Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Penyakit Kencing Tikus: Pembunuh Senyap

Foto PustakaFoto PustakaPenyakit kencing tikus atau dalam bahasa sainstifiknya, leptospirosis boleh dikategori sebagai pembunuh senyap kepada manusia yang sukar dikesan pada peringkat awal tetapi meragut nyawa.

Penyanyi, Izwan Pilus antara mangsa penyakit ini yang meninggal dunia dan kes terbaru membabitkan atlet sepak takraw negara, Syazreen Qamar dijangkiti simptom sama selepas dipercayai mandi air terjun di Negeri Sembilan sebelum dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Walaupun rekod penyakit ini tidak begitu popular menerusi publisiti dan hebahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepertimana usaha mengatasi demam denggi di negara ini tetapi penyakit kencing tikus berupaya meragut nyawa sesiapa saja tanpa diduga.

Mengikut statistik, jumlah penyakit ini adalah terendah sehingga menjadi faktor terhadap masyarakat di negara ini memandang ringan dan tidak mengambil serius mengenai usaha mencegah penyakit seumpama ini terus berlaku.

Hakikatnya, penyakit ini sangat berbahaya apabila ia disebarkan melalui sejenis bakteria dikenali sebagai leptospira yang dibawa seekor tikus yang juga boleh disebarkan haiwan lain seperti anjing dan serigala.Foto PustakaFoto Pustaka

Pada tahun lalu, seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka meninggal dunia akibat terkena jangkitan bakteria berbahaya ini selepas mengikuti perkhemahan di Bukit Bakar, Machang Kelantan.

Disusuli satu lagi kes sama pada Oktober lalu menyaksikan seorang pelajar perempuan Kolej Matrikulasi Labuan disyaki terkena jangkitan sama dan dilaporkan meninggal dunia.

Terkini, kes seumpama berlaku di Kedah pada minggu lepas apabila keseronokan lima sekeluarga pulang bercuti bertukar menjadi mimpi ngeri selepas anak sulung mereka  meninggal dunia akibat positif dijangkiti virus penyakit kencing tikus.

Difahamkan, mangsa sebelum ini mengalami demam panas dan dimasukkan ke hospital swasta sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar setelah keadaannya menjadi semakin serius.

Sikap Masyarakat Pandang Ringan

Bagi membongkar sejauh mana keprihatinan rakyat di negara ini mengambil berat terhadap penyakit ini, wartawan Malaysian Digest melakukan tinjauan dan pemerhatian tahap kebersihan di kawasan perumahan dan premis restoran di sekitar Lembah Klang.

Menerusi tinjauan itu mendapati, tiga buah premis makanan dan tiga buah kawasan perumahan tidak mengamalkan langkah kebersihan yang baik.

Keadaan sampah-sarap yang tidak diurus dengan betul di rumah pangsapuri sekitar Petaling Jaya yang boleh mengundang pembiakan tikusKeadaan sampah-sarap yang tidak diurus dengan betul di rumah pangsapuri sekitar Petaling Jaya yang boleh mengundang pembiakan tikus

Ini pula di kawasan perumahan berdekatan dengan Desa HartamasIni pula di kawasan perumahan berdekatan dengan Desa Hartamas

Sementara itu, sesetengah penduduk yang sengaja mengundang wabak penyakit apabila sampah dibuang berdekatan dihadapan rumah. Ini berlaku di perumahan Bandar Tun Hussien OnnSementara itu, sesetengah penduduk yang sengaja mengundang wabak penyakit apabila sampah dibuang berdekatan dihadapan rumah. Ini berlaku di perumahan Bandar Tun Hussien Onn

Bagi premis makanan, kebersihan dapur tidak diberi penekanan sewajarnya apabila lantai kotor dan sisa makanan juga bersepah di merata tempat. Begitu juga, kawasan perumahan berdepan masalah sistem kutipan sampah tidak bersistematik termasuk sikap penduduk yang membuang sampah di merata tempat mengundang pembiakan tikus yang membawa virus berbahaya ini.

Restoran di Setiawangsa, di mana pekerja menggunakan mop lantai di atas meja makan baru-baru ini.Restoran di Setiawangsa, di mana pekerja menggunakan mop lantai di atas meja makan baru-baru ini.

Keadaan dapur yang kotor di Restoran Di Bukit BintangKeadaan dapur yang kotor di Restoran Di Bukit Bintang

Kawasan membasuh ayam mentah berdekatan dengan longgokan sampah di belakang Restoran Sentul Kuala LumpurKawasan membasuh ayam mentah berdekatan dengan longgokan sampah di belakang Restoran Sentul Kuala Lumpur

KKM Sentiasa Memantau

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, pihaknya sentiasa memantau penularan wabak ini yang boleh tersebar melalui pelbagai cara khususnya makanan dan minuman yang terbiar.

“Selain peningkatan kesedaran kepada orang ramai, kementerian kami juga meningkatkan kemudahan diagnosis makmal untuk tujuan tersebut.

