Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 2am

(DENGAN VID) PROTON 1985-2014: Bukti Kejayaan Malaysia

Pic: MotorauthorityPic: MotorauthorityPERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) Malaysia merupakan syarikat jenama kereta nasional produk tempatan yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Malaysia yang telah merdeka selama 57 tahun dan pelbagai kejayaan yang ditempa antaranya keluaran kereta tempatan yang harus dibanggakan.

Sempena Hari Malaysia yang ke-51 pada tahun ini, dalam kita  memperingati  penubuhan persekutuan Malaysia  yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia, unit berita Malaysian Digest ingin membawa anda mengimbau kejayaan Proton yang harus dipuji kerana kejayaanya mengharumkan nama negara di seluruh pelusuk dunia.

Segalanya bermula apabila Bapa Pemodenan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 89 memulakan kajian projek mengenai kereta buatan nasional dan sekaligus memantapkan industri automotif di Malaysia.Tun Dr. Mahathir/Pic: thesundailyTun Dr. Mahathir/Pic: thesundaily

Pada tahun 1980, beliau yang pada ketika itu, Menteri Perdagangan dan Industri mengarahkan Lembaga Kemajuan  Industri Malaysia (MIDA) mengkaji dalam menerajui industri automotif.

Hasil dari kajian tersebut tertubuhlah Proton pada 7 Mei 1983 secara rasminya apabila syarikat industri berat negara (HICOM) mendapat sokongan serta bantuan dari syarikat gergasi automotif dari Jepun, Mitsubushi dan berjaya menghasilkan kereta model pertama negara iaitu Proton Saga.

Perkembangan Jenama Kereta Proton 1985 Sehingga 2014

Menurut salah seorang penuntut dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Teknikal Malaysia, Mohd Qadafie Ibrahim berkata antara ciri utama perniagaan automotif ialah teknologi. Teknologi membolehkan pengeluar kereta dalam menghasilkan kereta yang menjimatkan bahan api serta selamat digunakan dan tidak mencemarkan alam sekitar.

‘’Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan saya percaya Malaysia tidak mempunyai eko sistem yang mantap dalam penghasilan kepada teknoLogi tersebut, justeru Proton juga menghadapi masalah sumber yang terhad di mana ia perlu mengorak langkah yang lebih pragmatik supaya sentiasa mempunyai akses kepada teknologi yang canggih dan baharu’’, kataya ketika dihubungi oleh Malaysian Digest.

Tambahnya lagi  satu perkara yang tidak kurang pentingnya ialah faktor rekabentuk. Proton sentiasa menghasilkan perkembangan reka bentuk yang cantik dan mesra pengguna dari tahun ke tahun sejak penubuhannya.

Ironinya Proton sangat terburu-buru dalam menghasilkan reka bentuk kereta, ini dilihat apabila hampir setiap tahun adanya reka bentuk kereta Proton yang baharu dikeluarkan.

‘’Proton mengambil pendekatan “timeless design’’ dan ini kadang-kala mempengaruhi tahap jualan kereta Proton kerana proses pembelian produk dipengaruhi oleh faktor rasional dan emosional,’’ tambah beliau lagi.

Gambar: PustakaGambar: Pustaka

Pencapaian Proton Dalam Dunia Automotif

Walaupun penghasilan yang begitu cepat dalam kekerapan setiap tahun, namun tidak dinafikan Proton menempa pelbagai kejayaan antaranya menurut laporan Bernama Proton Preve dan Proton Suprima S mendapat pengiktirafan lima bintang dalam program Penilaian Kereta Baharu Asean( NCAP).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah ketika dihubungi oleh Malaysian Digest berkata usaha Proton untuk mengubah persepsi orang ramai tentang jenama dan kualiti kereta Proton kini terbukti dan diperkukuh lagi dengan pencapaian baharu ini.Proton Suprima S/Pic: PaultanProton Suprima S/Pic: Paultan

‘’Kami amat berbangga akan pencapaian ini, model-model kereta kami bukan setakat mampu milik tetapi ianya sangat berkualiti dan bertaraf antarabangsa,’’ katanya.

Pencapaian Proton tidak tehenti disitu sahaja, Proton terus menempa nama apabila pada tahun 2010 jenama proton dibawah model Exora teleh memenangi pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh Royal Automobile Club (RAC) di United Kingdom.

