Sun11192017

LAST_UPDATESun, 19 Nov 2017 10am

Kerana Mengumpat Tak Pandai Masak, Wanita Cedera Dibelasah Tiga Mak Nyah

Gambar hiasanGambar hiasan

KERANA mulut badan binasa! Itu yang berlaku kepada seorang suri rumah gara-gara mengutuk sekumpulan mak nyah, wanita berusia 44 tahun itu retak tangan kiri akibat dibelasah oleh golongan berkenaan dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Chaah, Segamat.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 5 petang Selasa lalu, tiga mak nyah bertindak menyerang mangsa menggunakan selipar dan kerusi kayu selepas mendengar wanita itu mengumpat mereka tidak tahu memasak dan melakukan kerja rumah.

Berang dengan ‘mulut jahat’ wanita terbabit, tiga mak nyah terbabit menyerang mangsa mengakibatkan dia cedera di bahagian kepala dan perut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superitenden Mohd. Yusof Unis, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20 hingga 31 terdengar perbualan mangsa dan salah seorang jirannya ketika sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan.

“Selepas mendengar perbualan itu selama beberapa minit, ketiga-tiga suspek hilang sabar lalu bertindak menyerang mangsa dengan selipar dan kerusi kayu.

“Polis yang menerima maklumat daripada orang awam kemudiannya menjalankan gerakan mengesan ketiga-tiga suspek dan menahan mereka di sekitar pekan Chaah sejam kemudian,” lapor akhbar tersebut.

Mangsa dihantar oleh jiranya ke sebuah klinik di Chaah, sebelum dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan.

- mD