Sun10222017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Kebakaran Hospital Sultanah Aminah: Ini Cerita Jururawat

JOHOR BAHRU: “Saya bergegas ke tingkat dua, sebaik sampai di atas kesemua jururawat sedang bertungkus lumus mengeluarkan kesemua pesakit ke tempat yang selamat. Tanpa berlengah, saya terus membantu rakan sekerja lain.

“Keadaan dalam wad ketika itu agak kelam kabut dengan kaca bertaburan di atas lantai, namun saya terus menyelamatkan pesakit tanpa rasa takut.

“Ini kejadian pertama dialaminya sejak bertugas di hospital berkenaan dan pengalaman menjalani latihan kecemasan dan kebakaran sebelum ini sedikit sebanyak membantu.”

- Jururawat Hospital Sultan Aminah

- Utusan Malaysia