar.

"Mereka ingin dipuji sebenarnya tetapi cara yang digunakan bagi saya kurang tepat," katanya kepada mD.

Michell Woo, 31, juga bersetuju dengan pendapat Khaleda.

"Namun begitu, selfie biasanya popular dikalangan remaja, dan saya rasa mereka mungkin ingin 'test market' kerana pastinya mereka hanya ingin suka-suka.

"Tapi jika terlalu kerap, rasa menyampah pula bila tengok. Contohnya seperti artis-artis yang memuat naik foto lima minit sekali," jelasnya sambil ketawa.

Namun berlainan pula apabila aktiviti itu dilakukan bagi golongan kenamaan kerana menurut Michelle, perkara itu lebih menarik dan sesuatu diluar jangkaan.

"Ianya sangat 'cool' bila tengok PM berselfie," katanya.

 

Selfie = Kecelaruan Personaliti?

Meskipun ianya dianggap tidak mendatangkan kesan kepada masyarakat, ianya juga boleh memberikan impak yang buruk kepada golongan itu.

Menurut Pakar Perunding Psikiatrik dan Psikologi, Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud, selfie mungkin menunjukkan ciri-ciri 'narcisstic’ (suka diri sendiri) yang ada pada diri mereka.

Presiden Singapura, Lee Hsien Loong bersama PM, Najib. Pic: sayaiday.blogspot.com Presiden Singapura, Lee Hsien Loong bersama PM, Najib. Pic: sayaiday.blogspot.com Katanya, orang yang mempunyai kecelaruan personaliti mempunyai sifat-sifat yang perlukan pujian dan sanjungan berterusan daripada orang lain, dan kepercayaan bahawa mereka adalah seseorang yang istimewa dan berhak mendapat tempat di hati masyarakat.

"Mereka juga amat cemburu dengan kejayaan orang lain, bongkak dan tidak ada sifat ‘empathy’ kepada orang lain.

Tambah beliau, satu lagi jenis personaliti yang mungkin boleh dikaitkan dengan selfie ialah kecelaruan personaliti jenis ‘hysterionic’. Golongan ini sentiasa cuba untuk melakukan sesuatu bagi menarik perhatian ramai kepada diri mereka, tingkahlaku yang ‘seductive’ (menggoda) dan emosi yang dibuat-buat.

Namun begitu, Dr Rushidi berkata masih terlalu awal untuk masyarakat membuat kesimpulan mengaitkan selfie dengan revolusi diri di mana manusia ingin mengiktiraf diri mereka sendiri dengan cara mengambil gambar dan memaparkannya dalam media sosial atau mengatakan ia adalah satu kecelaruan personaliti yang sudah parah.

"Selfie dianggap satu aktiviti terkini yang menyeronokkan. Seperti media sosial yang lain, kita perlu ambil perhatian samada kita sudah sampai ke tahap dimana adakah ia sudah mula mengganggu fungsi dan aktiviti harian kita dari segi sosial, pekerjaan dan sebagainya. Jika jawapannya ya, maka tentulah ia perlu dibendung kerana boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Malah menurutnya, gambar-gambar yang diambil turut memainkan peranan. Jika ia melampaui batas susila yang boleh diterima oleh masyarakat maka dikhuatiri ia boleh membawa implikasi buruk kepada individu terbabit.

David Cameron, Barack Obama dan Helle Thorning Schmidt berselfie ketika upacara pengkebumian Nelson Mandela dikatakan kuran sensitif terhadap majlis yang sedang berlangsung. Pic: www.express.co.uk David Cameron, Barack Obama dan Helle Thorning Schmidt berselfie ketika upacara pengkebumian Nelson Mandela dikatakan kuran sensitif terhadap majlis yang sedang berlangsung. Pic: www.express.co.uk Contohnya isu Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang menggambil gambar selfie di upacara pengkebumian Nelson Mandela telah menimbulkan pelbagai interpretasi dan persoalan sama ada ianya sesuai atau tidak dilakukan di situasi yang sedemikian.

Rasanya fenomena selfie ini mungkin boleh diterima jika ia dilakukan dalam lingkungan batas-batas yang tertentu, asalkan ia tidak membawa masalah atau kesengsaraan kepada diri atau orang lain.

Untuk melabelkan ia sebagai satu bentuk kecelaruan personaliti terutama apabila ianya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar mungkin agak 'premature’ ketika ini walaupun ciri-ciri yang ditonjolkan itu ada pada mereka yang melakukannya.

 

 

-mD