Wed10222014

LAST_UPDATEWed, 22 Oct 2014 5pm

Sekolah Juvana : Ada Masa Depan Ke?

Jenayah Juvana/Pic: Twicsy.comJenayah Juvana/Pic: Twicsy.comPENINGKATAN kes buli dikalangan pelajar-pelajar sekolah kian meningkat sejak kebelakangan ini. Buli yang membawa maksud perbuatan mengasari seseorang yang lemah atau dengan tujuan menunjukkan kekuatan si pembuli.

Apabila bercakap soal buli, ia membawa pengertian yang luas. Ia boleh dikategorikan dari segi fizikal seperti menolak dan mumukul. Manakala, dari segi mental seperti ejek-mengejek.

Isu kes buli dan gangsterisme telah menimbulkan suasana yang tidak selamat terutamanya di institusi pendidikan pada masa kini. Hampir setiap hari di serata dunia menghadapi masalah yang sama.

Kronologi Kes Buli Di Malaysia

Di Malaysia, gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa.

Ini disokong kuat dengan pelbagai laporan dari dada-dada akhbar tempatan mahupun media antarabangsa yang memaparkan banyak kes mengenai kemerosotan akhlak di kalangan pelajar.

Hal ini dapat dibuktikan dengan kes pelajar Sherman Mohd Jaafar, 14, mengalami kecederaan parah di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan.Kes gaduh yang semakin berleluasa.Kes gaduh yang semakin berleluasa.

Diikuti dengan kes Mohd Rizuan Mohd Hashim, 15 dibuli oleh lima pelajar setingkatannya hingga cedera di beberapa bahagian badan. Sumber laporan dari Berita Harian 23 Ogos 2005.

Pada 21 Februari 2009, negara digemparkan dengan kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad  setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih.

Di mana Silapnya?

Orang akan cakap, baru masuk umur belasan sudah pandai buat salah. Tapi pernahkah mereka bertanya apakah faktor yang menyebabkan mereka melakukan kesalahan seperti mencuri, membunuh, merogol, meliwat dan lain-lain?

Sebenarnya, remaja yang dimasukkan di sekolah juvana bukanlah memiliki perangai negatif secara semulajadi, sebaliknya majoriti berpunca dari persekitaran hidup yang tidak sempurna.

Ada yang datang dari latar belakang keluarga yang tidak harmoni seperti keluarga yang berpecah-belah. Mereka terabai dan tidak dihiraukan. Aktiviti mereka kadang-kadang tidak dipantau ahli keluarga dan akhirnya membuatkan mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang dek kerana usia yang masih muda.

Pic: WordpressPic: WordpressManakah tidaknya, dalam kurun ke-21 , bukan setakat bapa sahaja yang keluar mencari rezeki, malah si ibu turut bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga disebabkan keadaan kos hidup yang kian meningkat.

Menurut pandangan pelakon Sharnaaz Ahmad Basir, salah satu faktor para pelajar terjebak dalam kes buli di sekolah, adalah disebabkan pergaulan.

Ini kerana mereka bergaul dengan kawan-kawan yang mendorong mereka kearah bersikap yang lebih negatif.

Apakah Penyelesaiannya? Relevankah Sekolah Juvana Pada Masa Kini?

Memetik sumber portal rasmi sekolah juvana, Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi Kuala Lumpur, seseorang yang disabitkan kesalahan juvana dan mendapat perintah dari mahkamah mengikut seksyen 91 Akta kanak-kanak 2001, mereka haruslah menjalani sesi persekolahan di sekolah juvana.

Selain itu, ada terdapat prosedur jika ingin memasuki sekolah ini iaitu secara sukarela di bawah seksyen 46 Akta Kanak-Kanak 2001.

Jelas masih ada pihak di luar sana yang mempercayai akan sekolah juvana bagi mendapat sistem pendidikan di kala hati penuh dengan kesilapan yang pernah dilakukan.

Walau bagaimanupun, mungkin orang ramai yang tidak mengetahui bahawa, ada diantara pelajar yang telah memasuki sekolah juvana tetapi enggan untuk keluar dari sekolah ini.

Ini kerana, di sekolah inilah mereka dididik menjadi insan yang berguna dan berilmu.

Malah faktor yang kondusif di sekolah ini mejadi pemangkin bagi mereka untuk terus menetap di sekolah ini.

Tahukah anda,bahawa sekolah juvana menawarkan pelbagai aktiviti dan kelas-kelas yang sama sekali tidak dipelajari oleh sekolah-sekolah aliran biasa.

