Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 2am

Pemberian BR1M Satu Kesalahan Besar - Tun M

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu kesalahan besar kerana tanpa usaha.

Katanya, walaupun beliau banyak kali menegur kerajaan berhubung pemberian tunai itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjawab “Cash is King (Wang adalah Raja).”

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan Ucap Tama berjudul ”Hala Tuju Melayu Islam Menuju Wawasan 2020” pada Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA’ 14), di sini.

Tegasnya, rakyat tidak boleh menerima duit secara percuma tanpa usaha kerana ”seharusnya rakyat berusaha untuk mendapatkan duit.”

“Kerajaan seharusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan melatih rakyat untuk meningkatkan ilmu dan mewujudkan jawatan tinggi agar mereka dapat upah yang tinggi. Bukannya orang yang tidur dapat RM140 dan orang kerja dapat RM133,” sindir Dr Mahathir.

 

-BERNAMA