Thu06212018

LAST_UPDATEThu, 21 Jun 2018 4pm

Kenyataan Saksi Mata Kes Pedofilia Di Kota Tinggi Viral Di Media Sosial

Baru-baru ini, viral di media sosial ialah kisah pedofilia yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Zarra Asyaari menerusi laman Facebooknya.Baru-baru ini, viral di media sosial ialah kisah pedofilia yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Zarra Asyaari menerusi laman Facebooknya.Kes pedofilia di negara ini semakin membimbangkan, dengan beberapa kes kejadian dilaporkan kebelakangan ini.

Banyak insiden berlaku tanpa disedari oleh golongan ibu bapa ketika anak mereka berada di sekolah, di luar rumah ataupun lebih menyedihkan, di rumah sendiri.

Beberapa pihak turut mendedahkan gejala ini yang berlaku di laman sosial seperti Telegram, WeChat, Facebook, di mana golongan pedofil ini melakukan perbualan seksual dengan gambar kanak-kanak.

Baru-baru ini, viral di media sosial ialah kisah pedofilia yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Zarra Asyaari menerusi laman Facebooknya.

Zarra menceritakan kejadian jenayah pedofilia yang berlaki di berlaku rumahnya.

Zarra berkata, selalunya dia hanya membaca kisah seperti ini di media, tetapi kali ini berlaku di depan matanya.

“Minta semua ibu bapa berhati-hati, selalu baca 'paper' dan tengok berita, tetapi hari ini berlaku di depan mata saya,” tulisnya.

Kejadian berlaku pada 20 Jun, kira-kira jam 11.30 pagi di Kota Tinggi,Johor Bahru.

Menurut Zarra yang ketika itu berada di dapur rumahnya, dia terlihat seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak yang berpakaian baju pra sekolah yang sedang menaiki motorsikal terhenti di belakang rumahnya.

Lelaki itu kemudian cuba mencabul kanak-kanak berkenaan dengan menanggalkan pakaiannya, sebelum melarikan diri selepas terdengar Zarra menjerit

“Ini adalah pandangan dari dalam rumah saya, di situlah seorang lelaki menghentikan motosikalnya di hadapan tong sampah rumah kami.

“Tadi(20/6) dalam pukul 11.30 pagi, saya telah ke dapur untuk menyiapkan bekal Uzma ke sekolah, Uzma baru berumur lima tahun, masuk sekolah jam 12 tengahhari.

“Ketika tengah siapkan makanan, tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal dengan membawa seorang budak perempuan berumur empat atau lima tahun berhenti di belakang rumah saya.

“Saya nampak lelaki itu alihkan beg budak itu sambil padang kiri kanan, dia tidak nampak saya sebab cermin dapur memang gelap, hanya boleh melihat dari dalam ke luar.

“Selepas alihkan beg budak itu, lelaki berkenaan telah membuka zip seluarnya dan dia angkat baju budak itu, lepas itu dia tarik kain budak perempuan itu.

“Saya jerit sekuat hati sambil tangan tepuk-tepuk cermin rumah saya, saya rasa menggigil sambil menangis, saya takut sangat masa itu, lelaki itu terkejut dan sambil mata memandang kiri kanan, mungkin dia sedang mencari suara saya, lepas itu dia terus pecut motosikal berkenaan melarikan diri. Ya Allahhh!,” kongsi Zarra.

Menurut Zarra Asyaari lagi, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak berkenaan beruniform seperti seorang pelajar pra-sekolah berdekatan rumahnya.

Namun, dia tidak mendedahkan nama sekolahnya di media sosial.

Tambah wanita itu, dia terus menghubungi pihak polis untuk melakukan laporan polis.

Laporan polis telah dilakukan di Balai Polis Kota Tinggi.

Satu kenyataan media turut dikeluarkan oleh polis.

Menurut polis, mereka telah mengenalpasti suspek dan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Malah, mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk pemeriksaan lanjut.

Kes ini telah disiasat di bawah Sek. 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah degan niat untuk mencabul.

-Astro Awani