Sat08022014

LAST_UPDATEFri, 01 Aug 2014 11pm

Pesawat Bawa 18 Penumpang Hilang

Filepic: www.abc.net.au Filepic: www.abc.net.au KATHMANDU: Sebuah pesawat penerbangan Nepal yang membawa 15 penumpang dan tiga anak kapal tengah hari semalam hilang sejurus selepas berlepas dari pusat pelancongan popular.

“Pesawat Nepal Airlines yang membawa 15 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Pokhara pada jam 1.30 tengah hari dan hilang 15 minit kemudian,” kata jurucakap polis Nepal, Ganesh KC kepada media.

Sejumlah 18 orang berada di atas pesawat, iaitu 14 penumpang dewasa, seorang bayi dan tiga anak kapal, kata jurucakap penerbangan, Ram Hari Sharma.

“Seorang penumpang berasal dari Denmark, manakala yang lain rakyat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan kepada polis untuk membantu menjejaki lokasi pesawat berkenaan, selain turut bersedia melancarkan operasi menyelamat.

Pesawat kerajaan berkenaan terbang dari Pokhara ke bandar Jumla, Kathmandu, apabila pengawal trafik udara terputus hubungan dengan juruterbangnya.

Nepal yang bergantung pada pelancongan sebagai penyumbang ekonomi utama negara berkenaan mengalami sebilangan besar nahas udara sejak beberapa tahun kebelakangan, berpunca daripada juruterbang yang kurang mahir serta pengurusan dan penyelenggaraan pesawat yang kurang baik.

 

 


-AFP