Thu10022014

LAST_UPDATEThu, 02 Oct 2014 7am

(DENGAN VID) Gadis Pemilik Peugeot CDM25 Mengamuk

Gadis yang dipercayai mengamuk di Kuantan baru-baru ini.Gadis yang dipercayai mengamuk di Kuantan baru-baru ini.KUANTAN: Seorang wanita pemilik kereta Peugeot dengan bernombor pendaftaran CDM25 yang mengamuk akibat dari kemalangan kecil baru- baru ini menjadi perhatian umum.

Kejadian tersebut berlaku  di tempat letak kereta pasaraya Kuantan Pahang dan dirakam oleh seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Kejadian turut dirakam dan dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang bernama Jessica Qi dengan berkapsyen “Yesterday At The Kuantan Miss Captured A Very Red-You Help Her’’.

Rakaman yang berdurasi selama 2 minit 33 saat itu menjadi viral di laman-laman sosial.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia. Rata-ratanya beliau dikecam hebat kerana berperilaku biadap terhadap pelaku lelaki yang bewarga emas dan berbangsa cina.

Menurut rakaman, lelaki tersebut berkali-kali meminta maaf atas ketidaksengajaannya melanggar kereta gadis tersebut.

Namun, gadis tersebut beremosi sehingga dengan sengaja memukul kereta warga emas itu berkali-kali dengan menggunakan pengunci stereng kereta.   

Susulan dari kejadian itu, gadis tersebut menerima komen-komen yang negatif daripada pelbagai pihak  sehingga memaksanya menutup laman akaun Facebook miliknya.

 

 

#

--mD