Mon05292017

LAST_UPDATESun, 28 May 2017 10pm

TERKINI: Laporan Bajet 2017

Foto: Twitter Najib Tun RazakFoto: Twitter Najib Tun Razak

TUMPUAN rakyat Malaysia kini terarah kepada pembentangan Bajet 2017 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat, hari ini.

Bajet 2017 bertemakan 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat’.

Ikuti laporan langsung perkembangan terkini intipati Bajet 2017 di laman web Malaysian Digest, Twitter @malaysiandigest serta Facebook.

Berikut adalah intipati Bajet 2017:

6.35 petang: BONUS PENJAWAT AWAM 

i. Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam, RM250 kepada para pesara kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.

6.33 petang: Najib memaklumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang diperkenalkan sejak 2010 dinamakan sebagaiTransformasi Nasional 2050 atau TN50.

6.30 petang: Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi selaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. Sementara, RM85 juta bagi PERMATA  melibatkan 50 ribu kanak-kanak antaranya tubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia.

6.27 petang: ELAUN - Imam, Bilal & Guru Kafa, Kemas

i. Elaun Imam di bawah JAKIM dinaikkan daripada RM750 kepada RM850 sebulan, memanfaatkan 15 ribu imam seluruh negara.

ii. RM500 akan diberikan secara one-off kepada hampir 16 ribu Bilal dan Siak di seluruh tanahair.

iii. Elaun guru KAFA juga akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33 ribu guru.

vi. Elaun para pembantu KEMAS akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, melibatkan hampir 11 ribu orang.

6.25 petang: PEMBANGUNAN WANITA 

i. RM30 juta untuk kaum wanita jalani pemeriksaan mamogram dan mendapatkan suntikan imunisasi HPV secara percuma untuk mencegah kanser.

ii. Pelepasan cukai baru sehingga RM1 ribu bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap 2 tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

iii. Pelepasan cukai sehingga RM1 ribu diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak 6 tahun ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar, mulai 2017.

6.20 petang: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 

i. Kerajaan akan beri Bayaran Insentif Khas Insurgensi kepada veteran ATM, sejumlah RM55 juta yang masih belum menerima insentif khas ini. Contoh, Koperal yang hilang upaya 80% semasa bertugas layak terima Insentif Pukal RM34 ribu dan Insentif Bulanan hingga RM590.

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

i. RM15.1 bilion MINDEF, antaranya RM1.8 bilion untuk selenggara aset-aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bengunan dan senjata.

ii. Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323 juta diperuntukkan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

i. RM12.8 bilion untuk KDN termasuk RM8.7 bilion untuk PDRM. Antaranya membina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69 dan lain-lain.

ii. RM60 juta disediakan bagi tingkatkan keberkesanan usaha cegah jenayah di bandar, termasuk omnipresence dan Unit Rondaan Bermotosikal.

iii. RM80 juta diperuntukkan bagi bekalkan pakaian seragam kepada lebih 200 ribu orang anggota RELA.

6.15 petang: BUMIPUTERA 

i. RM100 juta kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera.

ii. RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka.

iii. RM300 juta kepada TEKUN, bagi bantu usahawan kecil majukan perniagaan, termasuk skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita.

iv. RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bg melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan.

v. RM120 juta kepada MARA bagi plbagai prog keusahawanan antaranya prusahaan industri halal, pmbangunan usahawan belia, dan lain-lain.

vi. Dana mudah-cara brjumlah RM500 juta menerusi TERAJU untuk bantu syarikat-syarikat bumiputera untuk kembangkan perniagaan atau mulakan perniagaan baru.

vii. RM100 juta untukTERAJU bg Tabung Eksport bg syarikat2 bumiputera menembusi pasaran antarabangsa.

viii. RM100 juta menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bg prog Peneraju Skil & Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.

