Mon11202017

LAST_UPDATESun, 19 Nov 2017 10pm

Syok! Lepas Ini Pi Utara Naik Kereta Api Laju

Foto: Mukhriz Mahathir FCFoto: Mukhriz Mahathir FC

KUALA LUMPUR: Projek perkhidmatan keretapi laju menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar yang dijangka akan beroperasi tidak lama lagi semakin memberikan rasa teruja pada orang ramai untuk menggunakannya.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dibangunkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mampu bergerak pada kelajuan 140 kilometer sejam sebelum ini memberi keselesaan kepada penumpang dari destinasi Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.

Menerusi perkhidmatan yang sama, ia juga dijangka memberi keselesaan kepada orang ramai khususnya mereka yang tinggal di negeri Utara sehingga Padang Besar.

Perkara tersebut dikongsi di laman sosial Facebook, Mukhriz Mahathir FC, semalam yang memuat naik beberapa keping foto KTMB yang sedang dalam proses pengujian untuk perjalanan dari Utara ke Kuala Lumpur.

Menerusi status yang dimuat naik dalam entri tersebut menyatakan tempoh perjalanan yang di ambil adalah lebih kurang 4 jam untuk perjalanan dari Padang Besar ke Kuala Lumpur.

Salah seorang pengguna laman sosial tersebut dengan nama Dek Tan berkata:

“Hebat… memang tidak sabar lagi nak naik KTM ini.. Lepas ini baru seronok nak pergi kemana-mana destinasi”.

“Tahniah Kedah!! Memang hebat idea dan deligasi Tun Mahathir. Kehebatan bapa turun kepada anak (Mukhriz) yang hebat," komen Nurul Hidayah Sahat.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pengguna laman sosial berkenaan yang mempersoalkan kemungkinan harga tiket yang akan dijual adalah mahal.

“Thank you BN (Barisan Nasional)... Harga tiket naik 50%,” kata James Yeoh dalam entri tersebut.

Terdahulu, Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad menyatakan perkhidmatan terbaharu itu akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2016.

Bagaimanapun, operasi pertama dijangka bermula pada Jun nanti menghubungkan Butterworth dan Kuala Lumpur.

 

- mD