Pertandingan yang disertai oleh kesemua syarikat otomobil di dunia antaranya Toyota dari Jepun, Volkswagen dari Jerman dan General Motors dari Amerika Syarikat.

Dalam pertandingan yang sama Exora mendapat tempat yang pertama dalam kategori Extended Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya).

Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh kereta jenama tempatan kita. Menurut laporan Utusan Malaysia pada Disember tahun 2012, model pertama Proton iaitu Proton Saga adalah langkah pertama Malaysia untuk menjadi sebuah pengeluar automotif berpengaruh suatu hari nanti.

Dan ini dibuktikan dengan kejayaan yang dicapai dari tahun ke tahun sehingga kini. Lebih membanggakan lagi apabila Proton Saga berjaya memasuki kelompok antara model kereta paling lama yang pernah dikeluarkan oleh sesebuah pengeluar automotif dunia.

Cabaran Dan Maklum Balas Orang Ramai

Menurut salah seorang penggemar kereta Proton, Mohmmad Syahmi 29 menyifatkan antara jenama kereta proton yang paling gagal dalam mendapat sambutan orang ramai ialah Proton Savvy dan Juara.

Syahmi berkata Proton Savvy mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan kerana reka bentuknnya seperti mangkuk tandas jenis duduk tetapi menurut beliau baginya tidaklah kelihatan begitu teruk.

Proton Juara/Pic: WikipediaProton Juara/Pic: Wikipedia‘’Proton Juara juga kurang mendapat sambutan orang ramai apabila pengeluarannya hanya mampu bertahan selama tiga tahun dalam pasaran automotif,’’  katanya ketika dihubungi oleh Malaysian Digest.

Syahmi berpendapat juara seakan sebuah model “peti ais bergerak’ apabila rekabentuk Juara merupakan model paling pelik yang pernah dikeluarkan oleh Proton.

Itu merupakan antara model keluaran Proton yang gagal mendapat di hati orang ramai. Walaubagaimanapun, Proton juga bebangga dengan keluaran model Saga Baharu apabila ia diiktiraf model kedua paling laris terjual di Malaysia bagi tahun 2013 dan awal suku tahun pertama 2014 selepas Perodua Myvi. Ia juga dikenali sebagai Proton Saga BLM (Based Lone Model).

Memetik laporan artikel dari  sebuah Majalah Arena Kereta, Proton Saga generasi kedua yang telah dilancarkan pada thaun 2008, merupakan model Proton yang paling mendapat sambutan orang ramai.

Ia merupakan kesinambungan model generasi pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. Proton Saga yang dinamakan sempena biji saga merah dari pokok saga yang banyak terdapat di negara ini.

Tambahan pula nama saga diberikan oleh Ismaik Jaafar, salah seorang peserta yang memenangi pertandingan menamakan kereta model pertama keluaran proton, memberitahu nama saga itu sendiri merupaka akronim kepada safety (keselamatan), achievement (pencapaian), greatness (kemegahan) dan ability (kebolehan).

Beliau yang juga pesara tentera berbangga akan nama tersebut selepas pencapaian yang cukup membanggakan dari Proton.

Proton Dan Rakyat Malaysia Begitu Dekat

Selepas 31 tahun penubuhan Proton, jenama kereta tempatan ini sememangnya layak dibariskan bersama jenama kereta luar negara yang setanding dengannya.

Ini dibuktikan lagi dengan penubuhan Kelab proton Malaysia (procc) pada tahun 2002. Hampir ratusan ahli yang menyertai dalam kelab ini sejak penubuhannya.Kelab Proton Malaysia (procc) Kelab Proton Malaysia (procc)

Antara objektifnya adalah mengeratkan ikatan silaturahim antara komuniti Proton Malaysia dan menghimpunkan semua pemilik kereta berjenama Proton di Malaysia.

Kelab yang diterajui oleh Penasihatnya Mohd Hifni Mohd Ghazli dan Presidennya Mohd Rizal Abd Rahman ini telah dipilih menjadi duta dibawah naungan Proton Holding Berhad.

Menerusi portal rasmi miliknya, sebagai duta kepada Proton Holding Berhad adalah menjadi kewajipan baginya dalam memperkenalkan mutu kualiti kenderaan buatan Proton kepada mata masayarakat bahkan kepada orang luar.

Proton Tulang Belakang Dunia Automotif Malaysia. Lahirmu Kebanggaan Malaysia. Selamat Hari Malaysia yang ke-51. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

 

Sumber: Youtube

 

--mD