Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

BAWA MAUT: Penyakit Virus Ebola

Sierra Leone mengisytiharkan darurat dan mengerah tentera untuk mengkuarantin mangsa Ebola/Pic: KL PostSierra Leone mengisytiharkan darurat dan mengerah tentera untuk mengkuarantin mangsa Ebola/Pic: KL PostEMPAT negara di Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria mencatat rekod sebanyak 1,603 termasuk 887 kes kematian berikutan wabak Virus Ebola (EVD) setakat 4 Ogos lalu bagi tahun ini. 

Informasti tersebut telah yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikutan dari wabak yang semakin menular ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan EVD dari terus merebak.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia dalam laporan Bernama baru-baru ni, Datuk Seri Dr.Subramaniam jika seandainya, negara kita dijangkiti virus Ebola, langkah seterusnya yang diambil oleh KKM ialah dengan mengkuarantin pesakit dan mengambil langkah ketat pencegahan dan rawatan susulan terhadap pesakit.

Turut memberi kenyataan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kementerian telah mengambil pelbagai langkah termasuk menyaring penumpang di semua pintu masuk utama negara.

‘’Setakat ini tiada notifikasi sebarang kes EVD di Malaysia tetapi langkah berjaga-jaga mesti diteruskan’’, katanya.Datuk Seri Dr.Subramaniam/Pic: says.comDatuk Seri Dr.Subramaniam/Pic: says.com

‘’Langkah tersebut termasuk menyaring suhu badan penumpang, mengenal pasti dan mengendali penumpang yang mempunyai simptom akan dirujuk kes mereka di hospital terdekat’’ tambahnya.

Bahaya EVD

WHO dalam kenyataan media menyatakan virus EVD boleh dikategorikan sebagai demam berdarah Ebola dan ianya harus dipandang serius kerana ia boleh mengundang maut.

Malah EVD ini membawa kepada kes kadar kematian sehingga 90 peratus.

Menerusi portal rasmi WHO, jurucakapnya, Paul Garwood, berkata EVD kerap berlaku di perkampungan terpencil di bahagian tengah dan barat Afrika berhampiran dengan hutan hujan tropika.

Jurucakap WHO Paul Garwood/Pic: Getty ImagesJurucakap WHO Paul Garwood/Pic: Getty Images‘’Virus ini dipindahkan dari haiwan liar dan berjangkit kepada manusia melalui hubungan rapat antara individu tersebut’’

Tambah beliau, haiwan liar seperti Kelawar Buah daripada spesis Pteropodidae adalah pembawa utama virus Ebola.

‘’Bagi yang dijangkiti EVD, mereka memerlukan penjagaan yang rapi serta sokongan yang insentif dan berterusan kerana setakat ini kami di WHO tiada rawatan spesifik atau vaksin untuk EVD,’’ tegas beliau.

Tiada Penerbangan ke Afrika Barat- Jabatan Penerbangan Awam Malaysia

Berikutan isu tersebut, Jurucakap Unit Kawalan Udara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia berkata, tiada aliran kapal terbang domestik Malaysia ke Afrika Barat direkodkan.

‘’Pihak kami mengambil serius mengenai wabak Ebola justeru segala langkah pencegahan diambil bagi meghalang virus pembunuh ini merebak ke sempadan negara," katanya.

Jabatan Penerbangan Awam mengesahkan mereka bekerjasama dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membendung virus Ebola ini.

Keluar Masuk Pelajar Antarabangsa di Malaysia

Menurut Pegawai Perhubungan Awam di Bahagian Komunikasi Korporat Universiti Lim Kok Wing, universiti mereka menampung seramai 30 peratus pelajar dari benua Afrika yang kebanyakannya dari Bostwana dan Swaziland.

30 peratus pelajar dari benua Afrika tersebut adalah diantara 150 orang pelajar antarabangsa  yang menuntut di Univeristi Lim Kok Wing.Universiti Lim Kok Wing/Pic:WordpressUniversiti Lim Kok Wing/Pic:Wordpress

‘’Buat masa sekarang kami tidak menerima sebarang kes berhubung dengan wabak Ebola di kampus kami”

‘’Pihak pengurusan universiti sentiasa membuat ujian saringan  terhadap pelajar-pelajar antarabangsa terutamanya dari benua Afrika setibanya mereka pulang dari kampung halaman mereka’’ katanya.

