Tue05302017

LAST_UPDATEWed, 31 May 2017 9am

Sungai Pahang Kering?

Kecelaruan dan perubahan cuaca dunia yang tidak menentu lewat kebelakangan ini membawa maksud fenomana El-Nino masih belum berakhir namun kehadirannya kali ini tidaklah seteruk yang pernah berlaku pada tahun 1997-1998.

Sebelum ini, El-Nino telah menyebabkan berlaku jerebu, kemarau dan kepanasan yang melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsiun dan dikatakan paling buruk pernah berlaku sejak 150 tahun yang lampau.

Walaupun ia tidak seteruk yang berlaku sebelum ini, tetapi bahangnya yang luar biasa masih boleh dirasai penduduk di Malaysia.

Ekoran dengan cuaca panas yang berlaku, tersebar cerita pasal Sungai Pahang yang didakwa sudah kering dan bakal menimbulkan masalah kepada penduduk di Malaysia terutamanya yang berada di kawasan sekitar Pahang.

Pada  Februari lalu, keadaan itu dilaporkan semakin kritkal kerana menyebabkan hampir 300 pengusaha ikan sangkar dan bot pelancongan sepanjang sungai tersebut hilang mata pencarian dengan anggaran kerugian hampir RM2 juta ekoran banyak ikan ternakan mati.

Presiden Pertubuhan Pelin­dung Khazanah Alam (Peka), Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, keadaan sungai yang biasanya berkedalaman lebih dua meter itu mulai cetek dan kering di beberapa kawasan di Su­ngai Pahang antaranya di Temerloh.

Jika keadaan ini berlarutan dikhuatiri  lebih 15 ribu penduduk di sekitar akan mengalami ganguan bekalan air yang akan menjejaskan aktiviti harian mereka.

Walau bagaimanapun tinjauan Mynewshub pada 2 April lalu mendapati benar Sungai Pahang sudah cetek di beberapa lokasi tetapi belum mencecah tahap yang dikatakan sebagai sudah kering kerana masih terdapat aliran air di sungai terpanjang di Malaysia itu.

MYNEWSHUB.CC