Tue12232014

LAST_UPDATETue, 23 Dec 2014 11am

Jumpa Rangka Manusia Di Sentul

Foto: Astro AwaniFoto: Astro AwaniKUALA LUMPUR: Orang ramai terkejut melihat rangka manusia berselerak di kawasan parking kereta di Jalan Pekeliling Sentul pagi tadi dan terus menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Muthusamy Ragasamy berkata pihak polis menerima panggilan pada pukul 11 pagi tadi dan terus ke tempat kejadian dan didapati rangka manusia yang ditemui berselerak di atas kawasan parking kereta.

Pasukan forensik Hospital Kuala Lumpur dan forensik polis juga berkejar ke tempat kejadian bagi mencari bukti mangsa tersebut.

Siasatan awal polis menyatakan mangsa telah meninggal lebih daripada sebulan, walau bagaimanapun jantina mangsa belum di kenalpasti.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan saudara sejak sebulan lalu diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Siasatan ditempat kejadian selesai pada pukul 3 petang tadi.

- AWANI
http://www.astroawani.com/news/show/jumpa-rangka-manusia-di-sentul-42435