Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 4pm

[Video] Gadis Maut Dirogol, Disula Dengan Batang Cangkul Hingga Tembus Rongga Dada

TANGERANG, Indonesia: Belum reda lagi kemarahan masyarakat Indonesia berikutan kejadian menimpa seorang gadis berusia 14 tahun yang dirogol dan dibunuh oleh 14 lelaki ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, rakyat negara itu sekali lagi dikejutkan dengan kejadian tragis menimpa seorang remaja berusia 18 tahun yang dirogol, sebelum menusuk kemaluan mangsa menggunakan batang cangkul.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa, Eno Fariha, 18, dirogol tiga lelaki, sebelum salah seorang dari suspek dengan kejam bertindak menendang masuk batang cangkul ke dalam kemaluan mangsa, lapor Detik.com, pada Selasa.

Akibatnya, batang cangkul sepanjang 60 sentimeter (cm) itu telah menembusi rongga dada mangsa sehingga mengoyakkan hati, paru-paru, selain tulang leher mangsa patah dihentak menggunakan kayu cangkul.

Ketua Polis daerah Tangerang, Sr. Komisioner Kanan Sutarmo berkata, ketiga-tiga suspek yang dikenali sebagai Ra, 15, Imam Hapriadi, 20, dan Rahmad Arifin, 24, mengaku merogol dan membunuh mangsa.

"Kami mendapati kesan air mani tumpah di seluruh bilik mangsa.

"Suspek semua mengakui apa peranan mereka semasa lakonan semula di tempat kejadian pada Ahad lalu," katanya dipetik sebagai berkata.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa masih hidup ketika disula dengan cangkul. Polis juga menemui sejumlah bukti seperti kesan tapak kaki yang jelas, kesan DNA, telefon bimbit, cangkul, pakaian dan garfu.

Berdasarkan kronologi kejadian, pembunuhan sadis itu bermula selepas suspek (Ra), yang merupakan teman lelaki mangsa datang ke tempat penginapan mangsa pada Khamis sekitar jam 11.30 malam, sebelum Ra mengajak mangsa melakukan hubungan seks, namun ditolak olehnya.

Kecewa pelawaannya ditolak, Ra keluar dari bilik mangsa dan bertemu dengan dua lagi suspek, Imam dan Arif sebelum mereka bersepakat ke bilik asrama mangsa untuk merogol Eno.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan parah di organ penting.

Sementara jurucakap polis Jakarta, Komisioner Kanan Awi Setiyono berkata penyiasat polis telah menyoal lapan saksi sebagai sebahagian daripada siasatan pembunuhan itu.

 Berikut video lakonan semula yang ditunjuk oleh suspek ketika melakukan pembunuhan kejam terhadap mangsa:

- mD