‘’Malah, kami mempercayai mereka telah melalui saringan pertama di lapangan terbang’’

Setakat ini, pihak universiti tidak ada membuat sebarang polisi mahupun syarat berkaitan wabak Ebola.

 

Statistik Wabak Ebola dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Tahun

Negara

Spesis Ebolavirus

Kes

Kematian

Peratus Kematian

 

2012

Republik Demokratik Congo

Bundibugyo

57

29

51%

 

2012

Uganda

Sudan

7

4

57%

 

2012

Uganda

Sudan

24

17

71%

 

2011

Uganda

Sudan

1

1

100%

 

2008

Republik Demokratik Congo

Zaire

32

14

44%

 

2007

Uganda

Bundibugyo

149

37

25%

 

2007

Republik Demokratik Congo

Zaire

264

187

71%

 

2005

Congo

Zaire

12

10

83%

 

2004

Sudan

Sudan

17

7

41%

 

2003 (Nov-Dis)

Congo

Zaire

35

29

83%

 
 

2003 (Jan-Apr)

Congo

Zaire

143

128

90%

 
 

2001-2002

Congo

Zaire

59

44

75%

 

2001-2002

Gabon

Zaire

65

53

82%

 

2000

Uganda

Sudan

425

224

53%

 

1996

Afrika Selatan

Zaire

1

1

100%

 

1996 (Jul-Dis)

Gabon

Zaire

60

45

75%

 
 

1996 (Jan-Apr)

Gabon

Zaire

31

21

68%

 
 

1995

Republik Demokratik Congo

Zaire

315

254

81%

 

1994

Cote d'Ivoire

Taï Forest

1

0

0%

 

1994

Gabon

Zaire

52

31

60%

 

1979

Sudan

Sudan

34

22

65%

 

1977

Republik Demokratik Congo

Zaire

1

1

100%

 

1976

Sudan

Sudan

284

151

53%

 

1976

Republik Demokratik Congo

Zaire

318

280

88%

 

 

Asal Usul Dan Jenis EVD

EVD pertama kali dikesan dan direkodkan berlaku di Yambuku di Republik Demokratik Congo yang pada dahulunya dikenali sebagai wilayah Zaire, Nzara dan Sudan pada tahun 1976.

Seterusnya wabak pembunuh ini menular dan dikesan di perkampungan kecil berhampiran Sungai Ebola di Yambuku.

Justeru, nama penyakit Ebola mendapat nama dari sungai tersebut.

Kelawar Buah Pembawa Utama Virus Ebola/Pic: WordpressKelawar Buah Pembawa Utama Virus Ebola/Pic: WordpressAliran Pindaan EVD

Jangkitan EVD sungguh mudah merebak, hanya dengan sentuhan dengan darah, cecair (air liur), organ atau apa jua bendalir antara populasi manusia dan haiwan yang dijangkiti EVD.

Ini disokong dengan laporan dari WHO, mengatakan bahawa di Afrika, jangkitan didapati berlaku apabila manusia memegang dan menyentuh bangkai haiwan yang dijangkiti EVD.

Anda harus lebih peka; WHO melaporkan haiwan yang membawa EVD antaranya adalah, cimpanzi, gorila, kelawar buah, monyet, antelop dan landak.

Malah, melalui hubungan secara langsung komunikasi dari segi percakapan mahupun fizikal mampu mengundang virus EVD terus merebak.

Tambahan ianya mudah dijangkiti menerusi organ seperti kulit terluka atau membran bendalir dengan darah, cecair, organ atau yang lainGorila antara haiwan liar pembawa Virus Ebola/Pic: culturamix diangkiti EVD.

Di samping objek seperti benda-benda yang dijangkiti EVD juga mampu menjadi pendorong virus ini merebak jika manusia menyentuh objek tersebut.

Air Mani Lelaki (Sperm) Antara Medium EVD Merebak

Lelaki yang pulih dari rawatan, mampu memindahkan EVD melalui air mani mereka dalam tempoh tujuh minggu selepas sembuh.

Para doktor, jururawat ataupun mana-mana petugas kesihatan  yang merawat pesakit EVD, juga berisiko dijangkiti EVD apabila mereka tidak mengawal langkah pencegahan.

Ini jelas terbukti apabila di Nigeria dilaporkan apabila menerima kes kedua Ebola dimana pesakitnya seorang doktor.

Tanda-Tanda Mereka Dijangkiti EVD

Demam secara tiba-tiba, lemah badan, sakit otot, sakit kepala dan sakit tekak antara tanda-tanda anda dijangkiti EVD yang merupakan penyakit virus pembawa yang teruk.