6.10 petang: KUMPULAN MUDAH TERJEJAS

i. Bantuan keluarga miskin liputi Bantuan Am sehingga RM300/bln & Bantuan Kanak2 sehingga RM450/bln diteruskan, mnfaat 69 ribu keluarga.

ii. RM424 juta termasuk bantuan sosio-ekonomi warga emas RM300 sbg saraan hidup & program wang saku. 8 Pusat Aktiviti Warga Emas baru.

iii. RM535 juta memanfaatkan hampir 150k OKU merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak2 OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja.

iv. Elaun ketua kampung, pengerusi JKKK & Persekutuan, termasuk Ketua Kampung2 Baru dan tok2 batin, dinaikkan drp RM800 kepada RM900.

v. RM50 juta pembangunan Kg Baru Cina, RM50 juta pinjaman PKS KOJADI, RM20j pnjaman mikro kredit diselia Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation.

vi. RM20 juta disalurkan kpd Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia utk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

vii. Bagi masyarakat India, RM50 juta bagi program peningkatan kapasiti & pendapatan, RM150j utk program pembiayaan perniagaan TEKUN & Amanah Ikhtiar Malaysia.

viii. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kpd 50 sekolah dgn peruntukan RM10 juta.

6.05 petang: PTPTN - Insentif ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017:

i. Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

ii. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

iii. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

6.00 petang: PENDIDIKAN

i. RM200 juta teruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita prog TABIKA & TASKA, tmbah baik pakej pmakanan mnfaat 280ribu kanak-kanak.

ii. RM132 juta disediakan utk tingkatkan akses kpd pendidikan pra-sekolah percuma di sekolah Kerajaan, manfaatkan 200 ribu kanak-kanak.

Inisiatif bagi sekolah rendah dan menengah:

i. Bangunkan smula 120 sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah& 30 di Srwk guna IBS &naiktaraf 1800 mkmal sains, peruntukn RM570 juta.

ii. Siapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baru dengan peruntukan RM478 juta.

iii. Perluas program penguasaan B. Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive dgn peruntukan RM90 juta.

iv. 430 ribu pendidi, menerusi SKMM RM340 juta diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi mudahkan tugasan.

v. Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kpd setiap pelajar drpd keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid.

vi. RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid.

vii. RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah.

viii. RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita.

ix. Geran sepadan disediakan kpd pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bg simpanan terkumpul sehingga RM50 dlm akaun SSPN-i. Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sbyk RM150 kpd 67 ribu murid; serta mengganti bas bg 21 sekolah berpendidikan khas.

x. RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.

 

 

 

xi. Bagi tingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, RM7.4 bilion disediakan kepada 20 universiti awam.

xii. Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017.

5.55 petang: PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) - RM75 juta

i. Rebat ini dihadkan kepada  jumlah pembiayaan terkumpul RM1 bilion dan melibatkan peruntukan RM100 juta untuk tempoh 5 tahun.

ii. Bagi mempergiatkan startups, sejumlah RM200 juta daripada dana Skim Jaminan Modal Kerja akan dikhususkan kepada syarikat startups.

5.50 petang: Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s pada RM149 kini dpt 10mb/s.

- Dalam tempoh 2 tahun bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatkn 2 kali dengan penurunan harga sehingga 50%.

 

 

5.47 petang: SEKTOR PELANCONGAN

i. RM400 juta diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif clean air dan ecotourism.

ii. Tempoh permohonan Taraf Perintis & Elaun Cukai Pelaburan bg pelaburan hotel baru 4 & 5 bintang, dilanjutkan 31 Dis 2018.

iii. Potongan cukai RM500 ribu dinaikkan kpd RM700 ribu bg sektor swasta taja pertunjukan kesenian, kebudayaan DAN warisan tempatan luar negara.

iv. Bagi capai sasaran 32 juta pelancong tahun hadapan, kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan.

5.45 petang: SKIM PERSARAAN SWASTA ATAU PRS

i. RM165 juta untuk cadang naik insentif sedia ada RM500 kpd RM1k one-off kpd pencarum PRS dgn pelaburan min RM1 ribu untuk tempoh 2 tahun.

ii. RM130 juta di bawah Tabung Promosi Eksport Negara bagi program galakan eksport kpd PKS tempatan oleh MATRADE, MIDA & SMECorp.

iii. Pembiayaan RM200 juta dan kemudahan kredit insurans dgn nilai perlindungan sehingga RM1b akan disediakan oleh EXIM Bank kpd PKS.

5.42 petang: RM3 bilion bagi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan kepada pengurus dana dilesen Suruhanjaya Sekuriti utk syarikat small & mid cap berpotensi.