Antara bentuk aktiviti yang ditawarkan adalah kemahiran yang berbentuk bengkel motor mekanik, pertukangan kayu, perabot dan kraftangan, binaan, baiki paip, mengecat, membaiki elektrik dan seni taman pertanian serta kelas agama.Kelas mengaji dan ceramah/Pic:TV9Kelas mengaji dan ceramah/Pic:TV9

Justeru, ada segelintir pelajar yang merasakan bahawa mereka tidak mahu dpisahkan dengan sekolah yang menyimpan cerita suka duka di sini.

Lantas, ramai yang berpendapat bahawa sekolah juvana merupakan satu wadah dan platform bagi mereka yang bermasalah dalam memperbaiki diri mereka ke arah yang lebih baik.

Sekaligus membuktikan sekolah juvana pada masa kini amatlah relevan kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini masih mempunyai masa depan daripada mereka terus diabaikan oleh masyarakat.

Namun berbeza pula dengan pendapat Sharnaaz, dengan mengumpulkan mereka-mereka yang bermasalah di sekolah juvana merupakan satu langkah yang agak bahaya.

‘’Awak cuba bayangkan, jika mereka yang bermasalah ini dikumpulkan bersama, benda ini akan bahaya kerana rata-rata pelajar mempunyai tahap jenayah yang berbeza’’ katanya.

Sharnaaz yang ketika dihubungi oleh Malaysian Digest menyifatkan dia tidak menafikan penubuhan sekolah-sekolah juvana dapat membantu mereka yang bermasalah.

Ini kerana ia merupakan langkah terbaik buat masa sekarang.

Perspektif Daripada Seorang Pelakon

Sharnaaz Ahmad/Pic: RotikayaSharnaaz Ahmad/Pic: RotikayaSharnaaz yang banyak melakonkan watak aksi dan pelajar juvana menegaskan memegang watak ini merupakan satu cabaran yang besar dan perlu diselami dengan teliti.

‘’Sebenarnya saya mempelajari watak tersebut melalui pengalaman hidup sebab saya dulu pelajar yang agak bermasalah tetapi belum pada tahap juvana’’

‘’Malah emak saya juga Pengarah Lembaga Penduduk Pembangunan Negara di Pulau Pinang, mereka akan mengambil beberapa pelajar yang bermasalah untuk menyertai kem pemulihan dan sesi motivasi’’

‘’Jadi secara tidak langsung, saya turut menyertai kem tersebut dan saya bercampur dengan pelbagai jenis ragam manusia, dan disitulah pengalaman saya, di mana mudah bagi saya membawa watak Juvana’’ tambah beliau.

Sharnaaz yang ketika dihubungi sedang sibuk menjalani pengambaran drama ‘teleraya’ yang bakal menemui penonton menjelang syawal nanti.

 

Masihkan Ada Sinar Bagi Mereka Bergelar Pelajar Juvana?

Masyarakat di Malaysia rata-rata mempunyai persepsi yang negatif jika seseorang itu bekas banduan ataupun mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Persoalannya adakah mereka ini mendapat tempat dalam pasaran kerjaya dalam dunia yang penuh daya saing ini?

Menurut pandangan daripada seorang kakitangan Jobstreet.com, Hasmah Marhaban adalah menjadi terhad bagi mereka yang mepunyai rekod jenayah jika mana-mana majikan ingin mengambilnya bekerja.

‘’Di Jobstreet pencari kerja akan memohon pekerjaan di atas talian, ini kerana kami  ingin menerapkan sistem yang mudah bagi mereka’’Pic: TV9Pic: TV9

‘’Jadi setakat ini selama saya bekerja disini, saya tidak pernah menjumpai sebarang rekod dari lepasan sekolah juvana. Mungkin mereka tidak menyatakan dalam permohonan jadi kami hanya memproses permohonan tersebut melalui bahagian yang dimohon sahaja walaupun permohonan mereka tidak lengkap’’ ulas Hasmah

Ubah Persepsi: Pelajar Juvana Bukan Sampah Masyarakat

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan daripada kesilapan itulah mengajar mereka tentang kehidupan. Bagi mereka yang bergelar pelajar juvana ini mereka memerlukan sokongan dan bantuan daripada orang ramai untuk menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Diharap masyarakat tidak lagi memadang negatif kepada bekas pesalah juvana apabila mereka berhadapan dengan masyarakat selepas keluar nanti.

 

Mereka Juga Manusia Biasa.

Malaysian Digest Ambil Berat.

 

--mD