Selepas itu, pesakit akan mengalami muntah-muntah, ciri-birit, ruam kemerahan dan kegagalan buah pinggang dan hati untuk berfungsi.

Antara simptom Ebola/Pic: NaijanewsroomAntara simptom Ebola/Pic: NaijanewsroomLaporan WHO menyatakan dalam beberapa kes, antara tanda-tanda EVD ialah pendarahan dalaman dan luaran, manakala melalui ujian makmal mendapati sel darah putih dan kiraan platelet berkurangan dan enzim hati dalam tubuh badan pesakit akan meningkat.

Jika darah dalam tubuh seseorang lelaki yang dijangkiti EVD mengalir mereka masih bergelar pesakit EVD, sehingga mana virus ini hanya akan tersingkir daripada air mani selepas 61 hari dijangkiti.

Pada kebiasannya WHO melaporkan gejala EVD akan timbul selepas dalam tempoh antara dua hingga 21 hari selepas mereka dijangkiti wabak Virus Ebola.

Diagnosis awal oleh Doktor

Antara gejala awal yang hampir sama dengan EVD ialah denggi, malaria, demam kepialu, shigellosiskolera, leptospirosis, hawar tikus, cacar rickettsiosis, demam berulang, meningitis, hepatitis dan lain-lain demam virus berdarah.

Setakat ini ujian makmal mendiagnosis virus Ebola dengan beberapa saringan ujian antaranya antibodi menangkap enzim-esei imuno serapan berkaitan.

Selain itu, ujian pengesan antigen dan ujian pengneutralan serum juga mampu mengesan EVD.

Malah reaksi berantai transcriptase polymerase terbalik (RT-PCR), mikrosokop electron dan virus pengasingan oleh struktur sel menjadi strategi oleh pakar-pakar perubatan bagi mengesan EVD.

Penawar Dan Vaksin EVD

Pakar perubatan seluruh dunia masih buntu dalam mencari penawar yang spesifik bagi wabak EVD.

Namun, setakat ini masih belum ada vaksin untuk EVD walaupun petugas kesihatan beberapa kali menguji vaksin terhadap EVD, tetapi tiada satu pun Ujikaji bagi mencari penawar Ebola yang khusus/Pic: Bewara.coUjikaji bagi mencari penawar Ebola yang khusus/Pic: Bewara.coyang sepadan.

Walaupun tiada perubatan yang khusus, pesakit yang dijangkiti perlu mendapat penjagaan sokongan yang intensif.

Ini kerana mereka sering mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan memerlukan rehidrasi oral (meminum banyak air) melalui elktrolit atau dipanggil cecair intravena.

Nasihat WHO: Pencegahan Dan Kawalan

Paul menasihati orang ramai bahawa, pihak yang bertanggungjawab perlu mengawal RESTV pada haiwan domestik.

‘’Rutin pembersihan dan pembasmian kuman perlu dilakukan di ladang seperti babi atau kandang monyet dengan menggunakan natrium hipoklorit atau bahan cuci yang lain’’

Jika wabak tersebut disyaki telah merebak, premis atau tempat yang dijangkiti wabak tersebut perlu dikuaratin dengan pengawasan yang ketat ketika menanam atau membakar bangkai.

Di samping itu, penyekatan dalam pergerakan haiwan perlu diusahakan bagi menghalang mereka dari terus membawa EVD kepada haiwan lain yang berada di ladang berbeza.

Ibu Pejabat WHO/Pic: wikipediaIbu Pejabat WHO/Pic: wikipediaBeralih kepada manusia pula, orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang atau memakan haiwan liar yang dijangkiti virus.

Memakan daging eksotik seperti daging monyet, kelawar atau beruk dalam kalangan penduduk,dapat mengeruhkan lagi keadaan.

Ini dibuktikan dengan amalan pemakanan seharian yang berlaku di Guinea apabila kelawar buah menjadi menu utama.

Orang awam digesa memakai alat perlindungan tangan iaitu sarung tangan (glove) yang boleh didapati di pusat kesihatan berhampiran.

Ketika dihubungi oleh Malaysian Digest, Unit Korporat dan Komunikasi Kementerian Kesihatan Malaysia buat masa kini hanya menumpukan wabak denggi disamping mengambil langkah berjaga-jaga bagi virus ebola.

 

 

 --Malaysian Digest