5.40 petang: RM2.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi di 5 koridor iaitu:

 

 

 

 

 

5.37 petang: RM29 juta untuk naiktaraf sistem perparitan dan bina 2 Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan.

5.35 petang: PENGANGKUTAN AWAM (TEKSI)

i. Bagi pemandu teksi, RM60 juta untuk geran RM5 ribu untuk beli kenderaan baru dan menawarkan permit teksi individu, manfaat 12 ribu pemandu.

ii. Geran pelancaran RM60 juta utk Skim PERKESO kpd pemandu teksi individu brpendapatan sehingga RM3 ribu sebulan diperkenal.

iii. Pemandu teksi perlu carum kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja, layak tuntut PERKESO.

- Contoh, jika hilang upaya kekal bayaran pukal RM43 ribu-RM121 ribu & bayaran bulanan RM1,281-RM2,624 sepanjang hayat. Jika pemandu meninggal dunia, waris akan terima Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 - RM2,655 sebulan.

iv. Bagi bantu B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber. Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat guna BR1M & rebat RM4 ribu bg pembelian Proton Iriz.

5.30 petang: RM1.3 bilion disediakan untuk tingkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga kompetiti, termasuk bangunkan infrastruktur pertanian sseperti saliran dan pengairan, jalan ladang dan pemasaran produk.

- RM140 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan 4 lagi MyFarmOutlet dan tambah baik 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.

5.25 petang: KESIHATAN DAN KUALITI PENJAGAAN KESIHATAN - RM25 bilion disediakan bagi program berikut:

i. Membina dan naiktaraf hospital-hosital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.

ii. Naik taraf kemudahan dengan RM536 juta termasuk peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang P.Pinang, Sultanah Aminah Johor Bahru dan 100 ambulans.

iii. RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa.

iv. RM4 bilion untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan kerajaan.

v. Bagi kurangkan kesesakan hospital awam, kerajaan kerjasama dengan swasta/NGO yang kendali non-profit charitable hospital ikut kadar kos hospital kerajaan

vi. Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.

vii. Bagi menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan ssebagai geran one-off RM200 ribu untuk beli peralatan.

viii. RM80 juta bagi inisiatif pencegahan penularan wabak denggi dan zika, dan juga memperluaskan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara.

5.20 petang: SUKAN

i. Bagi pembangunan sukan, RM1.2 bilion disediakan. Ini meliputi RM450 juta khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017.

ii. RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.

iii. RM122 juta bagi membina dan naik taraf fasiliti termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia & Kompleks Sukan Komuniti.

iv. RM70 juta bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.

v. RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

5.15 petang: 4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, P.Pinang dan Selagor. 3 lagi RTC di Selangor, Sabah & Sarawak akan dibina dengan peruntukan RM100 juta.

5.12 petang: CUKAI

i. Potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship Programme.

ii. Pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan.

iii. Layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300 ribu bagi pembelian kediaman pertama sahaja antara 1 Jan 2017 - 31 Dis 2018.

iv. Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup. Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar arus perdana, smartphone & tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium.

v. Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.

vi. Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1 juta akan dinaikkan daripada 3 kpd 4% mulai 1 Jan 2018.

5.10 petang: PR1MA

i. Kerajaan akan sediakan tanah kerajaan yang tidak digunapakai di lokasi strategik kepada GLC & PR1MA untuk bina lebih 30 ribu rumah, harga RM150k-RM300k.

ii. Kerajaan akan bina 10k rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baharu bekerja.

iii. Syarikat Perumahan Negara Bhd diperuntukkan RM200 juta untuk bina lebih 5 ribu unit Rumah Mesra Rakyat ddengan subsidi kerajaan sehingga RM20k seunit.

iv. Satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.

5.05 petang: Pendidikan TVET - peruntukan RM4.6 bilion kepada institusi-institusi TVET.

i. 9 buah kampus Institut Pendidikan Guru akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional hanya RM400 juta diperuntukkan berbanding RM250 juta untuk bina sebuah politeknik baru, jimatkan kerajaan RM2 bilion.

5.03 petang: BR1M - Dinaikkan seperti berikut:

vi. Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1 ribu kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion.

