Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

[DENGAN VID] Lelaki Pertama Malaysia Selamat ‘Lahirkan’ Bayi Perempuan

Prem Shanker ketika 'bersalin'. - Gambar: Facebook/Mix FMPrem Shanker ketika 'bersalin'. - Gambar: Facebook/Mix FM

KUALA LUMPUR: Bukan suatu yang mudah untuk seorang lelaki melalui detik sebagai wanita, tambahan pula perlu merasai kesakitan ketika bersalin.

Namun, pengalaman manis bergelar wanita hamil berjaya dilalui penyampai radio Mix FM, Prem Shanker yang sekaligus menjadikan beliau lelaki pertama selamat ‘melahirkan’ seorang bayi.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Youtube milik stesen radio tersebut semalam, Prem dengan berani menyahut cabaran untuk merasai sendiri pengalaman sebagai wanita hamil dan seterusnya melahirkan bayinya dalam satu program yang dikendalikan stesen berkenaan.

Berdasarkan video berkenaan, Prem dilihat memakai pakaian khas kehamilan sebelum dibawa rakan sekerjanya, Aishah Sinclair ke Pusat Perubatan Sunway di Selangor.

Prem terpaksa mengharungi saat-saat kesukaran apabila mesin “Labour Pain Simulation” dipasang kepadanya untuk merasaikan kesakitan bersalin.

Ketika mesin tersebut digunakan, Prem kedengaran berkali-kali meraung kesakitan.

 

 
The First Malaysian Man To Give Birth!

Here's the final chapter of Aishah and Prem's Life Swap where Prem was "pregnant" for a day and hooked up to a machine which simulates the pain of child birth. #MIXBreakfast #MIXLifeSwap. Do Help share the video plsA very special thanks to Ms Lucy, Wilson and the team at Sunway Medical Centre.

Posted by MIX fm on Tuesday, August 25, 2015

 

Bagaimanapun, detik mencemaskan itu berakhir apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

“Saya bangga dengan awak,” kata Aishah penuh emosi.

Sementara itu Prem mengakui bahawa kehidupan sebagai seorang wanita bukan suatu yang mudah.

“Ia merupakan satu perjalanan penuh dengan emosi. Ia amat seronok dan kita belajar banyak perkara.

“Dua minggu lepas saya berkata menerusi radio nasional bahawa kehidupan wanita amat mudah. Saya tarik balik kenyataan itu dan saya minta maaf,” kata Prem.

Ternyata video tersebut berjaya mencuit hati pengguna media sosial yang mana sehingga kini ia ditonton lebih 128, 000 kali dan mendapat perkongsian lebih 4, 000.

 

 

- mD