Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 9am

Bawa Pulang Jenazah Atikah Segera

Putrajaya: Jenazah Nor Atikah Alias, 25, penuntut perubatan tahun akhir yang meninggal dunia semalam selepas terbabit dalam kebakaran di asrama Russian National Research Medical University (RNRMU) akan dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sedang membantu keluarga

Allahyarhamah yang kini berada di Moscow dalam urusan untuk membawa pulang jenazah.

"Jenazah akan dibawa pulang secepat mungkin,"katanya.

Dalam kejadian 22 April lalu, Nor Atikah bersama empat lagi penuntut jurusan perubatan rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat kebakaran di bangunan tingkat tujuh bangunan kediaman mereka.

Namun, selepas kira-kira dua minggu dirawat beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira2.30 petang waktu tempatan, semalam akibat komplikasi pernafasan.

Mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki akibat daripada kejadian berkenaan.

 

- Harian Metro