Datuk Seri Dr S SubramaniamDatuk Seri Dr S Subramaniam“Semua pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta diminta melaporkan kes dan kematian yang membabitkan penyakit ini di KKM kerana kes ini dianggap serius,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Malah, beliau menambah tanggungjawab juga tidak harus digalas sepenuhnya KKM tetapi perlu disertai bersama orang ramai dengan cara mengamalkan kebersihan dan amalan hidup sihat.

Kempen Menangkap Tikus Berjaya Atau Tidak?

Pengarah Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Dr Razif Zainol Abidin berkata, mereka telah menghentikan program memberi ganjaran kepada orang ramai jika mereka menangkap tikus sejak Januari tahun lalu.

"Kami lebih memberi tumpuan kepada usaha mendidik orang ramai dan bukannya memberi ganjaran kepada mereka kerana memberi ganjaran dilihat tidak berkesan.

“Kempen menangkap tikus tidak mampu menjadikan penduduk Selayang bertanggungjawab dalam memastikan kawasan kediaman mereka bersih. Saya percaya tikus yang menjadi pembawa utama penyakit kecing tikus ini dapat dihapuskan dengan teknik meracun,” katanya kepada Malaysian Digest.

Selain MPS, tindakan sama menghentikan pemberian ganjaran menerusi kempen menangkap tikus ini juga dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, MBPJ, Dr Chitra Davi N Vadivellu ketika dihubungi juga menyatakan mereka telah menghentikan pemberian RM2 untuk setiap tikus yang ditangkap.

“Kami melihat cara tersebut tidak efektif dan sebagai langkah alternatif, kami menggunakan perangkap tikus kerana dengan cara itu ia dilihat lebih inovatif,” katanya.

Walaubagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam, Majlis Perbandaraan Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad memberitahu Malaysian Digest, pihaknya masih menawarkan RM3 bagi seekor tikus yang berjaya ditangkap orang ramai.

“Kami percaya kempen ini efektif di kawasan ini apabila ratusan ekor tikus berjaya diserahkan kepada kami sejak tahun lepas dan kawasan yang dikenalpasti menjadi pembiakan tikus yang tinggi adalah di Pasar Pandan Jaya, Keramat dan Taman Kosas," katanya.Kempen menangkap tikus di Ampang JayaKempen menangkap tikus di Ampang Jaya

Katanya, wujud situasi mengejutkan apabila ada dalam kalangan peduduk mengambil kesempatan dalam kesempitan pendapatan menrusi tindakan membela tikus bertujuan mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Ini bermakna, keadaan cuaca dan iklim di negara ini menggalakkan pembiakan tikus dan ada segelintir orang ramai menjual tikus bukan saja menerusi hasil tangkapan di tempat yang disyaki menjadi kawasan hidupan tikus tetapi ia adalah tikus yang diternak.

Jangkitan Bakteria Penyakit Kencing Tikus Di Air Terjun

Berbeza tanggapan umum terhadap penyakit kencing tikus yang dijangkiti menerusi makanan dan minuman tercemar termasuk minuman tin yang tidak dibasuh, kes terbaru membabitkan lokasi di air terjun mula mencetuskan tanda tanya.

Menurut laporan media sebelum ini, air terjun berpotensi menjadi pembiakan leptospira, apabila kawasan berbatu dan mempunyai takungan air menyebabkan bakteria ini tersebar dan antara kawasan air terjun yang dilaporkan menyebarkan bakteria tersebut adalah Air Terjun Botani Pulau Pinang dan Air Terjun Lata Bayu Baling, Kedah.

Malah, pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti petani, pekerja penyembelihan haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan dan anggota tentera antara golongan yang terdedah kepada penyakit ini.

Kelihatan beberapa notis melarang penduduk sekitar bermandi di air terjun bagi langkah berjaga-jagaKelihatan beberapa notis melarang penduduk sekitar bermandi di air terjun bagi langkah berjaga-jaga

Pengesahan Jangkitan Leptospirosis Dan Rawatan

Pengesanan bakteria leptospira melalui kultur boleh dibuat melalui dengan ujian sampel darah, air tulang belakang (cerebrosipinal fluid) dan ujian urin (air kencing).

Malah, ujian serologi dengan menggunakan Microscopic Agglutination Test (MAT)  dan ujian Immunofluorescent (IF), ELISA mampu mengesan tahap antibodi seseorang itu jika mereka dijangkiti bakteria penyakit kencing tikus.

Merujuk maklumat KKM, tanda seseorang yang disyaki penyakit kencing tikus akan mengalami demam panas, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami batuk tidak berkahak, loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut serta mengalami radang selaput mata.

Tidak terkecuali, pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

Menurut portal rasmi KKM, penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu. Bagi mereka yang mempunyai gejala penyakit ini disaran mendapatkan rawatan awal menerusi antibiotik untuk mengelak komplikasi dan kematian.

 

 -mD