4.57 petang: Bagi meningkat peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275 juta diperuntukkan.

4.55 petang: Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat denga RM800 juta untuk naik taraf dan bina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil.

4.50 petang: Program Rakyat Centric di bandar dan luar bandar

i. Sebanyak 97 ribu lampu jalan, 3 irbu lampu LED di persimpangan jalan akan diasang, melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

ii. Bina dan naik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi tingkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar dengan peruntukan RM1.2 bilion.

iii. Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kepada semua negeri di bawah  Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia.

iv. Bina dan baik pulih 17 ribu unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli denganperuntukan RM350 juta.
Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1 ribu hingga RM15 ribu bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut.

v. Tingkatkan pnyediaan bekalan air bersih dengan RM732 juta dengan mensasarkan 5200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air.

vi. Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan RM460 juta.

4.40 petang: PENJAWAT AWAM

i. Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa diberikan keada Kumpulan Pelaksana.

ii. Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.

iii. Kemudahan pembiayaan untuk mebeli komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar. Had pinjaman sehingga RM5 ribu setiap 3 tahun.

iv. Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dariada RM5 ribu kepada RM10 ribu.

v. Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan daripada serendah-rendah RM120k kepada RM200k, pinjaman paling tinggi daripada RM600k kpd RM750k.

vi. Sebanyak 30 ribu unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k.

vii. Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurang setahun lagi.

viii. Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar.

xi. Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian dan farmasi selewat-lewat pada Dis 2016.

4.33 petang: Bajet digubal berdasarkan 5 prinsip dan falsafah kerajaan:

i. Kerajaan utamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa, aset teras kemajuan dan pembanguna semenjak dahulu, kini dan selamanya.

ii.  Kerajaan ini adalah kerajaan yang mementingkan dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara.

iii.. Kerajaan ini adalah kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan jitu.

iv. Kerajaan yang gigih dengan arah tuju jelas, perancangan sistematik dan pelan pelaksanaan tersusun dan efisyen.

v. kerajaan akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal sifatnya yakni Wasatiyyah.

4.30 Petang: Syarikat Osram umum pelaburan 1bE, hampir RM5 bilion.

4.29 petang: KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia telah meningkat daripada USD23,100 pada 2012 kepada  USD26,891 pada 2015. 

4.20 petang: Kita yakin sasaran pertumbuhan 4 hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 dan 4 hingga 5 peratus pada 2017 akan tercapai.

i. Mempelbagaikan sumber hasil, kurangkan kebergantungan hasil daripada sektor minyak & gas sebanyak 41.3% (2009) kepada 14.6% (2016).

ii. Perkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk luaskan sumber pendapatan.  Sehingga19 Oktober, RM30 bilion telah dikutip hasil daripada GST.

iii. Rasionalisasi Subsidi - Pada 1995 subsidi cuma RM123 juta (0.24% bajet). Kemuncaknya pada 2012, jumlah subsidi RM24.8 bilion (9.8% bajet).

4.15 petang: Sebagai kerajaan, Barisan Naisonal (BN) telah berjaya pertahankan dan mengekalkan pertumbuhan KDNK. 

- RM214.8 bilion adalah Perbelanjaan Mengurus dan RM46 bilion pula untuk Perbelanjaan Pembangunan dan tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion.

- Peruntukan Pembangunan - sekor ekonomi menerima agihan tertinggi iaitu sebanyak RM25.9 bilion.

- RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

- Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal adalah 3 peratus dariada KDNK pada 2017 berbanding 3.1 peratus pada tahun insosial RM12. bilion, sektor keselamatan sebanyak RM5.3 bilion dan pentadbiran am lebih RM2.5 bilion.

4.00 Petang: Najib mengumumkan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion, merupakan peningkatan 3.4 peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata 6 peratus setahun selama hampir 60 tahun berturut-turut. Beliau mengimbau belanjawan pertama pasca merdeka pada 1959 berbekalkan peruntukan sebanyak RM888 juta.

3.45 petang: Datuk Seri Najib Razak yang lengkap memakai baju Melayu berwarna merah jambu tiba di depan Bangunan Parlimen untuk pengumuman Bajet 2017.

 

- mD