Wed05242017

LAST_UPDATEWed, 24 May 2017 11pm

Kalah PRN Sarawak: DAP Salahkan PKR, Tuduh BN Beli Undi

Pakatan Harapan nyata tidak berpuas hati dengan keputusan luar biasa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, sabtu lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak menerima hakikat bahawa rakyat Sarawak termasuk dari kalangan masyarakat Cina menyebelahi BN pada PRN baru-baru ini dengan menggunakan persempadanan semula sebagai alasan kekalahan teruk pembangkang.

Tambah beliau, pertembungan PKR dan DAP di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak juga menjadi punca mengapa kekalahan memalukan pakatan pembangkang.

“Sentimen pengundi akan jadi lebih baik bagi komponen pembangkang sekiranya tiada pertempuran antara DAP dan PKR sejak mula,” kata Kit Siang.

Ekoran pertembungan calon kedua-dua parti itu, DAP kelihangan lima kerusi yang disandang parti tersebut sebelum ini dan hanya berjaya menakluk 7 kawasan pada PRN kali ini.

Kegagalan DAP dan PKR mencapai kata sepakat sehingga bertembung sesama sendiri di enam kawasan ternyata menguntungkan BN apabila mereka kalah di kese­mua kerusi tersebut.

Sebagai parti baharu yang mendakwa semakin mendapat sambutan rakyat, PAN yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya juga tersungkur apabila kalah di kesemua 13 kerusi yang ditandingi.

Mengakui DAP tidak boleh mengatasi populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menuduh BN menggunakan politik wang untuk menang pada pilihan raya kali ini.

“Populariti peribadi Adenan mengatasi segala tindakannya yang tidak disenangi seperti menyekat kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak. Kewujudan politik wang juga mengganggu prestasi kami,” katanya.

- mD