Fri10312014

LAST_UPDATEFri, 31 Oct 2014 9pm

25 Kali Kahwin Tapi Ditangkap Khalwat

Gambar HiasanGambar HiasanKUALA TERENGGANU: Seorang bekas guru yang mempunyai 25 bekas isteri, 18 anak, 48 cucu dan empat cicit dihukum denda RM2,400 selepas didapati bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan.

Bersalah Khalwat

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah melakukan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Alias didakwa berkhalwat dengan seorang tukang cuci yang juga isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

 

 


- Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/25kalikahwintapiditangkapkhalwat/Article/