Tue01232018

LAST_UPDATEWed, 24 Jan 2018 8am

Aksi Seks 30 Minit di Balkoni Bangsar South

KUALA LUMPUR: Mungkin bosan di atas katil, satu pasangan melakukan hubungan seks di balkoni sebuah kondominium yang dipercayai berlaku di Bangsar South, di sini, semalam.

Memetik laporan akhbar Guang Ming Daily, tindakan berani pasangan sejoli itu yang beraksi secara terbuka menarik perhatian penduduk sekitar yang menonton termasuk merakam gambar mereka.

Gambar tersebut kemudian dikirimkan kepada portal tersebut oleh seorang pembaca yang menyatakan pasangan itu melakukan hubungan seks selama 30 minit.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Khidmat Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong mengutuk keras perbuatan tidak senonoh pasangan berkenaan.

Menurutnya, beliau menyarankan penduduk di sekitar itu tampil membuat laporan kepada pihak polis dan pengurus kediaman.

Terdahulu, Malaysian Digest turut melaporkann beberapa insiden tidak bermoral yang berlaku di khalayak termasuk tindakan seorang model menanggalkan coli di Jalan Petaling.

 

- mD